Monday, May 21, 2012

KELEBIHAN MENYEMBELIH BINATANG

Hai semua!!!
Hari ini kami ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai kelebihan menyembelih binatang.


1. Haiwan tidak mengalami kesakitan

Untuk pengetahuan semua, Professor Willhelm Schulze telah mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar. Beberapa ekor haiwan disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas iaitu dengan memotong urat leher dengan pisau tajam. Manakala beberapa ekor haiwan yag lain dibunuh mengikut kaedah Barat, menggunakan pistol kejutan (CBP).

Hasil daripada eksperimen ini menunjukkan haiwan yang disembelih tidak merasai sebarang kesakitan berdasarkan graf ECG. Ini disebabkan oleh jantung haiwan berhenti berdenyut lebih lambat kerana banyak darah mengalir keluar dari badan. Berbanding haiwan yang dikenakan kejutan eletrik jantungnya berhenti berdenyut lebih awal. Keadaan ini menyebabkan banyak darah masih terkumpul di dalam daging dan daging tersebut tidak selamat untuk dimakan.

Captive Bolt Pistol


2. Hindari penyakit

Kajian menunjukkan penggunaan CBP akan menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu. Laporan ini menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk jika dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging. 

Ia menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia. Secara umumnya sebarang penyakit daripada haiwan dapat dihindarkan dengan cara penyembelihan. Ini kerana darah merupakan bahantara kuman, bakteria dan toksin dikeluarkan dengan banyak daripada badan haiwan semasa proses penyembelihan. 


3. Daging lebih lembut, segar dan bersih

Kaedah sembelihan memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak daripada badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Daging akan kekal segar dalam masa yang lama disebabkan kurangnya darah dalam daging.


4. Belas kasihan terhadap haiwan

Kajian menunjukkan penyembelihan adalah cara terbaik untuk kebaikan haiwan serta manfaat kesihatan kepada manusia. Islam menjelaskan proses penyembelihan perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini menghantar mesej kesakitan kepada otak. Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih bukan sebab kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang.

Selain itu, sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan adalah tidak wajar bagi seseorang penyembelih menajamkan pisaunya di hadapan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih haiwan di hadapan haiwan yang lain.


Selamat Beramal!!

No comments:

Post a Comment