Thursday, June 23, 2011

Sampar Ayam (Newcastle Disease)

Untuk membantu pihak JPV dalam kempen kesedaran mengenai penyakit SAMPAR AYAM, maka saya menulis entry yang serba ringkas ini untuk tatapan para pengunjung blog ini.

Penyakit sampar ayam disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai Paramyxoviridae. Ianya sangat mudah merebak dan menyebabkan kematian ayam besar-besaran. Ramai penternak yang menggulung tikar disebabkan oleh penyakit ini.

Sekalipun, ia dikelaskan sebagai penyakit yang membunuh, tetapi ia tidak berbahaya kepada manusia. ``Jika terkena kepada manusia sekalipun, ia hanya menyebabkan kesan yang sangat ringan seperti radang pada lapisan lembut depan mata (konjunktiva) atau rengsa pada anak tekak (laringitis).

Antara tanda-tanda ayam terkena penyakit ini adalah seperti berikut:
Ayam kelihatan monyok, bulu meremang, kepak jatuh dan berak cair kehijauan

Kepala teleng akibat gangguan saraf

Kematian yang tinggi dalam masa yang singkat dan melibatkan semua peringkat umur


Jadi, untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko sampar ayam, apa yang anda boleh lakukan ialah:
VAKSIN AYAM ANDA!!!!

4 comments:

  1. vaksin ape yang sesuai untuk mengelakkan penyakit ni ye?

    ReplyDelete
  2. Vaksin yang sesuai untuk penyakit ini ialah ND+IB 201 vaccine atau ND+IB 202 vaccine. Kedua-dua vaksin ini dicampur dalam air sejuk dan diberi minum kepada ayam. Satu vial vaksin boleh diberi kepada 1000 ekor ayam.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... Sesuatu untuk dikongsi sama...
    Saya juga menternak ayam kampung dalam jumlah yang banyak. Tahun lepas saya telah mendapat pengajaran pertama.
    Ayam yang tak divaksin, confirm! Mati mengejut, dengan jumlah yang sangat banyak...
    Tahun ni, sekali lagi saya ditimpa bencana. Sampar datang lagi, tapi dengan kadar yang perlahan... Yang mana nampak moyok, segera disembelih. Yang mana sihat tu, saya bagi minuman ditambah glukos. Ini untuk meningkatkan kekuatan dan kecergasan ayam, moga2 dapat membantunya melawan serangan penyakit ini. Harap2, usaha saya kali ini akan berjaya...

    ReplyDelete
  4. Salam, Try bagi ubat selsema kita http://ayam--siam.blogspot.com/

    ReplyDelete