Wednesday, February 24, 2010

FMD

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang setia melayari blog kami yang jarang di "update" nih. Huhuhu...Maap la ye, time ade masa je leh update. Heheh..as for today...cewah,speaking le pulak kan...arini saya nak membebel pasal satu penyakit berbahaya pada LEMBU iaitu ;

FOOT & MOUTH DISEASE.
Dalam bahasa ibunda kita, ia dipanggil Penyakit Kuku,Kaki dan Mulut. Oooooo...takutnye..heheh.

Penyakit "Foot and Mouth Disease" (FMD) adalah sejenis penyakit ternakan yang disebabkan oleh sejenis virus. Penyakit ini mudah merebak dan berjangkit kepada ternakan yang berkuku seperti lembu, kerbau, bebiri dan babi. Bahaya tu, mudah berjangkit. Kadang-kadang kat manusia (kanak-kanak) pun virus ni serang gak tau!

Mengapa Penyakit FMD Perlu dikawal? FMD perlu dikawal kerana penyakit ini akan menjejaskan perkembangan perusahaan ternakan negara ini.

KESAN FMD
Dari segi pengeluaran, Ternakan yang dijangkiti penyakit tersebut akan menjadi kurus dan tidak produktif. Anak anak yang terjangkit akan terbantut dan boleh membawa maut. Ibu ibu lembu yang sedang engeluarkan susu, akan terjejas pengeluarannya. Dari segi ekonomi pula Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk mengawal penyakit tersebut daripada merebak ke seluruh negara.

Export ternakan dan bahan daging dari negara ini akan terjejas kerana pengimport tidak akan mengimport hasil hasil ternakan dari sesebuah negara yang tidak bebas daripada SKM. Kannn...kesian nanti. Oleh yang demikian, kite mestilah sentiasa berhatati-hati dan sentiasa mengamalkan kebersihan maksima dipersekitaran kandang. Make sure ternakan yang diimport adalah bebas dari wabak ni ek.

AGEN PENYEBAB FMD Ade agen gak, mcm James Bond jek kan...huhu
* Virus FMD, keluarga Picornaviridae
* Serotype (O, A dan Asia 1)

DIAGNOSIS PEMBEZAAN
* Vesicular stomatitis
* Mucosal disease

EPIDEMIOLOGI
* Incubation period’ 2 – 8 hari (Jgn dok peram dlm mesin inkubator tu dah la ye)
* Cepat merebak (morbidity sehingga 100%)
* Menjangkiti ternakan berkuku kaki dua (lembu, kerbau, kambing, bebiri, khinzir)
* Kadar kematian (mortaliy) rendah pada dewasa dan kebiasaannya tinggi pada anak.

TANDA-TANDA KLINIKAL
Demam
* Hilang selera makan
* Air liur berbuih dan bertali
* Lesi vesicle, melecur dan berkudis pada hidung gusi, bibir, lidah dan gusi
* Tempang, lesi berkudis dicelah dan sekeliling kuku kaki

Specimen
* Cecair ‘vesicle’ dan tisu epithelia daripada lidah dan kaki.

Kawalan dan Pencegahan

* Vaksinasi ( EXCENEL RTU 100ml)
* Biosekuriti ladang ( OMNICIDE 5l/LINDORES 4l/TH4)
* Kawalan pergerakan
* Kawalan penyembelihan

Heheheh...kalo korang x puas ati ngan nota2 yang saya bagi ni, sila la email and request sebarang nota yang korang rasa lebih penting. Insyaallah saya akan cuba dapatkan dan upload kat dlm blog ni ek. Huhuhuh..Babayyyyyyyyyyyyyyyyyyy

No comments:

Post a Comment