Thursday, September 8, 2011

PEMAKANAN TERNAKAN KAMBING

Assalamualaikum kepada semua pembaca,
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan dari warga Glovet,
Minta maaf atas kesilapan yang berlaku sepanjang penubuhan syarikat kami.








Saya banyak mendapat panggilan telefon dari penternak-penternak yang mempunyai masalh seperti ternakan mereka kurus walaupun selera makan baik. Ada yang penjantan tidak mahu memanjat betina, ada yang sakit dan sebagainya.


Salah satu faktor yang sangat-sangat penting untuk mengekalkan tahap kesihatan ternakan kita ialah MAKANAN. Dari makananlah ternakan kita mendapat bahan-bahan keperluan untuk mengekalkan keishatan dan mengekalkan berat badan yang ideal. Kambing yang seleranya baik, tetapi makanan yang diberi tidak berkualiti, maka berat badannya juga tidak akan cantik, tahap kesihatannya juga tidak berapa baik.


Bagi ternakan ruminant, baik kambing mahupun lembu, harus diberi makanan seperti dibawah:


1.Rumput & dedaun
Rumput & dedaun hijau merupakan sumber makanan asli yang sangat MURAH dan penting untuk    ternakan. Bakteria didalam perut ternakan berfungsi untuk mencerna serat2 dari rumput. Bakteria ini jugalah yang boleh mengekstrak protein dari rumput dan dedaun dan menukarkan menjadi (fatty acid) yang mana penting sebagai sumber tenaga ternakan dan penting untuk pembesaran ternakan.






2.Karbohidrat merupakan cara paling senang untuk menggemukkan ternakan, tetapi ia boleh menyebabkan penghasilan asid laktik didalm rumen dan sangat merbahaya pada ternakan, maka pemberian kabohidrat harus dikawal pemberiannya.


3.Vitamin dan Mineral
Vitamin dan mineral adalah penting. Setiap jenis vitamin dan setiap jenis mineral mempunyai fungsi yang berlainan. Ianya penting untuk pembentukan hormon pembesaran, hormon pembiakan, pembentukan tulang, penghasilan susu, menigkatkan ketahanan badan terhadap penyakit, dan banyak lagi. Kalsium merupakan keperluan yang penting bagi ibu yang bunting untuk pembentukan anak & susu. Fosforus, magnesium, selenium, iron dan copper juga penting dan tidak harus diabaikan. 


4.Protein
Protein penting untuk membina otot/daging, dan membantu dalam pencernaan karbohidrat. Jika protein kurang, pencernaan karbohidrat akan menjadi terlalu cepat dan mengurangkan sumber tenaga pada ternakan dan penyerapan mineral juga akan berkurangan.


5.Air
Air yang bersih dan mencukupi penting untuk proses fisiologi ternakan, mengawal suhu badan ternakan dan sebgainya. Seperti manusia, 70% dari berat badan adalah air menunjukkan betapa pentingnya air pada tubuh badan. Air penting lebih-lebih lagi bagi ternakan yang bunting dan yang sedang menghasilkan susu.




Makanan yang seimbang dan memenuhi keperluan ternakan, insya allah akan menghasilkan ternakan yang baik. Ternakan yang mendapat makanan yang tidak seimbang @ tidak mencukupi akan menyebabkan ternakan stress. Bila stress, daya tahan lawan penyakit akan jatuh, bila ternakan teerkena jangkitan penyakit, imun badannya tidak mampu melawan penyakit dan akhirnya ia akan jatuh sakit. 

Wednesday, August 24, 2011

PISAU SEMBELIH / MELAPAH

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Kepada semua muslimin & muslimah, kami warga GLOVET ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & minta ampun atas segala kesilapan dari pihak kami.

Sempena raya yang bakal menjelang tak lama lagi, kami ingin memaklumkan kepada semua bahawa kami juga menjual pisau sembelih & melapah jenama VICTORINOX.

Butcher Knife jenama VICTORINOX ini dibuat di Switzerland dan sangat popular di kalangan Master Butcher dan Master Chef. Apa kelebihan VICTORINOX berbanding dengan pisau lain adalah seperti dibawah:

1. Kandungan Carbon Steel yang tinggi dan dicampur dengan Stainless Steel. Carbon steel yang tinggi membuatkan ketajaman pisau ini tahan lama dan tidak perlu asah selalu. 


2. Pemegang dibuat daripada Fibrox. Fibrox dapat mengelakkan pemegang pisau menjadi licin apabila terkena air atau lemak haiwan ketika melapah dan menjamin keselamatan pengguna. Di rumah sembelih Jabatan Veterinar, hanya pemegang jenis Fibrox yang dibenarkan untuk kegunaan mereka.


3.Syarikat Victorinox telah membuat pisau sejak tahun 1891 dan menjadi syarikat rasmi yang membekalkan pisau tentera kepada SWISS ARMY. Victorinox juga membuat pisau untuk NASA space shuttle crew dan pernah dibawa mengelilingi bumi. Apa yang ingin dinyatakan disini ialah, jaminan kualiti yang baik oleh Victorinox.


Jadi apa tunggu lagi, boleh lah telefon ke pejabat kami di talian 03-8945 1470 untuk maklumat lebih lanjut.
Hari raya Qurban juga akan menjelma tidak lama lagi, bagi mereka yang selalu terlibat dengan aktiviti menyembelih, melapah dan memotong daging boleh la beli pisau ini. Dijamin anda akan berpuas hati dengan produk ini.






Tuesday, August 2, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Sempena bulan yang mulia ini, kami di pihak GLOVET ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.

Hapuskan Dendam, Bersihkan Hati, Luruskan Niat,
Ambil peluang ini untuk memperbanyakkan ibadah, menternak juga merupakan satu ibadah yang besar pahalanya. 

Akhir kata, jika ada apa-apa masalah mengenai haiwan anda, bolehlah hubungi kami untuk mendapatkan maklumat lebih mendalam. Terima Kasih.

Wednesday, July 20, 2011

Pameran Ternakan di Stadium Paroi & Stadium Gong Badak

Semua orang dijemput hadir ke Stadium Paroi pada 23-30hb Julai 2011.Waktu pameran bermula pada jam 10pagi - 10malam. Anjuran JPV negeri sembilan.
Pihak kami akan membuka satu booth untuk para pelanggan membeli ubatan, peralatan dan mendapatkan khidmat nasihat percuma. Demonstrasi memerah susu kambing menggunakan Portable Milking Machine juga akan dibuat setiap petang sepanjang pameran. 



Kami juga juga akan membuka booth di Terengganu pada 23-28hb Julai 2011 di Stadium Gong Badak, anjuran Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu. Apa tunggu lagi, marilah beramai2 ke booth kami. 

Jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkan khidmat nasihat dari Doktor Veterinar mengenai penyakit ternakan anda.

Tuesday, June 28, 2011

Mineral dan Kekurangan Mineral

FUNGSI MINERAL

1.Kalsium

Fungsi

Diperlukan untuk kesihatan tulang dan gigi, kontraksi otot, stimulasi impuls saraf, pembekuan darah, pengaktifan enzim, pengangkutan ion di dalam membran sel, degupan jantung, dan pengeluaran hormon. Sekitar 99% kalsium tubuh wujud di dalam tulang dan gigi. Ayam yang bertelur memerlukan jumlah yang signifikan untuk pengeluaran kulit telur.

Gejala Kekurangan

Riket (haiwan muda). Osteoporosis (haiwan yang lebih tua). Demam susu ataulambing sickness” (penyakit metabolisme yang boleh membawa maut) adalah penyakit yang berkaitan dengan kekurangan kalsium. Telur berkulit nipis, penurunan pengeluaran telur, dan penurunan daya tetas juga adalah gejala-gejala kekurangan kalsium.

Nisbah kalsium terhadap fosforus adalah penting. Vitamin D juga sangat penting kerana kekurangan vitamin D akan menghalang penggunaan kalsium yang baik.
Kelebihan kalsium mengurangkan penyerapan dan penggunaan zink. Magnesium yang berlebihan akan menurunkan penyerapan kalsium, menggantikan kalsium dalam tulang, dan meningkatkan pembuangan kalsium.

Sumber

Kekacang hijauan, seperti alfalfa atau rumput semanggi. Untuk ayam bertelur, cangkerang tiram, cangkerang tanah yang kasar, atau grit batu kapur menyediakan sumber kalsium yang baik.

2.Fosforus

Fungsi

Fosforus mempunyai fungsi yang lebih dikenali dalam tubuh haiwan daripada elemen lain.

-Sebahagian daipada struktur tulang
-Komponen sebahagian protein, lemak dan asid nukleik
-Metabolisme tenaga

Gejala Kekurangan

Terdapat banyak kawasan yang kekurangan fosforus di dalam tanah, seperti di kawasan tropika dan kawasan sub-tropika, dan masalah kekurangan fosforus adalah masalah yang paling popular yang melanda ternakan peragut.

-Riket (haiwan muda), osteomalasia (haiwan lebih tua)
-Kurang selera makan (Haiwan akan mengunyah kayu, tulang, robekan dan sebagainya)
-Kekejangan sendi, kelemahan otot
-Kemandulan
-Kadar pertumbuhan yang rendah

Sumber

-Bijiran
-Produk ikan dan tulang

Fosforus  di dalam bijirin (dan tanaman yang lain) adalah dalam bentuk phytate. Ini adalah sebatian organik yang mengikat fosforus dan membuatnya tersedia untuk khinzir dan unggas. Di dalan tubuh kambing, mikro-organisma rumen akan memecahkan phytate dan menghasikan fosfor yang tersedia untuk kambing. Oleh itu, fosforus di dalam bijirin banyak digunakan dengan lebih efektif oleh kambing daripada khinzir dan unggas.

3.Kalium

Fungsi

-Mengekalkan konsentrasi garam di dalam cecair tubuh dan keseimbangan asid di dalam tubuh
-Terlibat di dalam isyarat saraf

Gejaja Kekurangan

Secara amnya kurang berlaku kerana kandungan kalium di dalam tumbahan adalah tinggi. Kawasan di mana kandungan kalium di dalam tanah adalah rendah (Brazil, Uganda dan Panama) boleh menyebabkan masalah kekurangan kalium di kalangan haiwan peragut terutamanya pada hujung musim kering.

-Kadar pertumbuhan yang rendah, kelemahan, paralisis, dan kematian. Kalium yang berlebihan selalunya akan dikeluarkan daripada tubuh melalui air kencing. Pengambilan kalium yang berlebihan juga boleh menghalang penyerapan magnesium dan menyebabkan masalah kekurangan megnesium.

Sumber

Terdapat di dalam semua jenis tumbuh-tumbuhan.


4.Natrium

Fungsi

-Mengekalkan konsentrasi garam di dalam cecair tubuh
-Mengekalkan keseimbangan asid-alkali
-Penghantaran impuls saraf

Gejala Kekurangan

Berlaku di seluruh dunia terutamanya di kawasan tropikal di Afrika.

-Dehidrasi
-Kadar pertumbuhan yang rendah

Sumber
-Garam biasa
-Tumbuhan adalah sumber yang kekurangan natrium

5.Klorin

Fungsi

-Keseimbangan asid-alkali
-Mengekalkan konsentrasi garam

Gejala Kekurangan

-Alkalosis (bikarbonat berlebihan di dalam darah)
-Pertumbuhan terbantut dalam kes yang ekstrim

Sumber

-Garam biasa

Garam adalah penting, tetapi terlalu banyak garam di dalam diet adalah berbahaya. Keracunan garam adalah sangat umum, terutamaya ketika penyediaan air minum terhad. Diet yang mengandungi konsentrasi garam yang tinggi (40 g / kg untuk ayam, hanya 20 g / kg untuk ayam dan khinzir) akan membunuh haiwan jika bekalan air terhad.


6.Sulfur

Fungsi

Komponen sesetengah asid amino di mana kandungan sesetengah protein adalah tinggi (contohnya keratin yang membentuk kuku, tanduk dan rambut).

Sumber

-Protein. Selalunya, masalah kekurangan sulfur timbul disebabkan kekurangan protein di dalam diet.

 7.Magnesium

Fungsi

-Komponen tulang
-Penting untuk metabolisme karbohidrat dan lemak

Gejala Kekurangan

-Paralisis dan kematian
-Getaran pada tubuh

Sumber

-Dedak
-Makanan dan kek yang mempunyai biji minyak

7.Ferrum/Iron

Fungsi

-Komponen hemoglobin (mengangkut oxigen ke seluruh badan)
-Peranan penting dalam metabolisme tenaga

Gejala Kekurangan

Gejala yang paling dikenali adalah anemia (diamati sebagai membran pink pucat sekitar mata). Khinzir sangat mudah untuk mengalami anemia dan perlu dibawa ke tanah untuk membolehkannya menggali. Khinzir yang mengalami anemia juga mempunyai pertumbuhan dan selera makan yang kurang, serta kadar degupan jantung yang tinggi.

 Sumber

-Sayur-sayuran hijau
-Kekacang dan kulit bij-bijian

Toksik disebabkan ferrum (zat besi) bukan perkara biasa. Ini disebabkan haiwan mengurangkan penyerapan ferrum apabila bekalannya berlebihan dan meningkatkan penyerapan ferrum apabila bekalannya berkurangan.

8.Zink

Zink dijumpai di dalam setiap rangkaian tubuh haiwan. Konsentrasi tinggi ditemui pada rambut, kulit dan bulu, konsentrasi tertinggi ditemui di dalam air mani. Zink terakumulasi di dalam tulang, tidak seperti semua elemen lain yang cenderung terkumpul di hati.

Fungsi

-Komponen sesetengah enzim
-Terlibat dalam replikasi sel
-Terlibat dalam produksi, penyimpanan dan pengeluaran hormon
-Terlibat dalam sistem pertahanan badan
-Terlibat dalam mengekalkan konsentrasi garam

Gejala Kekurangan

Jarang kelihatan; keperluan zink adalah tidak tinggi dan zink secara meluasnya terdapat di dalam makanan.

-Khinzir: pertumbuhan tidak normal, kurang selera makan, kulit kemerahan yang kemudian meletus dan membentuk kuping (scabs,parakerotosis)
-Anak ayam: pertumbuhan terbantut, kecacatan pada kaki, bulu mengeriting, parakerotosis, dan swollen hock syndrome (sindrom pembengkakkan pada sendi pergelangan kaki)
-Anak kambing: pembengkakkan pada hidung dan mulut, kekejangan pada sendi, pembengkakkan pada kaki, parakerotosis

Sumber

Dedak daripada butiran bijiran

Kebanyakan haiwan boleh menerima dos zink yang tinggi, dan ketoksikan disebabkan zink jarang berlaku. Kandungan zink yang tinggi di dalam diet akan mengurangkan pengambilan makanan dan boleh menyebabkan kekurangan kuprum (copper).

  
9.Kuprum

Kuprum disimpan di dalam hati.Keracunan akut disebabkan kuprum jarang berlaku tetapi jika diberi secara berterusan dalam kuantiti yang sedikit, lama-kelamaan ia akan berkumpul sehingga mencecah tahap toksik.
Listen
Read phonetically

Kecenderungan untuk mengalami keracunan kuprum berbeza-beza antara spesies. Khinzir boleh menerima jumlah kuprum yang banyak, dan agak luar biasa jika lembu mengalami toksik disebabkan kuprum. Walau-bagaimanapun, kambing biri-biri sangat sensitif terhadap keracunan kuprum. Keracunan kuprum boleh menyebabkan jaundis dan kematian disebabkan oleh kegagalan hati.

Fungsi

-Terlibat dalam pembentukan hemoglobin
-Terlibat dalam penyerapan ferrum di usus dan dalam penggunaan ferrum untuk pembuatan hemoglobin
-Dipelukan untuk warna normal rambut dan bulu
-Mengurangkan kecenderungan kambing untuk mendapat jangkitan

Gejala Kekurangan

-Anemia, pertumbuhan yang tidak baik, penyakit tulang
-Cirit-birit, kemandulan
-Kelunturan warna rambut dan bulu
-Gangguan usus dan kerosakan pada otak dan saraf tunjang
-Kambing mengalami “swayback” (tulang belakang melengkung jauh ke dalam). Jika ini berlaku ketika lahir, ia tidak dapat dipulihkan. Ia dapat dielakkan dengan memberikan kuprum yang secukupnya kepada haiwan tersebut. Jika tanda-tanda tidak wujud beberapa minggu selepas kelahiran, gejala-gejala boleh dielakkan atau ditunda dengan memberikan kuprum.
-Bulu mengeriting

Kekurangan kuprum juga boleh disebabkan (kambing biri-biri dan kambing biasa) oleh membiarkan haiwan-haiwan tersebut meragut di padang rumput yang kaya dengan molibdenum. Molibdenum atau sulfur yang terlalu banyak mengurangkan ketersediaan kuprum dan menyebabkan kekurangan kuprum. Kuprum, molibdenum dan sulfur membentuk kompleks yang tidak larut di dalam rumen dan menjadikan kuprum tidak tersedia untuk penggunaan haiwan.

Sumber

-Dijumpai di dalam pelbagai jenis makanan



10.Molibdenum

Walaupun molibdenum tidak mempunyai fungsi di dalam badan (ia membentuk sebahagian daripada kompleks dengan beberapa enzim). Keperluan untuk molibdenum amat kecil. Kekurangan molibdenum tidak dapat dilihat di dalam keadaan semula jadi dengan mana-mana spesies. Masalah dengan molibdenum lebih cenderung berlaku apabila jumlahnya melebihi, kerana ia mengurangkan ketersediaan kuprum untuk haiwan ruminan. Mengeruk dan kehilangan berat badan adalah tanda-tanda utama keracunan molibdenum, walaupun kambing biri-biri dan kambing biasa kurang terjejas oleh perkara ini berbanding ruminan besar.


11.Selenium

Selenium berfungsi dengan vitamin E untuk melindungi tisu haiwan daripada pengoksidaan. Vitamin E menyimpan selenium dalam bentuk aktif, manakala selenium meningkatkan penyerapan Vitamin E daripada usus dan memastikan ia dalam sistem peredaran darah. Sebagai sebahagian daripada proses pengoksidaan adalah pembentukan peroksida (yang merosakkan sel). Vitamin E mengelakkan pengeluaran peroksida dan selenium menghapuskan peroksida yang terbentuk. Menambahkan makanan yang kaya dengan Vitamin E akan mengurangkan keperluan bagi selenium (dan sebaliknya). Walaubagaimanapun, terdapat had pada penggantian ini. Vitamin E tidak boleh menggantikan selenium sepenuhnya dan selenium belum dapat menggantikan Vitamin E.

Fungsi (dengan vitamin E)

-Mencegah kerosakan pengoksidaan kepada sel-sel tubuh
-Terlibat dalam fungsi sistem pertahanan badan
-Perlindungan terhadap ketoksikan logam berat

Gejala Kekurangan

-Kambing dan anak kambing mengalami “ill thrift” (tidak membesar, berat badan tidak bertambah dan seterusnya menyebabkan kematian dalam situasi di mana jumlah makanan adalah mencukupi)
-Kadar penetasan telur adalah rendah bagi ayam yang bertelur

Kekurangan ini mungkin hanya berlaku jika tanah kekurangan selenium dan ternakan hanya diberi rumput yang tumbuh di kawasan tersebut. Berhati-hati jika menambah diet dengan selenium, kerana ia adalah sangat toksik dan margin antara dos yang diperlukan dengan jumlah toksik adalah kecil.

Ketoksikan Selenium

Sesetengah kawasan mempunyai tanah yang kaya dengan kandungan selenium. Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di tanah ini juga mempunyai kepekatan selenium yang tinggi, yang boleh menghasilkan penyakit kronik seperti "penyakit alkali" atau "blind staggers"(kerosakan penglihatan). Tanda-tanda ini ialah:

-Kebosanan
-Kekejangan sendi
-Kehilangan rambut pada bahagian ekor
-Kecacatan pada kuku

Kepekatan 5 mg selenium / kg di dalam diet mungkin berbahaya.

Jika haiwan memakan selenium dengan dos yang sangat tinggi, ia akan mengalami keracunan akut, yang menyebabkan kematian mengejut akibat daripada kegagalan pernafasan.

12.Kobalt

Kobalt merupakan komponen Vitamin B 12 (kobalamin). Khinzir dan ayam perlu dibekalkan dengan vitamin ini. Mikro-organisma di dalam rumen membuat vitamin ini untuk memenuhi keperluan kambing biri-biri dan kambing biasa, dengan syarat bekalan kobalt adalah mencukupi. Ini adalah fenomena yang biasa kerana kobalt biasanya terdapat di dalam makanan yang diberi.

Kobalt yang berlebihan boleh menjadi toksik, tetapi ada margin keselamatan yang luas antara keperluan nutrisi dengan jumlah toksik. Tidak seperti kuprum, kobalt tidak disimpan di dalam tubuh sehingga ke tahap yang ketara dan biasanya, pengambilan kobalt yang berlebihan tetapi dalam kuantiti yang kecil tidak seharusnya menyebabkan haiwan tersebut mendapat keracunan akut kobalt.


Ditulis oleh:
Sofea - pelajar Cyberjaya University College of Medical Sciences




Listen
Read phonetically

Listen
Read phonetically



Listen
Read phonetically






Thursday, June 23, 2011

Sampar Ayam (Newcastle Disease)

Untuk membantu pihak JPV dalam kempen kesedaran mengenai penyakit SAMPAR AYAM, maka saya menulis entry yang serba ringkas ini untuk tatapan para pengunjung blog ini.

Penyakit sampar ayam disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai Paramyxoviridae. Ianya sangat mudah merebak dan menyebabkan kematian ayam besar-besaran. Ramai penternak yang menggulung tikar disebabkan oleh penyakit ini.

Sekalipun, ia dikelaskan sebagai penyakit yang membunuh, tetapi ia tidak berbahaya kepada manusia. ``Jika terkena kepada manusia sekalipun, ia hanya menyebabkan kesan yang sangat ringan seperti radang pada lapisan lembut depan mata (konjunktiva) atau rengsa pada anak tekak (laringitis).

Antara tanda-tanda ayam terkena penyakit ini adalah seperti berikut:
Ayam kelihatan monyok, bulu meremang, kepak jatuh dan berak cair kehijauan

Kepala teleng akibat gangguan saraf

Kematian yang tinggi dalam masa yang singkat dan melibatkan semua peringkat umur


Jadi, untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko sampar ayam, apa yang anda boleh lakukan ialah:
VAKSIN AYAM ANDA!!!!

Wednesday, June 15, 2011

Mengetahui serta memahami dehidrasi (kekurangan air) pada kambing-kambing dan ternakan lain

Mengetahui serta memahami dehidrasi (kekurangan air) pada kambing-kambing dan ternakan lain
________________________________________

Pengenalan dehidrasi:
Dehidrasi boleh menyebabkan masalah yang serius pada ternakan yang muda dan juga tua. Masalah yang membawa maut ini haruslah diatasi secepat mungkin. Ini adalah kerana dehidrasi merendahkan kemampuan seseekor binatang itu untuk menyebarkan ubat dan nutrisi ke dalam badan mereka.

Tanda-tanda klinikal dehirasi pada kambing:
1.Mata yang tidak bermaya (sunken eye)
2.Kulit tidak anjal
3.Hidung yang kering
4.Tidak bertenaga, pucat, kering gusi, dan
5.Pengisian kembali salur darah (capillary refill time) yang mengambil masa lebih dari 2 saat juga merupakan salah satu tanda-tanda dehidrasi.

Diagnosis tambahan untuk dehidrasi:
Salah satu cara terbaik untuk mentafsir tahap dehidrasi dan mengetahui jika usaha yang dilakukan ke atas seseekor binatang berjaya adalah dengan mengambil darah dan menjalankan ujian darah yang lengkap.

Status pentafsiran dehidrasi:
Sila guna petunjuk di bawah dalam menentukan tahap dehidrasi dalam seseekor binatang:


Rawatan untuk dehidrasi:
Selepas tahap dehidrasi pada biri-biri/kambing sudah ditafsirkan, kiraan boleh dilakukan untuk mengetahui sebanyak mana cecair diperlukan untuk mengatasi masalah dehidrasi itu.

1.Ambil peratus dehidrasi dan darabkan dengan berat binatang tersebut dalam kg.

Berat dalam kg X peratus dehidrasi = Isipadu cecair yang diperlukan (liter).

2.Sebagai contoh (9 kg) anak kambing telah ditafsirkan mengalami dehidrasisebanyak 9%.
Ini bermaksud 0.81 (9 kg X .09 = 0.81) liter cecair yang diperlukan untuk menggantikan apa yang telah hilang.

3.Selepas sukatan cecair untuk kiraan awal telah dimasukkan ke dalam badan, cecair tambahan boleh diberi pada kadar 5 mL untuk setiap 1kg, setiap jam. Tambahan untuk 5 mL/1kg/jam, cecair tambahan mungkin dikehendaki untuk megatasi kehilangan yang berterusan seperti cirit-birit dan lain-lain.

Petunjuk: 1 gelen = 3.7 liter dan 1 kg = 2.2 lb.

Cecair ini boleh diberi secara oral (PO), subcutaneous (SQ)-bawah kulit, atau intravenously (IV)-melalui salur darah. Hanya cecair yang steril (0.9% cecair saline atau sodium klorida)boleh dimasukkan ke dalam badan secara SQ dan IV. Ia sangat penting bagi ternakan yang menghidapi dehidrasi, khususnya anak yang baru lahir dengan cirit-birit untuk menerima cecair tambahan melalui oral, SQ atau IV.

Memasukan cecair ke dalam badan secara Oral:
Kemasukan cecair melalui oral haruslah digunakan ke atas ternakan yang menghidapi dehidrasi sebanyak 1-5%. Jika ternakan menghidapi dehidrasi lebih dari ini, kemasukan cecair melalui oral tidak dapat memenuhi kesesuain ternakan mereka. Masalah yang paling lazim berlaku dengan kemasukan cecair melalui oral adalah kaedah yang digunakan dan kekerapan pemberian cecair tidak sesuai serta kuantiti cecair yang diberi tidak mencukupi. Peraturan yang perlu dipatuhi adalah:

1.Kira keperluan cecair pada ternakan seperti dalam contoh sebelum ini. Beri tidak lebih dari 250 mL dalam satu masa pada anak ternakan yang kecil atau 3-5 liter pada ternakan yang dewasa.

2.Jika elektrolit perlu diberi pada ternakan, segala peraturan dan arahan daripada pegeluar haruslah dipatuhi.

3.Cara terbaik untuk anak ternakan yang baru lahir untuk menerima cecair melalui oral adalah dengan menggunakan botol sebagai penyusuan. Ini membenarkan cecair untuk memasuki abdomen melalui lurah esofagus. Jika anak ternakan yang baru lahir itu terlampau lemah untuk menyusu, cecair boleh diberikan dengan esofagus atau tiub pemakanan. Kaedah ini, walau bagaimanapun, menyebabkan cecair untuk memasuki rumen secara terus dan tidak pada abdomen.

4.Jangan berasa ragu-ragu untuk memberi susu atau susu pengganti bagi menambahkan elektrolit ke dalam badan anak ternakan yang baru lahir. Elektrolit tidak mengandungi nutrisi yang mencukupi. Jadi, susu sangatlah penting untuk mereka. Kesemua elektrolit dan susu hendaklah diberi dalam jarak 30 minit dan kedua-dua cecair ini TIDAK BOLEH DICAMPURKAN BERSAMA. Pencernaan susu menjadi lambat jika dicampurkan bersama elektrolit melalui oral.

5.Ternakan dewasa yang menghidapi dehidrasi memerlukan kemasukan cecair ke dalam badan secara oral melalui tuib perut.

6.Kekerapan kemasukan cecair boleh berubah-ubah dan bergantung pada keseriusan kehilangan cecair serta mengurusan tisu di dalam badan. Secara umumnya, ternakan yang menghidapi sedikit dehidrasi hanya memerlukan dua dos oral, manakala ternakan yang menghidapi dehydrasi selama 5% memerlukan cecair melalui oral selama 2 jam.

Pemasukan cecair ke dalam badan secara Subcutaneous(SQ):
Kaedah ini harus digunakan oada ternakan yang menghidapi dehidrasi sebanyak 6-8%. Langkah berjaga-jaga haruslah diberikan perhatian:

1.Jika ternakan menghidapi dehidrasi lebih dari 8%, cecair mestilah diberikan secara IV.

2.Panaskan cecair pada suhu badan sebelum memasukkannya ke dalam badan.

3.Hanya cecair isotonik yang steril boleh digunakan (0.9% cecair salin).

4.Kulit yang longgar disekeliling leher, bahu dan belakang siku merupakan tempat terbaik untuk memasukkan cecair secara SQ. Tempat suntikan mestilah dibesihkan dan di sterilkan sebelum menggunakan jarum untuk menyuntik.

5.Cecair boleh diberikan dalam satu bolus yang besar atau diberikan dalam jangka masa tertentu. Pemberian hendaklah tidak lebih dari 60 mL pada satu tempat dan tidak melebihi total 200 mL pada anak ternakan yang baru lahir pada satu masa. Ternakan dewasa boleh menerima isipadu cecair yang banyak. Lazimnya, cecair memerlukan 4-6 jam untuk diserap ke dalam badan. Jika kambing anda mengalami hydrasi yang berlebihan(terlampau banyak cecair diberikan), kuantiti potassium dalam darah mungkin akan menurun terlampau banyak. Ini boleh meneyebabkan otot dan jantung yang tidak normal. Tanda-tandanya ialah kelemahan, sembelit, penafasan yang laju dan kadar denyutan jantung yang tinggi. Hydrasi yang berlebihan juga menyebabkan cecair berkumpul di paru-paru. Tanda-tandanya ialah penfasan yang laju, batuk, bersin dan mempunyai penafasan yang termengah-mengah (berbunyi-bunyi). Jika anda perasan pada tanda-tanda ini, sila hentikan rawatan kemasukan cecair dan hubungi doktor haiwan secepat mungkin.



Kemasukan cecair ke dalam badan ternakan secara oral dan SQ boleh dilakukan serentak dan ini merupakan satu kaedah terbaik untuk memulihkan dehidrasi.


Pemasukan cecair ke dalam badan secara intravenous (IV):
Pemasukan cecair secara intravenous memerlukan kateter yang steril untuk dimasukkan ke dalam badan ternakan. Ini memerlukan bantuan daripada profesional dan latihan tambahan. Selepas kateter diletakkan di tempatnya, beberapa pertimbangan hendaklah diambil kira iaitu:

1. Hanya cecair yang steril boleh dimasukkan ke dalam badan (Lactated Ringers, 0.9% cecair salin, dll.).

2. Kira keperluan cecair yang diperlukan pada ternakan dengan membuat jadual dan contoh dalam perbincangan ini.

3. Kebanyakan ternakan yang menghidapi cirit-birit mempunyai pH darah yang rendah. Disebabkan perkara ini, bikarbonat diperlukan untuk ditambah ke dalam 1-3 liter cecair yang pertama. Jika 0.9% steril cecair salin atau sodium klorida digunakan, kira-kira 13 g of sodium bikarbonat atau 150-175 mL dari 8.4% cecair sodium bikarbonat perlu ditambah ke dalam setiap liter untuk menbuat cecair sebanyak 1.3%. Untuk membuat 5% cecair sodium bikarbonat, 50 g sodium bicarbonate mesti ditambah ke dalam setiap leiter cecair.

4. Tanbahan glukosa selalunya penting. Tambah 30 mL daripada 50% cecair dextrosa ke dalam 1 liter cecair IV untuk membuat 1.5% cecair dextros; tambah 100 mL daripada 50% dextros ke dalam 1 liter untuk membuat kira-kira 5% cecair dextros.

5. Secara umumnya, selepas cecair yang diperlukan dalam seseekor ternakan itu dikira, dua per tiga daripada jumlah itu boleh diberi pada jam yang pertama. Sebagai contoh, jika ternakan memerlukan 750 ml cecair, 500 ml boleh diberil pada jam yang pertama. Selepas jam yang pertama, cecair yang selebihnya (250 ml) boleh diberi dalam masa 2-3 jam berikutnya.

6. Selepas sukatan cecair untuk kiraan awal telah dimasukkan ke dalm badan, cecair tambahan boleh diberi pada kadar 5mL untuk setiap kg.berat badan, setiap jam. Ini bermaksud 9 kg anak kambing yang mnghidapi dehidrasi sebanyak 9% haruslah dimulakan dengan penerimaan sebanyak 0.81 liter cecair. Anggaran 0.5 liter perlu diberikan pada jam yang pertama, dan 0.3 liter pada 2-3 jam yang terakhir. Selepas 0.81 liter diberi, 45 mL cecair mestilah diberikan sehingga ternakan terhidrat sepenuhnya dan kembali normal

7. Tambahan untuk 5 mL/kg/jam, cecair tambahan mungkin dikehendaki untuk megatasi kehilangan yang berterusan seperti cirit-birit dam lain-lain.

Pencegahan dehidrasi:
Dehidrasi boleh dielakkan jika ternakan yang sakit, luka atau di bawah tekanan yang teruk (kemarau, sejuk dan panas yang melampau dan lain-lain) diberikan perhatian sepenuhnya. Jika ada ternakan yang menghidapi penyakit cirit-birit atau apa-apa penyakit yang boleh menyebabkan kehilangan cecair, haruslah menerima rawatan cecair tambahan secepat mungkin. Memberi cecair tambahan ketika masalah tersebut mula berlaku merupakan cara terbaik daripada mengganti kerugian yang berlaku akibat dehidrasi.

Ditulis oleh:
Khairunnisa - pelajar Cyberjaya University College of Medical Sciences

Disemak oleh:
Dr. Azlan Shah - Dr. Veterinar

Kambing anda Selsema? Batuk? Susah bernafas?

Kemungkinan besar kambing anda mendapat pneumonia!!



Apakah itu ‘Pneumonia’?
Apabila bakteria, virus atau kulat (fungus) masuk ke paru-paru, kuman ini biasanya menetap di kantung udara paru-paru, di mana di situ mereka berkembang biak. Kawasan paru-paru yang dijangkiti kuman ini akan dipenuhi dengan cairan dan nanah, sebagai satu cara tubuh untuk melawan jangkitan. Jika tidak dirawat, nanah yang terbentuk di kawasan paru-paru ini boleh menyebabkan pendarahan. Walaubagaimanapun, rawatan antibiotik dapat mengurangkan bahaya ini.

‘Acute respiratory distress’ (‘Gangguan pernafasan akut’) adalah keadaan khusus di mana paru-paru tidak berfungsi dan kandungan oksigen di dalam tubuh sangat berkurangan, sehingga boleh mengancam nyawa. Kegagalan pernafasan boleh berlaku jika pneumonia mengakibatkan perubahan mekanikal di dalam paru-paru (disebut kegagalan ventilasi) atau kekurangan oksigen yang keterlaluan dalam pembuluh darah (arteri)-(juga disebut sebagai kegagalan pernafasan hypoxemic.

‘Bakteremia’ (bakteria dalam darah) adalah komplikasi yang paling biasa terjadi akibat daripada jangkitan bakteria pneumococcus, namun jangkitan ini jarang tersebar ke bahagian lain.. Bakteremia juga merupakan komplikasi yang sering terjadi akibat jangkitan organisma bakteria gram-negatif yang lain. Bagaimanapun, terdapat kes-kes yang jarang berlaku di mana jangkitan mungkin merebak dari paru-paru ke jantung dan organ-organ lain yang boleh menyebabkan pembentukan nanah di bahagian tersebut, contohnya di otak.

Pneumonia adalah penyakit yang sangat biasa berlaku pada kambing, teruatama sekali pada anak kambing.

Punca-punca Utama Pneumonia:

Terdapat tiga jenis kuman yang menyebabkan pneumonia iaitu:
- Bakteria
- Virus
- Parasit

Faktor-faktor yang menyebabkan tekanan (‘stress’) kepada kambing turut menyumbang kepada masalah pneumonia, seperti:
- tahap kelembapan yang tinggi
- kawasan tertutup
- perubahan cuaca yang drastik
- perubahan persekitaran,
- perubahan makanan,
- melahirkan anak kambing
- pengudaraan yang tidak cukup
- tempat tidur yang lembab dan berhabuk

Tanda-tanda Gejala Pneumonia:
1. Berat badan menurun.
2. Batuk
3. Selsema / hingus
4. Demam
5.Sukar bernafas
6. Pernafasan berbunyi (‘wheezing’)
7. Hilang selera makan
9. Cirit-birit.



Pilihan Rawatan:
Jangan bertangguh dalam memberi rawatan kepada kambing yang disyaki dijangkiti pneumonia. Rawatan awal dapat mengurangkan komplikasi dan risiko kematian. Terdapat beberapa ubat atau rawatan yang berbeza, bergantung kepada jenis jangkitan kuman pneumonia itu.

Sekiranya anda belum mendapatkan diagnosis daripada doktor veterinar, dan mahu merawat kambing anda sendiri, anda diingatkan bahawa waktu yang diperlukan untuk melihat keberkesanan ubat yang diberi adalah dalam masa 2 hari selepas rawatan diberikan. Sekiranya kambing anda tidak beransur pulih dalam tempoh tersebut, cuba gunakan jenis ubat yang lain.

1. Pneumonia yang disebabkan oleh Bakteria:
* Rawatan antibiotik yang boleh digunakan adalah seperti Tylan200, Nuflor, LA-200, penicillin, tetracycline, Albon, dan Gallimycin. Pengkulturan bakcteria dan ujian sensitiviti terhadap antibiotik adalah disarankan untuk memastikan rawatan yang berkesan diberikan.

2. Pneumonia yang disebabkan oleh Virus:
* Antibiotik tidak akan berkesan dalam merawat pneumonia yang disebakan oleh jangkitan virus, melainkan pneumonia tersebut telah melarat dan mendapat jangkitan pneumonia sekunder. Rawatan untuk pneumonia yang berpunca daripada virus tidak bertujuan untuk membunuh virus tersebut (sepertimana pneumonia yang disebabkan bakteria), sebaliknya rawatan hanya untuk mengurangkan simptom-simptom pneumonia. Rawatan yang boleh diberikan termasuklah memberikan cecair dan elektrolit, ubat anti-radang (Banamine) dan juga anti-histamin seperti Benadryl.

3. Pneumonia yang disebabkan oleh Parasit:
* Dalam kes dimana pneumonia yang disebabkan oleh bakteria tetapi tidak dirawat atau tidak mendapat rawatan yang betul, kambing tersebut boleh dijangkiti pula dengan parasit seperti cacing paru-paru (lungworm), keadaan yang dipanggil jangkitan pneumonia sekunder. Ivermectin and Valbazen adalah dua jenis ubat yang berkesan untuk rawatan pneumonia disebabkan oleh lungworm (parasit).

** Perhatian: Jangan beri Valbazen kepada kambing betina yang mengandung.


Radang Paru-paru Interstitial (Interstitial Pneumonia): Salah Faham.
Radang paru-paru interstitial (interstitial pneumonia) adalah jenis pneumonia yang paling berbahaya dan boleh membawa maut – 75 kes maut dalam 100 kes interstitial pneumonia (75%).

Biasanya, kita diberitahu bahawa pneumonia jenis ini tidak dapat dikenalpasti sehinggalah binatang ternakan itu mati mengejut. Ini adalah maklumat yang salah.
Sebelum pergi dengan lebih jauh, kita perlu tahu apa itu radang paru-paru interstitial (interstitial pneumonia).

Definisi Intersitial: Berkaitan dengan atau terletak dalam, ruangan-ruangan kecil yang sempit di antara rangkaian atau bahagian sesuatu organ.
Radang paru-paru interstitial adalah istilah umum yang merangkumi pelbagai jenis penyakit paru-paru kronik. Paru-paru boleh mendapat radang interstitial dengan tiga cara.

Pertama, tisu paru-paru telah rosak disebabkan oleh punca yang diketahui ataupun tidak diketahui.

Kedua, dinding kantung udara (airsacs) di dalam paru-paru mengalami keradangan.

Ketiga, parut (fibrosis) yang terjadi pada tisu kantung udara paru-paru (‘interstitium’) disebabkan oleh kecederaan atau keradangan terdahulu, lalu menyebabkan paru-paru berparut seterusnya menjadi keras dan tidak anjal.

Apabila kantung udara keras, maka tiada pertukaran oksigen akan berlaku antara darah dan paru-paru, akhirnya kambing tersebut akan mati.





Ditulis oleh:
Shazila Shamsuddin- pelajar Cyberjaya University College of Medical Sciences

Disemak oleh:
Dr. Azlan Shah Abdul Ghani - Dr. Veterinar

Wednesday, June 8, 2011

Pinkeye / keratoconjunctivitis (penyakit mata)



Pinkeye (keratoconjunctivitis) atau dikenali sebagai mata merah/sakit mata dikalangan penternak adalah merupakan inflamasi/keradangan di bahagian dalam kelopak mata. Pada kambing, penyakit mata disebabkan oleh mikroorganisma “Mycoplasma” dan “Chlamydia”. Ianya berlainan dengan lembu yang disebabkan oleh (Moxarella bovis), maka vaksin untuk mencegah penyakit mata dalam lembu tidak boleh digunakan untuk kambing.

Pinkeye mudah berjangkit dan merebak melalui sentuhan. Penyakit ini selalunya berlaku pada kambing baru yang dimasukkan ke kandang, apabila kambing dipindahkan (transported @ relocated), dan apabila kambing stress disebabkan cuaca. Penternak harus memakai glove ketika merawat penyakit ini kerana ia berjangkit melalui sentuhan.

Tanda klinikal, Rawatan, Pencegahan:

Tanda klinikal termasuklah:
1. Mata mengenyit / kuyu
2. Berair, kemerahan, membengkak sedikit
3. Bahagian putih mata menjadi kelabu
4. Dalam kes yang teruk, mata akan luka dan membentuk ulcer.

Kambing juga akan berasa sakit, membengkak dan mata berair, kadangkala cecair yang pekat seakan nanah mengalir keluar dari mata dan mengering serta membentuk kerak. Pinkeye boleh menyebabkan kambing menjadi buta sementara waktu dan kekal buta dalam kes yang sangat2 teruk. Kambing yang mengidap penyakit ini akan hilang berat badan sedikit demi sedikit.

Rawatan:

Dalam kebanyakan kes, jangkitan ini pulih secara semula jadi. Walaubagaimanapun, rawatan harus diberi pada kes yang teruk.

1. Asingkan dengan segera kambing yang sakit dari kumpulan kambing yang lain. Kambing yang sihat boleh dijangkiti dengan sentuhan.

2. Flush mata dengan air yang steril (bebas dari sebarang mikroorganisma)

3. Gunakan suntikan antibiotic seperti Oxytetracycline. Antibiotik lain yang berkesan termasuklah Tylosin (jika jangkitan disebabkan oleh Mycoplasma) dan Penicillin (jika disebabkan oleh Chlamydia).

4. Antibiotic eye ointment seperti Terramycin juga sangat efektif.

5. Pakai sarung tangan apabila merawat ternakan yang sakit. Apabila suntikan antibiotic diberikan subcutaneous (bawah kulit) atau intra-muscular (dalam otot daging), penternak harus berwaspada bahawa antibiotic tersebut boleh pergi ke susu dan meninggalkan residu di dalam daging kambing. Tanya kepada vet anda berapa hari selepas suntikan antibiotik haiwan tersebut boleh disembelih untuk makan @ susu boleh diminum.

6. Sediakan makanan dan minuman yang bersih kepada kambing yang sakit. Kambing ini tidak mempunyai selera makan yang baik dan penglihatan mereka terbatas. Jika kambing anda dehidrasi (kekurangan air), anda harus memaksa kambing anda minum dengan mengambil picagari dan suntik air sedikit demi sedikit ke dalam mulut kambing. Kebanyakan haiwan boleh mati disebabkan oleh kekurangan air.

Pencegahan:

Vaksin untuk mencegah pinkeye dalam kambing masih belum ada. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
1. Memastikan anda membeli kambing dari sumber / ladang yang baik dan bersih. Bukan dari ladang yang kambingnya mempunyai banyak masalah kesihatan.

2. Minimumkan stress transportasi (ketika membawa kambing ke ladang anda)

3. Kurangkan stress ketika menguruskan kambing-kambing di kandang. Stress boleh menyebabkan hormon kortisol meningkat dan menyebabkan immuniti badan menurun (daya tahan penyakit menurun).

4. Kuarantin kambing yang baru masuk ke ladang, jangan campurkan terus kambing yang baru sampai dengan kambing yang sedia ada di kandang. Ini untuk mengelakkan kambing yang sakit bercampur dengan kambing yang sihat.