Monday, May 21, 2012

KANDANG DAN PERALATAN

Salam 1 Malaysia!

Kali ini kami nak berkongsi sedikit info mengenai kandang. Semua hidupan di dunia ini memerlukan tempat tinggal yang selesa. Macam manusia haiwan ternakan pun nak juga tempat tinggal yang best. 

First of all, kenapa perlu kandang?? kenapa?

1. Kandang adalah keperluan asas bagi haiwan ternakan
2. Kandang melindungi kambing daripada panas
3. Ia melindungi kambing daripada binatang liar seperti anjing dan kecurian
4. Membantu pengasingan ternakan
5. Memudahkan pengurusan

Sekarang kita dah tahu apa pentingnya kandang. Jadi, pemilihan lokasi juga amat penting. Di mana ya?

1. Ada jalan keluar dan masuk untuk pemindahan input dan output
2. Tidak terlalu dekat dengan kawasan perumahan ( takkan nk berjiran dengan kambing kot? )
3. Kawasan yang kering dan tidak menakung air
4. Kawasan yang berpokok untuk elak tegasan panas pada waktu tengah hari
5. Mempunyai punca air bersih ke kandang 



Kedudukan Binaan Kandang

Jika kandang yang panjang ingin dibina kedudukannya menghadap utara selatan bagi membolehkan kandang   menerima cahaya matahari pada waktu pagi dan petang. Manakala jika lebih dari satu kandang yang dibina, jarak di antara kandang dicadangkan sekurang-kurangnya sama lebar dengan kandang itu sendiri.

Dari segi pembinaan kandang, terdapat lapan perkara yang perlu diberi perhatian iaitu rangka kandang, lantai, lantai bawah kandang, atap, dinding, tangga, palong makanan dan bekas minuman air.

1. Rangka Kandang
- Lebar 24 kaki panjang melebihi 100 kaki. Kelebaran ini akan membenarkan cahaya matahari memasuki kandang.
- Kayu keras digunakan pada tiang, rasuk dan alang

2. Lantai
- Ketinggian 5-6 kaki bagi memudahkan pembuangan najis (jika terlalu rendah haiwan akan terdedah kepada perwapan ammonia)
- Lantai menggunakan kayu 1x2 inci dengan jarak 0.5 inci

3. Lantai Bawah Kandang
- Lantai tanah (ditambah pasir)
- Lantai simen

4. Atap
- Tinggi dengan alang (8kaki)
- Atap terbaik adalah aluminium kerana memantulkan cahaya panas maka suhu dalam kandang lebih rendah
- Bumbung berbentuk bertingkat akan membantu pengeluaran haba

5. Dinding
- Paling kurang tinggi 4 kaki bagi kambing jantan 5 kaki

6. Tangga
- Tidak curam (30-40 darjah)
- Lebar (3-4 kaki)
- Sediakan pemegang pada sisi tangga

7. Palong Makanan
- Di pasang di luar kandang untuk mengelakkan najis memasuki palong
- Menggunakan palong air plastik yang dibelah dua
- Palong makanan diperbuat daripada papan dan kayu

8. Bekas Minum Air / Automatik Drinker
- Bekas minuman yang terdiri daripada baldi atau bekas plastik adalah sesuai walaupun sukar untuk mengelakkan najis memasuki tempat tersebut
- Bagi yang mampu, air minuman boleh diperolehi daripada automatik drinker (1 unit untuk 10 ekor)



AUTOMATIK DRINKER

Semoga sedikit info ini dapat membantu anda semua! Sekian.

1 comment: