Kambing boleh membiak melalui melalui 3 cara iaitu "Linebreeding", "Cross Breeding" dan "Inbreeding". "Linebreeding" adalah pembiakan di antara subspesis yang sama. Contohnya antara Boer dengan Boer.
"Cross Breeding" adalah pembiakan di antara subspesis yang berlainan. Contohnya di antara Boer dan Saanen. Kelebihan program pembiakan ini ialah untuk menghasilkan susu yang banyak
dan yang terakhir ialah "Inbreeding". Pembiakan di dalam keluarga yang sama contohnya di antara Pejantan dengan anak betina atau di antara adik beradik. Okay, ini dah macam sumbang mahram pulak..opss! Walaupun program pembiakan ini dibenarkan dalam kes kambing, namun ia tetap mempunyai keburukan. Anak kambing yang dilahirkan mungkin cacat, bantut dan senang sakit. Konklusinya, tidak digalakkan membiak diantara kaum keluarga baik manusia mahupun binatang.
Untuk membiak, pemilihan jantan dan betina sangat penting untuk mendapat baka yang bagus. Kambing pun macam manusia, mestilah kena pilih calon yang sesuai!
Pemilihan Pejantan yang bagus:
1. umur setahun setengah ke atas
2. memenuhi spesifikasi ciri baka tertentu
3. sihat dan bebas daripada penyakit berjangkit
4. amat galak iaitu agresif apabila berdepan dengan betina
Pemilihan Betina yang bagus:
1. umur setahun ke atas (ini kerana 10 bulan ke atas salur peranakan sudah sempurna)
2. memenuhi spesifikasi ciri baka betina
3. sihat dan tiada penyakit berjangkit
Elak kambing yang mempunyai ciri-ciri berikut:
1. putingnya cacat dan berlebihan
2. ambing yang lanjut
3. ibu yang tidak pernah beranak sejak 24 bulan umurnya
4. buta dan tempang
5. ambing yang keras dan berketul akibat bengkak
6. jongang atas atau bawah lebih 1/4 inci
7. ada tanda-tanda bisul dan parut bisul
8. tanda-tanda batuk dan cirit
9. skrotum (telur) yang tak stabil, besar sebelah atau ada satu saja yang terbuka
Selamat memilih!!
No comments:
Post a Comment