Wednesday, December 29, 2010

PENGUMUMAN PENTING!!!!

Salam sejahtera kepada semua warga-warga penternak seluruh Malaysia. Adalah dimaklumkan bermula 1 Januari 2011 Pihak GLOVET akan beroperasi selama 5 hari seminggu iaitu hari ISNIN - KHAMIS 8am-530pm...harap kawan-kawan sedia maklum. Akhir kata..Tahniah kepada team bola Malaysia..korang memang power..

Sunday, December 19, 2010

Sekitar MAHA 2010...

Bermula 26 November sehingga 5 Disember 2010 Glovet telah membuka booth pameran di Tapak Pameran Ternakan MAHA 2010...Pada pameran kali ini kami lebih fokus kepada promosi di mana pelbagai ubat-ubatan dan peralatan ternakan daripada dalam dan luar negara telah kami bawakan khas untuk penternak-penternak yang datang daripada seluruh Malaysia dan juga pengunjung-pengunjung yang sudi singgah di booth kami. Buat semua kita layan gambar- gambar ni sama-sama k.


Sempat juge kami bergambar dengan Tun..



Terima kasih atas kesudian Tun melawat ke booth Glovet

Sunday, August 22, 2010

Makluman cuti raya 2010...

Assalamualaikum...
Kepada semua pelanggan Glovet yang dihargai dan semua pengunjung blog ini, untuk pengetahuan semua Glovet akan menghentikan segala urusan jual-beli dan menutup premis perniagaan bermula 9 September 2010 (Khamis) sehingga 13 September 2010 (Isnin). Kami akan mula beroperasi semula pada 14 September 2010 (Selasa). Harap maklum.

Tuesday, August 17, 2010

SELAMAT BERPUASA...

Warga Glovet mengucapkan Selamat Berpuasa khususnya kepada semua pengunjung blog kami dan semua umat Islam. Di bulan yang mulia ini sama- samalah kita meningkatkan amal ibadat dan banyakkan bersabar serta bersedekah...Semoga kita semua diberkati...Amin.

Monday, July 12, 2010

Perlantikan eksekutif HR & Admin baru...

Pada tanggal 28 Jun 2010, Glovet telah melantik eksekutif HR& Admin baru iaitu Has bagi mengambil alih tugas2 Anas...Selamat Datang diucapkan pada Cik Has dan selamat menjalankan tugas...

Wednesday, June 9, 2010


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Ingin dimaklumkan bahawa syarikat Global Veterinary Sdn Bhd (Glovet) adalah pengerdar tunggal di Malaysia untuk produk diatas. Kami mengedar Cydectin Pour On dalam kuantiti 2 liter/Botol dan 500ml/Botol dan Bomectin Pour On dalam kuantiti 1 liter/Botol dan 225ml/Botol. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi kami di 03-8945 1470.

Thursday, May 13, 2010

Glovet mempelawa staf baru.

Pada awal Mei baru-baru ini, Glovet mengalu- alukan kedatangan seorang ahli baru Glovet iaitu Adam. Adam yang sebelum ini bekerja di Right Way Industrial (M) Sdn Bhd akan memulakan kerjayanya di Glovet sebagai Account Executive. Selamat datang diucapkan...

Tuesday, March 2, 2010

TAGS~~~~






ASSALAMUALAIKUM WBT...
HUHUHU...DENGAN INI,GLOVET INGIN MENGUMUMKAN BAHAWASANYA AUSSIE TAG DAN SWIVEL TAG TELAH PUN BERADA DIDALAM INVENTORI SYARIKAT KAMI LENGKAP DENGAN PIN DAN APPLICATORNYA SEKALI.

WAH, MEGAH KAN BUNYINYA...HUHU. BUKAN APE, DULU KRANG SUSAH NAK DAPATKAN BEKALAN BENDA ALAH NI DARI KAMI, TAPI INSYAALLAH MULAI DARI SEKARANG AKAN SENANG LA SIKIT...HEHE.

HARGA MAINTAIN MACAM DOLU-DOLU JUGAK YE...HEHEHE.

RUJUK LA GAMBO KAT ATAS TU YE. TU SIKIT JE. BUAT SYARAT. MODEL TU SENGEH JE LEBEY KAN. HAHAHA..UNTUK MAKLUMAN, MODEL TU EXCLUSIVE APPEARANCE...DIBAWA KHAS DARI NEPAL. HUHUHU...AMPUN YE ANI...HEHEHE.

KALO KRNG ADE PAPE NAK TANYE,SILE2 LA DIAL +603-8945 1470 DAN BOLEH LA NYEMBANG NGAN KAK JUNE YG CUNE ATAU CIK NORAINI YG CUTE ATAU DR AMIR YG ERM....KACAK LA...(AMIK ATI DR AMIR) HUHUHU...

OK SEMUA... DAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Monday, March 1, 2010

PISAU PISAU PISAU!!!

ASSALAMUALIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATU...

KENGKAWAN SEKALIAN, APE LE KABO KORNG YE? HARAPNYA SIHAT-SIHAT BELAKA. WAKAKA...HARI NI KAN, SAYA NAK UPDATE TTG SATU PRODUK/PERALATAN YANG SERING MENJADI PENCARIAN KORANG IAITU.....JENG JENG JENG... PISAU LE. ATAU DALAM BAHASA MAT SALEHNYA KNIFE. HUHUH..

UNTUK MAKLUMAN KORNG, PISAU YANG KAMI BAWA NI DI IMPORT KHAS DARI NEGARA "FUHRER" ADOLF HITLER = GERMAN. HUHUH.. JANAMA PISAU YANG KAMI BAWA NI IALAH "GIESSER MESSER" (GIESSER KNIVES).

APA ISTIMEWANYA PISAU NI? HAAAAAAAAAAAAAAA...MEMULA KAMI BAWAK SKET JE PISAU NI. DAN CUBA JUAL UNTUK DAPATKAN FEEDBACK DARI PENGGUNA. SEMUANYA POSITIF BELAKA.

ANTARA KELEBIHAN PISAU GIESSER NI IALAH ; (PEMBUATAN)

1. PISAU INI DITEMPA MENGGUNAKAN CHROME-MOLYBDENUM KELAS PERTAMA.


2. UNTUK MENDAPATKAN PISAU YANG SEKATA, IA TELAH DITEMPA MELALUI PROSES PENEMPAAN VAKUM BERTEKNOLOGI TINGGI. MAKIN SEKATA MATA PISAU, MAKI BAGUS KUALITINYA LAH KANNNNNN...HUHUH


3. PROSES MENGASAH TAHAP PERTAMA DILAKUKAN MELALUI PROSES KETEPATAN AUTOMATIK. MESIN LA KIRENYA TUH. KEMUDIAN, IA DIASAH OLEH PAKAR ASAH SECARA MANUAL YANG BERTAULIAH. INI KERANA, HASIL KERJA TANGAN MERUPAKAN HASIL TERBAIK, MALAH JAUH LEBIH BAIK DARI MESIN BOLEH BUAT. ---KATA ORG GERMAN LA KAN. HUHUH


4. PROSES AKHIR - POLISH (MENGGILAP). TEKNIK MENGGUNAKAN MESIN INI AMAT PENTING BAGI MEMASTIKAN MATA PISAU YANG DIHASILKAN AMAT TELITI DAN KEMAS. KARAT TIDAK AKAN TERBENTUK DAN IA JUGA MEMUDAHKAN PROSES PENCUCIAN MATA PISAU SELEPAS DIGUNAKAN KELAK..


5. HANDLE ATAU HULU MATA PISAU DIHASILKAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI TEMPAAN PLASTIK TERBAIK. INI ADALAH UNTUK MEMASTIKAN PISAU TIDAK MUDAH MENGGELUNGSUR-GELINCIR-LICIN SEWAKTU DIGUNAKAN, MAKLUMLAH,TANGAN BERPELUH-PELUH, BASAH DARAH LAGI...KALO X GUNA TEKNOLOGI NI KARANG PAYAH. NAK POTONG DAGING LEMBU TERPOTONG DAGING SENDIRI LAK KANNN...HUHUHUH.





EKEKEK...GASAK LA KORNG NENGOK VIDEO GERMAN TU IYE. KALO X PAHAM TU BUAT2 JE PAHAM IYE. HUHUHU...
TADI TU KELEBIHAN YANG PIHAK PENGELUAR BERI SENDIRI. BAGI PIHAK GLOVET, KAMI DAPATKAN SEMULA MAKLUM BALAS DARI PEMBELI PISAU2 YANG KAMI BAWAK NI. ALHAMDULILLAH, SEGALA APE YANG PENGELUAR JAMIN TERBUKTI. MALAH ADE YANG KATA X PAYAH NAK KERAP CUCI LEPAS SEMELIH..DAN MATA PISAU MEMANG TAJAMMMMMM...UUUU...TAKUTZ.

KAT BAWAH NI MERUPAKAN GAMBO2 PISAU YANG DAH PUN KAMI BAWAK MASUK. CUBE2 LA TENGOK YE.












HAAAAAAAAAAAAAAAA... FUNGSI2 PISAU TU JELAS MENGIKUT KATEGORI YE. ANDAI LE KATA KORNG X BERAPA JELAS DAN PERLUKAN MAKLUMAT LANJUT, SILE LA KOL OPIS KITORANG YA. +603-8945 1470 DAN BERCAKAP DGN DOKTOR BERTUGAS ATAU PUN CIK NORAINI. DIA MMG SUKA BAB-BAB PISAU NI. HAHAHAH...AMPUN YE ANIIII....HEHEHE.

SAMPAI DISINI JE LAH DULU YA. INSYAALLAH KALO ADA MAKLUMAT LAGI NANTI SAYA UPLOAD LA LAGIK YE. BABAYYYYYYYYYYYYYYYYYY....

Wednesday, February 24, 2010

FMD

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang setia melayari blog kami yang jarang di "update" nih. Huhuhu...Maap la ye, time ade masa je leh update. Heheh..as for today...cewah,speaking le pulak kan...arini saya nak membebel pasal satu penyakit berbahaya pada LEMBU iaitu ;

FOOT & MOUTH DISEASE.
Dalam bahasa ibunda kita, ia dipanggil Penyakit Kuku,Kaki dan Mulut. Oooooo...takutnye..heheh.

Penyakit "Foot and Mouth Disease" (FMD) adalah sejenis penyakit ternakan yang disebabkan oleh sejenis virus. Penyakit ini mudah merebak dan berjangkit kepada ternakan yang berkuku seperti lembu, kerbau, bebiri dan babi. Bahaya tu, mudah berjangkit. Kadang-kadang kat manusia (kanak-kanak) pun virus ni serang gak tau!

Mengapa Penyakit FMD Perlu dikawal? FMD perlu dikawal kerana penyakit ini akan menjejaskan perkembangan perusahaan ternakan negara ini.

KESAN FMD
Dari segi pengeluaran, Ternakan yang dijangkiti penyakit tersebut akan menjadi kurus dan tidak produktif. Anak anak yang terjangkit akan terbantut dan boleh membawa maut. Ibu ibu lembu yang sedang engeluarkan susu, akan terjejas pengeluarannya. Dari segi ekonomi pula Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk mengawal penyakit tersebut daripada merebak ke seluruh negara.

Export ternakan dan bahan daging dari negara ini akan terjejas kerana pengimport tidak akan mengimport hasil hasil ternakan dari sesebuah negara yang tidak bebas daripada SKM. Kannn...kesian nanti. Oleh yang demikian, kite mestilah sentiasa berhatati-hati dan sentiasa mengamalkan kebersihan maksima dipersekitaran kandang. Make sure ternakan yang diimport adalah bebas dari wabak ni ek.

AGEN PENYEBAB FMD Ade agen gak, mcm James Bond jek kan...huhu
* Virus FMD, keluarga Picornaviridae
* Serotype (O, A dan Asia 1)

DIAGNOSIS PEMBEZAAN
* Vesicular stomatitis
* Mucosal disease

EPIDEMIOLOGI
* Incubation period’ 2 – 8 hari (Jgn dok peram dlm mesin inkubator tu dah la ye)
* Cepat merebak (morbidity sehingga 100%)
* Menjangkiti ternakan berkuku kaki dua (lembu, kerbau, kambing, bebiri, khinzir)
* Kadar kematian (mortaliy) rendah pada dewasa dan kebiasaannya tinggi pada anak.

TANDA-TANDA KLINIKAL
Demam
* Hilang selera makan
* Air liur berbuih dan bertali
* Lesi vesicle, melecur dan berkudis pada hidung gusi, bibir, lidah dan gusi
* Tempang, lesi berkudis dicelah dan sekeliling kuku kaki

Specimen
* Cecair ‘vesicle’ dan tisu epithelia daripada lidah dan kaki.

Kawalan dan Pencegahan

* Vaksinasi ( EXCENEL RTU 100ml)
* Biosekuriti ladang ( OMNICIDE 5l/LINDORES 4l/TH4)
* Kawalan pergerakan
* Kawalan penyembelihan

Heheheh...kalo korang x puas ati ngan nota2 yang saya bagi ni, sila la email and request sebarang nota yang korang rasa lebih penting. Insyaallah saya akan cuba dapatkan dan upload kat dlm blog ni ek. Huhuhuh..Babayyyyyyyyyyyyyyyyyyy

Sunday, January 31, 2010


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATU



BAAAAAAAAAAAAAA CAK!!! KABARE SUME? WARAS2 LA HENDAKNYA YE. APE KES KORANG MINGGU NI? ADE X DI ANTARA NOTA-NOTA YANG SAYA MASUKKAN NI KORANG DAH APPLIKASIKAN? HUHU...
SY NAK SAMBUNG SKET LAGI LA NOTA PENYAKIT-PENYAKIT KAMBING NI...DAH TINGGAL SIKIT JEK LAGI...(BRRRPPPPPPPPPP...)...HEHE. SENDAWA PULAK, BANYAK ANGIN KOT..XPUN SALAH MAKAN. SILAP-SILAP HARIBULAN KEMBUNG LAK PERUT SAYA NI...EERMMM...CAKAP PASAL KEMBUNG KAN..SAYA NAK MULAKAN NOTA KALI NI DENGAN

PENYAKIT KEMBUNG

DALAM KOMUNITI KAMBING. HUHU... KALO SAYA KEMBUNG BOLEH BERCAKAP, BAGITAU KAT KENGKAWAN MTK BAWAK JUMPE DOKTOR RAWATKAN. KALO KAMBING? BOLEH KE BERCAKAP? HAHAHA... SY ORG PERTAMA CABUT LARI KALO DGR KAMBING CAKAP SAKIT PERUT SBB KEMBUNG. HAHAHAH..

MCM MANA KEMBUNG NI BOLEH TERJADI EK? HAAAAAAAAAAA...SEBENARNYA, KEMBUNG NI BERLAKU SBB ADA AKTIVITI PENGUMPULAN GAS DI KAWASAN RUMEN ATAU SEBELAH KIRI PERUT TERNAKAN. MACAM NE LAK LEH ADE GAS? BUKANNYA KAMBING MINUM AIR COKE PUN!!!

HAHAHA...SEBENARNYA, GAS TU TERHASIL DARI MAKANAN YANG BERTENAGA TINGGI. RUMINAN NI, PERUTNYA DIBANTU HADAM OLEH BAKTERIA. KALO DIBERI MAKANAN YANG TINGGI KADAR TENAGANYA, IA AKAN MENYEBABKAN PROSES FREGMENTASI. DARI SITU LAH GAS AKAN TERHASIL DENGAN BANYAKNYA DAN BERKUMPUL TAPI TIDAK DAPAT DIKELUARKAN. MAKA KEMBUNGLAH IA...HEHEHE..


CARA MERAWAT DAN MENCEGAH.


KALO LE KATA, KAMBING KORG BOLEH BERDIRI TIME KENE KEMBUNG TU, BAGI SILIKEL DENGAN KADAR BANCUHAN YANG DITETAPKAN SECARA ORAL.

KALO DAH TERBARING, TUSUKKAN TROCHAR & CANULA PADA BAHAGIAN YANG KEMBUNG. PASTIKAN IODINE DISEMBUR SEBELUM DAN SELEPAS TUSUKAN DILAKUKAN UNTUK MENGELAKKAN JANGKITAN KUMAN YA.

AWAS!! JANGAN MEROKOK SEWAKTU MELAKUKAN PROSES NI. GAS YANG BERKUMPUL DALAM PERUT KAMBING TU AMAT MUDAH TERBAKAR YA. GAS METHANE (METANA). KALO TERKENA API MAKA " TEBABOOOOOOOOOOOOOOOOO" LAH IA. TERUS JADI KAMBING GOLEK LAK NANTI. HUHUHU...INGAT YA..KESELAMATAN DIUTAMAKAN

DAN SEBAGAI PENCEGAHAN, ELAKKAN BAGI MAKANAN BERTENAGA TINGGI TERLALU BANYAK YE.
SIKIT-SIKIT SUDAHHH...HUHUH.

YEAAAAAAAAAAAAAAAAAA....DAH SAMPAI PENYAKIT YANG TERAKHIR IAITU KERACUNAN COPPER ATAU DALAM BAHASA OMPUTIHNYE "COPPER POISONING". HUHU..
MCM MANE BOLEH JADI MCM NI? SEBAB BANYAK PKC (PALM KERNEL CAKE) DIBERI. HUHU.
KEBANYAKAN PKC 100% MENGANDUNGI 30ppm COPPER TAU. SEDANGKAN SEEKOR KAMBING HANYA MAMPU BERTAHAN PADA KADAR PKC YANG TIDAK MELEBIHI 20ppm MANAKALA BEBIRI PULA, TIDAK LEBIH DARI 10ppm. SILA RUJUK GAMBARAJAH UNTUK TANDA-TANDA KERACUNAN COPPER YA.


RAWATAN.
KALO LE ADA TANDA-TANDA SEPERTI DALAM GAMBAR, SILA HENTIKAN PEMBERIAN PKC DENGAN SERTA MERTA!!! KEMUDIAN, SUPPORT DENGAN ORNIPURAL INJ UNTUK BANTU PULIHKAN "LIVER" (HATI) KAMBING TERSEBUT. KALAU X JUMPA ORNIPURAL NI, BOLEH GAK CARI SODIUM MOLYBDATE YE. CARA-CARA PENGGUNAAN DAN DOS NYA BOLEH CALL OFFICE YE. TANYA NGAN DOKTOR BERTUGAS.

TAPI KALAU DAH NAMPAK TERNAKAN KORANG NYAWA-NYAWA IKAN JE...SILA SEMBELIH JE UNTUK SELAMATKAN DIA YA...

MAKA, TAMATLAH NOTA PENYAKIT-PENYAKIT KAMBING DARI SAYA. SADAKALLAHUL 'AZIM...HEHEH.

KALAU KORNG ADE SEBARANG PERTANYAAN, KAMI ALU-ALUKAN PANGGILAN KORNG KE PEJABAT KAMI DI +603-8945 1470.

INGIN LA SANGAT SAYA TEGASKAN,

KAMI

TIDAK AKAN

KENAKAN SEBARANG BAYARAN UNTUK KHIDMAT NASIHAT YANG DIBERI YA.



KECIK ATI KITORANG KALO KORANG TAKUT NAK CALL OR DATANG OPIS UNTUK BERTANYA SEMATA-MATA TAKUT KENA CHARGE. JANGAN RISAU YA, KAMI AKAN MEMBANTU KORANG SELAGI TERMAMPU. KALAU BERJAYA SELAMATKAN TERNAKAN KORANG HASIL NASIHAT DOKTOR-DOKTOR KAMI NI, JUST DOAKAN KAMI BERJAYA DAN MAMPU PERGI LEBIH JAUH YA. TU AJE... :-)

BAIKLA. SAYA NAK UNDUR DIRI. DAH JAM 4.55PM NI. JAP G JAM LIME ADE MEETING NGAN DR ZUL. MESTI KENE BEBEL NI. HEHEHEH. GRAU AJE YE DR ZUL..

OK LE SUMER...BABAYYYYYYYYYYYYYYYYY.

WASALAM.

Thursday, January 28, 2010


ASSALAMUALAIKUM SEMUA...



HELLO HELLO HELLO...I'M BACKKKKK...EKEKEKE...APE KHABAR YE ANDA HARI NI..HARAP2 SEMUA SIHAT-SIHAT SEJAHTERA LA YA. HARI NI, SAYA NAK SAMBUNG LA SEMULA INFO-INFO PENYAKIT KAMBING NI.TAPI SEBELUM TU SAYA NAK TANYA SKET...SEMUA NOTA YANG SAYA DAH MASUKKAN NI BERGUNA X SETAKAT HARI NI? HEHEHE...

BAIKLAH, HARI TU SAYA STOP KAT CLA(BISUL) KAN? HARI NI SAYA NAK SAMBUNG PENYAKIT YANG SETERUSNYA.


Contagious Ecthyma(Sore Mouth)
DALAM BAHASA MELAYUNYA : PURU



BUKAN KATAK PURU TU YE, TAPI PENYAKIT NI MENYEBABKAN KULIT TERNAKAN KORANG SEMUA LEH JADI SAMA MCM KATAK PURU...MENGGERUTU JEK. KALAH GOLLUM DALAM LORD OF THE RING TUH...HUHUH.
PURU NI DESEBABKAN OLEH POX VIRUS. SANGAT MUDAH BERJANGKIT TERUTAMANYA PADA ANAK2 KECIL.BIJI-BIJI PURU NI BOLEH TIMBUL PADA BAHAGIAN MULUT, AMBING(TETEK) ATAU KAKI TERNAKAN KORNG.TAPI KAN, PURU NI MENYERANG SE-EKOR KAMBING SEKALI SEUMUR HIDUP. ALA-ALA CHICKEN POX LE TU. HEHEH.

RAWATAN?
SONANG BAI TU...SEMBURKAN TETRAVET AEROSOL (ATAU MANA-MANA DISINFEKTANT) KAT KAWASAN JANGKITAN 2 KALI SEHARI. PAGI DAN POTANG. PASTU,SUPPORT DENGAN TERRAMYCIN L.A 3 HARI SEKALI UNTUK MENGELAKKAN SECOND WAVE. X MUSTAHIL TERNAKAN KORANG BOLEH KENA KALI KEDUA ANDAI KEBERSIHAN SELEPAS JANGKITAN TAK DIBUAT DENGAN BETUL.

PERINGATAN
JANGAN SESEKALI KOPEK/KUPAS/KUTIL BIJI-BIJI PURU TU. BIARKAN IA KERING DAN GUGUR DENGAN SENDIRINYA YA. KALO DI KOPEK/KUPAS/KUTIL NANTI LAMBAT KERING DAN MEMUDAHKAN VIRUS TU MEREBAK LEBIH CEPAT PADA TERNAKAN LAIN...INGAT TU!!!
HUHUH

KETUAT


BURUK BENOR NAMA PENYAKIT NI. SEBURUK RUPA BILA IA MENYERANG...TENGOK LE GAMBAR KAT BAWAH NI EK.

BURUK KAN??? HAA...KALO NAK TAU,KETUAT NI DESIBABKAN OLEH PAPILOMA VIRUS..EKEKE...MACAM NAMA PELAKON TELENOVELA KAN KAN KAN..HEHE. KETUAT NI KALO IKUTKAN NOTA DR AZAM/DR ZUL NI, BENTUKNYA MACAM CAULIFLOVER (BUNGA KOBIS) KATANYA! ERMM...ADEH DEH DEH...X NAK DAH MKN BUNGA KOBIS PAS NI...HUHU. BIASANYA IA AKAN MENJANGKITI PERMUKAAN KULIT DI SEKITAR MUKA ATAU LEHER. KADANG-KADANG DI KAWASAN INTERDIGITAL!

APA ITU INTERDIGITAL??? YANG PENTING IA BUKANNYA ALATAN TEKNOLOGI TINGGI. HAHA...INTERDIGITAL TU IALAH KAWASAN-KAWASAN CELAH ATAU LIPATAN YANG TERDAPAT PADA TERNAKAN SEPERTI BELAKANG TELINGA, CELAH JARI, PELIPAT KAKI ATAU APE JE KAWASAN TERSEMBUNYI. HUHU..KENA LA RAJIN NYELAK TERNAKAN YE LEPAS NI. HEHEHE. TOLONG PASTIKAN RAWATAN DIBUAT DENGAN KADAR SEGERA UNTUK MENGELAKKAN IA MENULAR KE TERNAKAN LAIN. KETUAT JNI SANGAT SUKAR DIPULIHKAN SEKIRANYA JANGKITAN KEDUA BERLAKU. AWAS TU YA. HUHU.

RAWATAN- ANTHIOMALINE INJECTION.
MEMANDANGKAN KETUAT NI BOLEH MENYERANG SEMUA LAPISAN MASYARAKAT KAMBING,SAYA TERPAKSALAH BAHAGIKAN KAEDAH RAWATAN NI KEPADA DUA YA.
PERTAMA :
ANAK
DOS HARI PERTAMA, SUNTIK 0.5ML DALAM OTOTNYA. HARI KEDUA REAHTKAN DARI SUNTIKAN DAN HARI KETIGA SUNTIK 1.5ML DALAM OTOT ANAK KAMBING YANG DIJANGKITI YA.

KEDUA :
INDUK
DOS HARI PERTAMA, SUNTIK 0,8ML DALAM OTOTNYA DAN REHATKAN DARI SUNTIKAN PADA HARI KEDUA. HARI KETIGA, SUNTIK 2ML ANTHIMALINE DALAM OTOT INDUK YANG DIJANGKITI YA.

INSYAALLAH AKAN SEMBUH LA TERNAKAN2 KORANG TU...YANG PENTING USAHA KAN.HUHU.

NEXT DISEASE IS : UTERINE PROLAPSE


PENYAKIT NI TIADA UBAT YA. PENYAKIT NI KETURUNAN. RAWATAN TERBAIK KALO DAH SAMPAI MCAM NI HANYALAH TAKAI/SEMBELIH. ITUPUN SELEPAS KOLOSTRUM NYA DIAMBIL. UNTUK ANAK KAMBING YANG INDUKNYA ADE SEJARAH UTERINE PROLAPSE NI SEELOKNYA JANGAN DIJADIKAN PEMBAKA YA. EMM..SEDIHNYA TGK PIC ATAS NI...CIAN..



EH!!! APE KES NI? AWAT ADE GAMBAQ AMBING NI? KAMBENG MANE LAK INTERFRAME NIH? EKEKEKE..MELAWAK JE. NI ADALAH PENYAKIT COMMON KAMBING. RAMAI PENTERNAK BIASA TENGOK AMBING KAMBING DIORANG JADI MACAM NI. PENYAKIT NI NAMANYA,

MASTITIS

DALAM BAHASA WAJARNYA, BENGKAK AMBING(TETEK). MASTITIS NI MERUPAKAN KERADANGAN PADA AMBING SUSU DENGAN TANDA-TANDA SEPERTI :-
1. KEMERAH-MERAHAN.
2. PANAS
3. BENGKAK
4. KESAKITAN SEWAKTU DIPEGANG.
MASTITIS NI BERLAKU DEK KERANA PERSEKITARAN YANG TIDAK BERSIH ATAU JANGKITAN. RAWATAN MASTITIS NI IALAH, PERAH SUSU PADA AMBING YANG DIJANGKITI SEBANYAK MUNGKIN. BIOR JE KAMBING TU MENJERIT-JERIT. UNTUK KEBAIKAN DIA GAK. HUHUH. PASTU SUNTIKKAN ANTIBIOTIK KHAS SEPERTI MASTIDIAN FORTE, MASTALONE BLU ATAU ToDay SEPARUH SYRINGE KE DALAM AMBING MELALUI RONGGA TETEK. BIARKAN SELAMA 24 JAM DAN KEMUDIANNYA DIPERAHKAN. SUNTIK BAKI ANTIBIOTIK YANG DIGUNAKAN SEKALI LAGI KE DALAM RONGGA TETEK. ULANG PROSES NI SELAMA 3 HARI BERTURUT YA.

PASTU, SUPPORT DENGAN FDNP INJECTION. JANGAN LUPA SUNTIKAN ANTI-INFLAMMATORY SEPERTI CORTHAMETHASONE/TOLFINE YA. CEPAT SKET SEMBUHNYA. KALO X BUAT SEMUA NI!!! ALAMATNYA BERGUGURAN LA AMBING TERNAKAN KORANG NANTI. CEGAH SEBELUM RAWAT. MAKNANYA, JAGA KEBERSIHAN KANDANG DAN PENGURUSAN YANG BETUL LEBIH PENTING UTK KESIHATAN TERNAKAN KORANG TAU. INGAT TU...HUHUHU.


OK LA NI..X HABIS LAGI NI NOTANYA...TAPI SY NAK PROCEED NGAN KERJA-KERJA LAIN PULAK. SO, SAMPAI DI SINI DAHULU. SAYA AKHIRI SESI NOTA KALI NI DENGAN WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATU. :-)

Sunday, January 24, 2010


ASSALAMUALAIKUM SEMUA...HARI NI SAYA NAK SAMBUNG TEBAR ILMU KE SELURUH ALAM...



TAPI SEBELUM ITU, SEBAGAI SEORANG ANAK JATI JOHOR, SAYA MEWAKILI GLOBAL VETERINARY SDN BHD INGIN MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA SELURUH KELURARGA DIRAJA JOHOR DAN RAKYAT JELATANYA KERANA BARU SAHAJA KEHILANGAN SEORANG SULTAN YANG BERWIBAWA. SAYA AMAT MENGAGUMI KETEGASAN ALMARHUM BAGINDA... AL-FATIHAH BUAT BAGINDA...

BAIKLAH TUAN/PUAN/ABANG/AKAK/ADIK SEMUA LAH...HEHEHE...HARI TU SAYA STOP KAT MAGGOT WOUND KAN, SO HARI NI KITE BELAJAR BAB :

KEEMPAT : KECACINGAN



HAA...TU DIA..KALO KITE MASE KECIK-KECIK DULU, KAT TADIKA KAN, 6 BULAN SEKALI NURSE DATANG DOK SUAP UBAT KALER PUTIH UTK KAWAL KECACINGAN KATANYA...MASE BEBUDAK LE KATEKAN, ASAL NAMPAK NURSE AJEK, TERUS MELALAK, NYOROK BLAKANG KERUSI LA, BAWAH MEJA LA, PADAHAL NAK BAGI UBAT CACING JE...HAHAHA...KALO KAMBING PUN MACAM KITE, NAK BAGI UBAT JEK NYOROK, ALAMAT LETIH LE KORANG MAIN CAK-CAK DGN KEKAMBING TUH...HAHA..KALO SPLOH XPE LA KAN, KALO SERIBOO? MAU KETAQ LUTUT..(XPE, TONGKAT ALI ADE..HAHAHA) MELALUT SUDAH KANNN...

HAAA..APE KE TANDE2 KECACINGAN NI? CUBE TGK SENARAI NI EK ;
1. Bulu kelihatan kusam dan tidak berkilat
2. Bulu kadangkala berdiri pada bahagian tulang belakang
3. Selera makan adalah normal TAPI kurus kering jugak!
4. Cirit birit yang berterusan dan tidak melampau
5. Bagi keadaan yang terlampau kronik, air akan bertakung pada gelembair (dewlaps) – di bawah dagu. Di panggil juga Bottle Jaws
6. Mata pucat!



HEHEHEH...CUBA PERHATIKAN KAMBING KORANG, ADE KE SEMUA TANDA2 NI? KALO ADE CEPAT-CEPAT LE DAPATKAN NASIHAT RAWATAN. JANGAN DIBIAR JE YE...KESIAN KAMBING TU...

NASIHAT RAWATAN (PILIHAN UBATAN YANG BOLEH DIGUNAKAN) ADALAH SEPERTI GAMBARAJAH ;


HAA...ADE LAGI UBAT YANG BOLEH DIGUNAKAN SEPERTI BAYMEC INJECTION DLL...YANG ORAL TU ADE DUA JENIS, ALBEN 10% NGAN FENBEN 10%, KALO TAKUT RESISTANCE, LEH LA TUKAR2 UBAT TU...JGN LE DOK BAGI UBAT YNAG SAMA JE...LAMA2 CACING TU PUN JADIK LE BADANG KAN...KEBAL LAK DIA NANTI.

KALO NAK BAGUS LAGI, KITE BUAT LE KAWALAN KECACINGAN. LAGI ELOK CEGAH DARI MERAWAT (PSSSTT...KALO CEGAH KOS RENDAH, KALO RAWAT KOS NYE AGAK TINGGI LE SKET...HUHHU)
MACAM MANA NAK CEGAH? HAAAAAAAAAAAAAA...BACEEEE...HUHUHU..KAEDAH NI RECOMMENDED BY DR AZAM YE.

1. Lakukan ragutan bergilir pada petak pastura dengan meninggalkan kawasan tersebut kosong selama sebulan setelah digunakan selama 3 hingga 5 hari.
2. Lakukan program pemberian ubat cacing sejurang-kurangnya 3 bulan sekali pada semua kambing.
3. Kalo nak bagi kambing2 meragut, toksah le awal2 pagi ye...yg ni le cadangan paling basic sekali...heheh...bagi le dia ekor tu meragut time tgh hari da naik. waktu tu, cacing da masuk tanah semula...huhuhu..

LETS MOVE ON TO NEXT TOPIC, AISEH...TER SPEAKING LONDON..HUHU..

PENYAKIT KELIMA : PINK EYE
Penyakit ni Disebabkan oleh bakteria Moxarella Bovis.
Mudah merebak melalui sentuhan atau lalat terutama pada anak kambing.
Tanda-tanda adalah mata berair, kemudiannya menjadi merah sehingga satu peringkat di mana lapisan kornea menjadi putih...mcm ju-on le kirenya..huhuhu..

RAWATAN PINK EYE
1. Semburkan Pink Eye Spray 3 – 4 kali sehari.
2. Suntikan Terramycin LA 1 ml / 10 kg
3. Asingkan kambing yang terjangkit jika boleh.
4. Suntikan Ferriade + B12 : 3-5 ml untuk meningkatkan imuniti.
INSYAALLAH BOLEH SEMBUH DENGAN CEPAT.

PENYAKIT YANG KE ENAM : KURAP



KUI KUI KUI...NGERI DENGOR PENYAKIT NI KAN. BUKAN APE, KURAP NI SANGAT MUDAH BERJANGKIT EVEN PADA MANUSIA...SO KALO X DIBENDUNG, DENGAN KITE2 KENE PAKAI DECTOMAC SEKALI...HAHAHAH...

OKLA, RAWATAN KURAPSI NI SENANG AJE, IKUT JE ARAHAN DI BAWAH NI YE...

1. Asingkan dengan segera kambing yang terjangkit.
2. Suntikan samada Ivomec atau Dectomax atau curahkan Bomectin mengikut sukatannya pada kambing yang terjangkit. Jika melibatkan hampir 5-10 % dan ia terkena di merata tempat, buat rawatan pada semua ternakan.
3. Bawa keluar kambing yang dirawat dan semburkan keseluruhan kandang dengan Amatic 21.7% atau mana-mana insecticide yang selamat kerana hama mampu bersembunyi dicelah-celah kayu...

BUKAN HANYA CELAH KAYU JE...CELAH-CELAH JARI, KETIAK ATAU KELENGKANG KITA PUN DIA MAMPU BERSEMBUNYI. HEHEH...SO, KITE YG MERAWAT NI KENE PAKAI PROPER UTK MENGELAK JANGKITAN YA...

PENYAKIT KETUJUH : Caseous Lymphadenitis (CLA)
APE KEBENDE NI? KALO TERM BIASA KITE PANGGIL BISUL JE. BEZANYA, NANAH BISUL X PEKAT, NANAH YNAG DALAM BENGKAK CLA NI LIKAT DAN AGAK KENYAL..MCAM YOGURT BASI TU...HUHUH..

Penyebabnya adalah bacteria Corynebacterium pseudotuberculosis.
Bakteria ini tidak bertindak balas dengan antibiotik kerana mampu menyebabkan terbentuknya lapisan bebawang pada nodus limfa dan ia menyorok ditengah-tengahnya.
Perkara yang paling baik dilakukan adalah menakai mana-mana kambing yang terjangkit.

Jika nilai kambing agak mahal dan perlu sebagai pejantan dan induk:
1. Asingkan ke pen rawatan.
2. Apabila bengkak dan hampir matang, sapukan iodine pada permukaan benjolan.
3. Tusukkan dengan blade dan perahkan nanah kedalam takungan atau plastik.
4. Bakar atau musnahkan nanah tadi dan sentalkan lubang setelah nanah keluar dengan H2O2sehingga tiada tindakbalas.
5. Semburkan dengan Iodine dan Woundsarex.

KAMBING-KAMBING YANG TELAH DIRAWAT DIBENARKAN BERSOSIAL SEMULA SETELAH TIADA LAGI PARUT YANG TINGGAL. INGAT TU, BAHAYA CLA NI. BOLEH KEKAL DALAM GEN KAMBING JANTAN TU...TAPI, APE LA GUNA TEKNOLOGI KALO X BOLEH CARI PENYELESAIAN KANN..

UNTUK RAWATAN DAN PENCEGAHAN CLA NI, ADA VAKSIN YANG DINAMAKAN GLANVAC-6 100ML.
Suntikan Glanvac ni subQ 1 ml seekor kambing. Lakukan suntikan booster sebulan kemudian. Ulang setiap setahun untuk pencegahan ye. Vaksin ni mahal, tapi berbaloi-baloi..huhuhuh.

RASANYA NYE, CUKUP LE DULU SAMAPAI SINI YE...ADE MASE LAGI SAYA UPDATE MAKLUMAT PENYAKIT2 YANG LAIN EK. TATA TITI TUTU...ASSALAMUALAIKUM...(da penat menaip) huhuhu...byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...

Monday, January 18, 2010


PENYAKIT-PENYAKIT KAMBING



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG KAMI...CEWAH,AYAT SKEMA LE PLAK KAN. BAIK LE KENGKAWAN SEMUA, HARI INI SY NAK MASUKKAN INPUT TTG PENYAKIT2 YANG BIASANYA MENYERANG TERNAKAN TERUTAMANYA KAMBING YE.


PENYAKIT-PENYAKITNYA ADALAH;
1. Pernafasan – Batuk dan Selesema
2. Cirit Birit
3. Maggot Wound – Luka berulat
4. Sakit mata – Pink Eye
5. Kecacingan
6. Kurap
7. Caseous Lymphadenitis – Bengkak pada kelenjar
8. Contagious Ecthyma – puru
9. Kembung
10.Mastitis – Bengkak susu


TU DIA,SEPULUH PENYAKIT YG ORANG PUTIH KATA "COMMON" LA..SO, KAT BAWAH NI SAYA AKAN KUPAS SATU PERSATU SETIAP PENYAKIT DARI SEGI TANDA2,PENCEGAHAN DAN RAWATAN YA. SAYA HARAP LE SESANGAT APE YANG DIKONGSIKAN DAPAT DIAPLIKASIKAN DENGAN SEBAIKNYA. JGN DOK BACA SAJA NA...HUHUHUH

PENYAKIT PERTAMA : PERNAFASAN
Bermula dengan stress persekitaran seperti sejuk, musim hujan, pengekangan, perubahan makanan.

Keadaan stress menyebabkan jatuhnya sistem imuniti. Bakteria seperti pasteurella multocida dan pasteurella haemolytica yang pada asalnya adalah mikroflora, mula menyerang paru-paru dan sistem pernafasan bahagian atas.

Tanda klinikal seperti selesema, batuk, susah bernafas, berbunyi semasa bernafas akan timbul. Demam, tiada selera makan dan mati.Jika dilakukan Post Mortem, paru-paru kelihatan hitam dan terdapat buih di dalamnya.

RUJUK LE GAMBO KAT BAWAH NI SEBAGAI PANDUAN YE;

KESIAN KAN TENGOK KEADAAN TERNAKAN MCM NI..KALO NAMPAK TANDA2 MCM NI ADA KAT TERNAKAN TU, CEPAT2 LA RAWAT YE. MACAM MANA? ALA SENANG AJE...TERUSKAN MEMBACA YA..HUHUH

RAWATAN PENYAKIT PERNAFASAN.
Asingkan kambing yang sakit (tenat) di kandang sakit dan pastikan sekitarannya selesa.
Bersihkan hingus jika tersumbat.
Suntikkan dengan antibiotik seperti Terramycin LA, Tribressen atau Enro-PP mengikut dos yang diberi. Suntikan NSAID seperti Fluximine/Cortamethasone dapat membantu proses penyembuhan.

PENCEGAHAN (BAIK CEGAH DARI RAWAT-KALO RAWAT DAH HABIS BYK DUIT! HUHUHUH)
Sediakan tempat tinggal yang kurang stress, berikan makanan yang seimbang.
Berikan antistress semasa perubahan persekitaran, pemindahan atau pengekangan (handling)
Program Vaksinasi berjadual terhadap bakteria penyebab utama eg: Vaccine pasteurellosis

AWAS : PANADOL SOLUBLE DAN UBAT BATUK JANGAN DIGUNAKAN EK. TU UNTUK DIGUNAKAN KAN KALO KITE JE YANG DEMAM. HUHUHHU

PENYAKIT KEDUA : CIRIT-BIRIT.
HUHUH...SY BIASANYA KENE PENYAKIT NI SBB SELALU MAKAN PEDAS-PEDAS. HAHAHA...TERINGIN GAK NAK TELAN SCOURBAN TUH TIME KRITIKAL,TAPI DEK BAYANGKAN SELALU GUNA KAT KAMBING N LEMBU TERUS KENSEL. HAHAHA...GURAU AJE YE...

PUNCA & TANDA-TANDA CIRIT-BIRIT;
Samada disebabkan oleh pemakanan, jangkitan bakteria, jangkitan coccidia atau cacing.
Tanda klinikal seperti najis yang keluar cair sehingga memancut. Berbau busuk, kadangkala keluar darah.
Kambing boleh menjadi kejang dan mati disebabkan dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit.
Keadaan basah yang berpanjangan pada keliling dubur ternakan akan menarik perhatian lalat untuk bertelur.

RUJUK GAMBARAJAH EK..


RAWATAN :
Dalam kes Cirit memancut, berikan Scourban Plus secara oral 1-2ml/kg ATAU
Suntikan Prifinial solution 1ml/20kg.
Disusuli dengan Suntikan Terramycin atau Tribressen 1 ml/30 kg- ulang selepas 3 hari kemudian jika belum sembuh sepenuhnya. INGAT TU!HUHU

PENCEGAHAN.
Pastikan makanan yang diberi adalah tidak berkulat.
Kawal kambing dari bergerak bebas dari kandang ke kandang yang lain kerana ia boleh jadi pembawa kepada bakteria cirit birit seperti clostridium perferingens, salmonella atau coccidia.
Semburkan bahan pembasmi kuman pada petak yang tercemar.

PENYAKIT KETIGA : MAGGOT WOUND (LUKA BERULAT) ALA2 SUNDEL BOLONG GITU! HUHUHU...

AGAK NGAPE LUKE LEH SMPI KATEGORI SUNDEL BOLONG NIII?? ANDA TAU KENAPA KAN!!!! SO KENE LA ALERT DENGAN SETIAP PERUBAHAN SIKAP DAN FIZIKAL TERNAKAN KITE.

KEPERLUAN RAWATAN LUKA BERULAT.
* Hydrogen Peroxide
* Iodine Spray
* Negasunt Powder
* Stockholm Tar

KAEDAH MERAWAT :
Kawasan luka yang terdedah menarik perhatian lalat untuk bertelur. Telur lalat menjadi larva dan terus hidup di dalam luka seawal sehari.

Proses rawatan luka adalah:
Semburkan dengan penyembur ulat – Woundsarex
Cucikan dengan menggunakan hydrogen peroxide (H2O2) dengan bacuhan air 1:1. Keluarkan ulat dengan menggunakan forcep. Sentalkan dengan kapas dan H2O2.
Semburkan dengan Iodine.
Semburkan dengan Woundsarex.
TANG NAK BUANG ULAT YANG MALEH TUH! HAAAAAAAAA...KALO NAK HASIL YANG BAIK DARI TERNAKAN, KENE LA BERJASA GAK DGN MEREKA. JAGA ELOK2..SAY NO TO MALAS OK. KESIAN DIORANG, ADA PERASAAN GAK. CUBE KALO KITE SAKIT BERULAT, PASTU ANAK BINI BIOR JE..MAUNYE X HANGIN SATU BADAN KAN...HUHUH..

BAIK LE TUAN DAN PUAN..GHASENYE SAMPAI SINI DULU LA YE...SOK SAYA SAMBUNG LAGI EK...HIHIHIH...

Thursday, January 14, 2010


INTERNATIONAL BUSINESS PARTNER

Huhuhuh...untuk makluman sekalian, mereka2 yang di bawah ni merupakan rakan perniagaan kami di peringkat antarabangsa. Dari mereka la kami dapat outsourcekan bekalan peralatan dan perubatan veterinar terbaik untuk anda semua. Sokongan buat semua Penternak Malaysia.. :-)



Hehehe...

Wednesday, January 6, 2010


PEMILIHAN KAMBING-BOER



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. SELAMAT TAHUN BARUUUUUUUUUUU....(lewat 7 hari) hahaha...Ape khabar semua? Harap2 korang semua sesihat le hendaknye...
Lame dah x update blog ni...So, today, pak engku ingin membuka topik seperti tajuk yg dah diberi...memilih baka boer! Ape ni? nak beli kambing pun kene pilih2 ke? jawapannya...IYA!!!...kalo x pilih,sok luse pape masalah korang tanggung le sendirik ye. So, sy titpkan asas pengetahuan memilih ye..cewah,macam nak cari jodoh pulak kan..heheh...

1. KENALI BOER


Ni baru Intoduksi ye...huhuh


Ni rajah utk melihat skor badan...sila rujuk ya..



Hok ni...perbandingan yg normal dan x normal ya... baca dan fahami. x faham? Kol and tanya ya...huhuhu.


Moh jumpe doktor gigi...

Untuk chek umur kambing...tgk bilangan gigi dia seperti rajah di atas taw..Click atas gambar utk besarkan ye!

PENJANTAN



Jangan lak cari yang muke mcm Brad Pitt ke, Tom Cruise ke...mmg x jumpe la gamaknye! Huhuhu


Hehe...




BETINA



Huhu...senag je nak pilih betina ni...same je mcm merisik, ketahui asal usulnye, susur galur kesihatannya (ikut jadual perbezaan atas tu je)...mane cantik..amek je...mane kureng tu...pejam sebelah mate, blah je..huhu


Kalo nampak betina yg mcm kat atas ni atau lebih bagus lagi dr yg dalam gambar ni...sambor je..huhu..


TAPI!!!



Haaa...kalo x perasan salah satu kelemahan di atas masa memilih...sendiri menjawab le ye..

Cukup la buat masa ni...mcm biasa ye...kalo ade pape masalah, sile2 la dial 03-8945 1470... Insyaallah kami cuba bantu mana yg termampu ya... Babayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy....