Wednesday, June 15, 2011

Mengetahui serta memahami dehidrasi (kekurangan air) pada kambing-kambing dan ternakan lain

Mengetahui serta memahami dehidrasi (kekurangan air) pada kambing-kambing dan ternakan lain
________________________________________

Pengenalan dehidrasi:
Dehidrasi boleh menyebabkan masalah yang serius pada ternakan yang muda dan juga tua. Masalah yang membawa maut ini haruslah diatasi secepat mungkin. Ini adalah kerana dehidrasi merendahkan kemampuan seseekor binatang itu untuk menyebarkan ubat dan nutrisi ke dalam badan mereka.

Tanda-tanda klinikal dehirasi pada kambing:
1.Mata yang tidak bermaya (sunken eye)
2.Kulit tidak anjal
3.Hidung yang kering
4.Tidak bertenaga, pucat, kering gusi, dan
5.Pengisian kembali salur darah (capillary refill time) yang mengambil masa lebih dari 2 saat juga merupakan salah satu tanda-tanda dehidrasi.

Diagnosis tambahan untuk dehidrasi:
Salah satu cara terbaik untuk mentafsir tahap dehidrasi dan mengetahui jika usaha yang dilakukan ke atas seseekor binatang berjaya adalah dengan mengambil darah dan menjalankan ujian darah yang lengkap.

Status pentafsiran dehidrasi:
Sila guna petunjuk di bawah dalam menentukan tahap dehidrasi dalam seseekor binatang:


Rawatan untuk dehidrasi:
Selepas tahap dehidrasi pada biri-biri/kambing sudah ditafsirkan, kiraan boleh dilakukan untuk mengetahui sebanyak mana cecair diperlukan untuk mengatasi masalah dehidrasi itu.

1.Ambil peratus dehidrasi dan darabkan dengan berat binatang tersebut dalam kg.

Berat dalam kg X peratus dehidrasi = Isipadu cecair yang diperlukan (liter).

2.Sebagai contoh (9 kg) anak kambing telah ditafsirkan mengalami dehidrasisebanyak 9%.
Ini bermaksud 0.81 (9 kg X .09 = 0.81) liter cecair yang diperlukan untuk menggantikan apa yang telah hilang.

3.Selepas sukatan cecair untuk kiraan awal telah dimasukkan ke dalam badan, cecair tambahan boleh diberi pada kadar 5 mL untuk setiap 1kg, setiap jam. Tambahan untuk 5 mL/1kg/jam, cecair tambahan mungkin dikehendaki untuk megatasi kehilangan yang berterusan seperti cirit-birit dan lain-lain.

Petunjuk: 1 gelen = 3.7 liter dan 1 kg = 2.2 lb.

Cecair ini boleh diberi secara oral (PO), subcutaneous (SQ)-bawah kulit, atau intravenously (IV)-melalui salur darah. Hanya cecair yang steril (0.9% cecair saline atau sodium klorida)boleh dimasukkan ke dalam badan secara SQ dan IV. Ia sangat penting bagi ternakan yang menghidapi dehidrasi, khususnya anak yang baru lahir dengan cirit-birit untuk menerima cecair tambahan melalui oral, SQ atau IV.

Memasukan cecair ke dalam badan secara Oral:
Kemasukan cecair melalui oral haruslah digunakan ke atas ternakan yang menghidapi dehidrasi sebanyak 1-5%. Jika ternakan menghidapi dehidrasi lebih dari ini, kemasukan cecair melalui oral tidak dapat memenuhi kesesuain ternakan mereka. Masalah yang paling lazim berlaku dengan kemasukan cecair melalui oral adalah kaedah yang digunakan dan kekerapan pemberian cecair tidak sesuai serta kuantiti cecair yang diberi tidak mencukupi. Peraturan yang perlu dipatuhi adalah:

1.Kira keperluan cecair pada ternakan seperti dalam contoh sebelum ini. Beri tidak lebih dari 250 mL dalam satu masa pada anak ternakan yang kecil atau 3-5 liter pada ternakan yang dewasa.

2.Jika elektrolit perlu diberi pada ternakan, segala peraturan dan arahan daripada pegeluar haruslah dipatuhi.

3.Cara terbaik untuk anak ternakan yang baru lahir untuk menerima cecair melalui oral adalah dengan menggunakan botol sebagai penyusuan. Ini membenarkan cecair untuk memasuki abdomen melalui lurah esofagus. Jika anak ternakan yang baru lahir itu terlampau lemah untuk menyusu, cecair boleh diberikan dengan esofagus atau tiub pemakanan. Kaedah ini, walau bagaimanapun, menyebabkan cecair untuk memasuki rumen secara terus dan tidak pada abdomen.

4.Jangan berasa ragu-ragu untuk memberi susu atau susu pengganti bagi menambahkan elektrolit ke dalam badan anak ternakan yang baru lahir. Elektrolit tidak mengandungi nutrisi yang mencukupi. Jadi, susu sangatlah penting untuk mereka. Kesemua elektrolit dan susu hendaklah diberi dalam jarak 30 minit dan kedua-dua cecair ini TIDAK BOLEH DICAMPURKAN BERSAMA. Pencernaan susu menjadi lambat jika dicampurkan bersama elektrolit melalui oral.

5.Ternakan dewasa yang menghidapi dehidrasi memerlukan kemasukan cecair ke dalam badan secara oral melalui tuib perut.

6.Kekerapan kemasukan cecair boleh berubah-ubah dan bergantung pada keseriusan kehilangan cecair serta mengurusan tisu di dalam badan. Secara umumnya, ternakan yang menghidapi sedikit dehidrasi hanya memerlukan dua dos oral, manakala ternakan yang menghidapi dehydrasi selama 5% memerlukan cecair melalui oral selama 2 jam.

Pemasukan cecair ke dalam badan secara Subcutaneous(SQ):
Kaedah ini harus digunakan oada ternakan yang menghidapi dehidrasi sebanyak 6-8%. Langkah berjaga-jaga haruslah diberikan perhatian:

1.Jika ternakan menghidapi dehidrasi lebih dari 8%, cecair mestilah diberikan secara IV.

2.Panaskan cecair pada suhu badan sebelum memasukkannya ke dalam badan.

3.Hanya cecair isotonik yang steril boleh digunakan (0.9% cecair salin).

4.Kulit yang longgar disekeliling leher, bahu dan belakang siku merupakan tempat terbaik untuk memasukkan cecair secara SQ. Tempat suntikan mestilah dibesihkan dan di sterilkan sebelum menggunakan jarum untuk menyuntik.

5.Cecair boleh diberikan dalam satu bolus yang besar atau diberikan dalam jangka masa tertentu. Pemberian hendaklah tidak lebih dari 60 mL pada satu tempat dan tidak melebihi total 200 mL pada anak ternakan yang baru lahir pada satu masa. Ternakan dewasa boleh menerima isipadu cecair yang banyak. Lazimnya, cecair memerlukan 4-6 jam untuk diserap ke dalam badan. Jika kambing anda mengalami hydrasi yang berlebihan(terlampau banyak cecair diberikan), kuantiti potassium dalam darah mungkin akan menurun terlampau banyak. Ini boleh meneyebabkan otot dan jantung yang tidak normal. Tanda-tandanya ialah kelemahan, sembelit, penafasan yang laju dan kadar denyutan jantung yang tinggi. Hydrasi yang berlebihan juga menyebabkan cecair berkumpul di paru-paru. Tanda-tandanya ialah penfasan yang laju, batuk, bersin dan mempunyai penafasan yang termengah-mengah (berbunyi-bunyi). Jika anda perasan pada tanda-tanda ini, sila hentikan rawatan kemasukan cecair dan hubungi doktor haiwan secepat mungkin.



Kemasukan cecair ke dalam badan ternakan secara oral dan SQ boleh dilakukan serentak dan ini merupakan satu kaedah terbaik untuk memulihkan dehidrasi.


Pemasukan cecair ke dalam badan secara intravenous (IV):
Pemasukan cecair secara intravenous memerlukan kateter yang steril untuk dimasukkan ke dalam badan ternakan. Ini memerlukan bantuan daripada profesional dan latihan tambahan. Selepas kateter diletakkan di tempatnya, beberapa pertimbangan hendaklah diambil kira iaitu:

1. Hanya cecair yang steril boleh dimasukkan ke dalam badan (Lactated Ringers, 0.9% cecair salin, dll.).

2. Kira keperluan cecair yang diperlukan pada ternakan dengan membuat jadual dan contoh dalam perbincangan ini.

3. Kebanyakan ternakan yang menghidapi cirit-birit mempunyai pH darah yang rendah. Disebabkan perkara ini, bikarbonat diperlukan untuk ditambah ke dalam 1-3 liter cecair yang pertama. Jika 0.9% steril cecair salin atau sodium klorida digunakan, kira-kira 13 g of sodium bikarbonat atau 150-175 mL dari 8.4% cecair sodium bikarbonat perlu ditambah ke dalam setiap liter untuk menbuat cecair sebanyak 1.3%. Untuk membuat 5% cecair sodium bikarbonat, 50 g sodium bicarbonate mesti ditambah ke dalam setiap leiter cecair.

4. Tanbahan glukosa selalunya penting. Tambah 30 mL daripada 50% cecair dextrosa ke dalam 1 liter cecair IV untuk membuat 1.5% cecair dextros; tambah 100 mL daripada 50% dextros ke dalam 1 liter untuk membuat kira-kira 5% cecair dextros.

5. Secara umumnya, selepas cecair yang diperlukan dalam seseekor ternakan itu dikira, dua per tiga daripada jumlah itu boleh diberi pada jam yang pertama. Sebagai contoh, jika ternakan memerlukan 750 ml cecair, 500 ml boleh diberil pada jam yang pertama. Selepas jam yang pertama, cecair yang selebihnya (250 ml) boleh diberi dalam masa 2-3 jam berikutnya.

6. Selepas sukatan cecair untuk kiraan awal telah dimasukkan ke dalm badan, cecair tambahan boleh diberi pada kadar 5mL untuk setiap kg.berat badan, setiap jam. Ini bermaksud 9 kg anak kambing yang mnghidapi dehidrasi sebanyak 9% haruslah dimulakan dengan penerimaan sebanyak 0.81 liter cecair. Anggaran 0.5 liter perlu diberikan pada jam yang pertama, dan 0.3 liter pada 2-3 jam yang terakhir. Selepas 0.81 liter diberi, 45 mL cecair mestilah diberikan sehingga ternakan terhidrat sepenuhnya dan kembali normal

7. Tambahan untuk 5 mL/kg/jam, cecair tambahan mungkin dikehendaki untuk megatasi kehilangan yang berterusan seperti cirit-birit dam lain-lain.

Pencegahan dehidrasi:
Dehidrasi boleh dielakkan jika ternakan yang sakit, luka atau di bawah tekanan yang teruk (kemarau, sejuk dan panas yang melampau dan lain-lain) diberikan perhatian sepenuhnya. Jika ada ternakan yang menghidapi penyakit cirit-birit atau apa-apa penyakit yang boleh menyebabkan kehilangan cecair, haruslah menerima rawatan cecair tambahan secepat mungkin. Memberi cecair tambahan ketika masalah tersebut mula berlaku merupakan cara terbaik daripada mengganti kerugian yang berlaku akibat dehidrasi.

Ditulis oleh:
Khairunnisa - pelajar Cyberjaya University College of Medical Sciences

Disemak oleh:
Dr. Azlan Shah - Dr. Veterinar

No comments:

Post a Comment