Thursday, January 28, 2010


ASSALAMUALAIKUM SEMUA...



HELLO HELLO HELLO...I'M BACKKKKK...EKEKEKE...APE KHABAR YE ANDA HARI NI..HARAP2 SEMUA SIHAT-SIHAT SEJAHTERA LA YA. HARI NI, SAYA NAK SAMBUNG LA SEMULA INFO-INFO PENYAKIT KAMBING NI.TAPI SEBELUM TU SAYA NAK TANYA SKET...SEMUA NOTA YANG SAYA DAH MASUKKAN NI BERGUNA X SETAKAT HARI NI? HEHEHE...

BAIKLAH, HARI TU SAYA STOP KAT CLA(BISUL) KAN? HARI NI SAYA NAK SAMBUNG PENYAKIT YANG SETERUSNYA.


Contagious Ecthyma(Sore Mouth)
DALAM BAHASA MELAYUNYA : PURU



BUKAN KATAK PURU TU YE, TAPI PENYAKIT NI MENYEBABKAN KULIT TERNAKAN KORANG SEMUA LEH JADI SAMA MCM KATAK PURU...MENGGERUTU JEK. KALAH GOLLUM DALAM LORD OF THE RING TUH...HUHUH.
PURU NI DESEBABKAN OLEH POX VIRUS. SANGAT MUDAH BERJANGKIT TERUTAMANYA PADA ANAK2 KECIL.BIJI-BIJI PURU NI BOLEH TIMBUL PADA BAHAGIAN MULUT, AMBING(TETEK) ATAU KAKI TERNAKAN KORNG.TAPI KAN, PURU NI MENYERANG SE-EKOR KAMBING SEKALI SEUMUR HIDUP. ALA-ALA CHICKEN POX LE TU. HEHEH.

RAWATAN?
SONANG BAI TU...SEMBURKAN TETRAVET AEROSOL (ATAU MANA-MANA DISINFEKTANT) KAT KAWASAN JANGKITAN 2 KALI SEHARI. PAGI DAN POTANG. PASTU,SUPPORT DENGAN TERRAMYCIN L.A 3 HARI SEKALI UNTUK MENGELAKKAN SECOND WAVE. X MUSTAHIL TERNAKAN KORANG BOLEH KENA KALI KEDUA ANDAI KEBERSIHAN SELEPAS JANGKITAN TAK DIBUAT DENGAN BETUL.

PERINGATAN
JANGAN SESEKALI KOPEK/KUPAS/KUTIL BIJI-BIJI PURU TU. BIARKAN IA KERING DAN GUGUR DENGAN SENDIRINYA YA. KALO DI KOPEK/KUPAS/KUTIL NANTI LAMBAT KERING DAN MEMUDAHKAN VIRUS TU MEREBAK LEBIH CEPAT PADA TERNAKAN LAIN...INGAT TU!!!
HUHUH

KETUAT


BURUK BENOR NAMA PENYAKIT NI. SEBURUK RUPA BILA IA MENYERANG...TENGOK LE GAMBAR KAT BAWAH NI EK.

BURUK KAN??? HAA...KALO NAK TAU,KETUAT NI DESIBABKAN OLEH PAPILOMA VIRUS..EKEKE...MACAM NAMA PELAKON TELENOVELA KAN KAN KAN..HEHE. KETUAT NI KALO IKUTKAN NOTA DR AZAM/DR ZUL NI, BENTUKNYA MACAM CAULIFLOVER (BUNGA KOBIS) KATANYA! ERMM...ADEH DEH DEH...X NAK DAH MKN BUNGA KOBIS PAS NI...HUHU. BIASANYA IA AKAN MENJANGKITI PERMUKAAN KULIT DI SEKITAR MUKA ATAU LEHER. KADANG-KADANG DI KAWASAN INTERDIGITAL!

APA ITU INTERDIGITAL??? YANG PENTING IA BUKANNYA ALATAN TEKNOLOGI TINGGI. HAHA...INTERDIGITAL TU IALAH KAWASAN-KAWASAN CELAH ATAU LIPATAN YANG TERDAPAT PADA TERNAKAN SEPERTI BELAKANG TELINGA, CELAH JARI, PELIPAT KAKI ATAU APE JE KAWASAN TERSEMBUNYI. HUHU..KENA LA RAJIN NYELAK TERNAKAN YE LEPAS NI. HEHEHE. TOLONG PASTIKAN RAWATAN DIBUAT DENGAN KADAR SEGERA UNTUK MENGELAKKAN IA MENULAR KE TERNAKAN LAIN. KETUAT JNI SANGAT SUKAR DIPULIHKAN SEKIRANYA JANGKITAN KEDUA BERLAKU. AWAS TU YA. HUHU.

RAWATAN- ANTHIOMALINE INJECTION.
MEMANDANGKAN KETUAT NI BOLEH MENYERANG SEMUA LAPISAN MASYARAKAT KAMBING,SAYA TERPAKSALAH BAHAGIKAN KAEDAH RAWATAN NI KEPADA DUA YA.
PERTAMA :
ANAK
DOS HARI PERTAMA, SUNTIK 0.5ML DALAM OTOTNYA. HARI KEDUA REAHTKAN DARI SUNTIKAN DAN HARI KETIGA SUNTIK 1.5ML DALAM OTOT ANAK KAMBING YANG DIJANGKITI YA.

KEDUA :
INDUK
DOS HARI PERTAMA, SUNTIK 0,8ML DALAM OTOTNYA DAN REHATKAN DARI SUNTIKAN PADA HARI KEDUA. HARI KETIGA, SUNTIK 2ML ANTHIMALINE DALAM OTOT INDUK YANG DIJANGKITI YA.

INSYAALLAH AKAN SEMBUH LA TERNAKAN2 KORANG TU...YANG PENTING USAHA KAN.HUHU.

NEXT DISEASE IS : UTERINE PROLAPSE


PENYAKIT NI TIADA UBAT YA. PENYAKIT NI KETURUNAN. RAWATAN TERBAIK KALO DAH SAMPAI MCAM NI HANYALAH TAKAI/SEMBELIH. ITUPUN SELEPAS KOLOSTRUM NYA DIAMBIL. UNTUK ANAK KAMBING YANG INDUKNYA ADE SEJARAH UTERINE PROLAPSE NI SEELOKNYA JANGAN DIJADIKAN PEMBAKA YA. EMM..SEDIHNYA TGK PIC ATAS NI...CIAN..



EH!!! APE KES NI? AWAT ADE GAMBAQ AMBING NI? KAMBENG MANE LAK INTERFRAME NIH? EKEKEKE..MELAWAK JE. NI ADALAH PENYAKIT COMMON KAMBING. RAMAI PENTERNAK BIASA TENGOK AMBING KAMBING DIORANG JADI MACAM NI. PENYAKIT NI NAMANYA,

MASTITIS

DALAM BAHASA WAJARNYA, BENGKAK AMBING(TETEK). MASTITIS NI MERUPAKAN KERADANGAN PADA AMBING SUSU DENGAN TANDA-TANDA SEPERTI :-
1. KEMERAH-MERAHAN.
2. PANAS
3. BENGKAK
4. KESAKITAN SEWAKTU DIPEGANG.
MASTITIS NI BERLAKU DEK KERANA PERSEKITARAN YANG TIDAK BERSIH ATAU JANGKITAN. RAWATAN MASTITIS NI IALAH, PERAH SUSU PADA AMBING YANG DIJANGKITI SEBANYAK MUNGKIN. BIOR JE KAMBING TU MENJERIT-JERIT. UNTUK KEBAIKAN DIA GAK. HUHUH. PASTU SUNTIKKAN ANTIBIOTIK KHAS SEPERTI MASTIDIAN FORTE, MASTALONE BLU ATAU ToDay SEPARUH SYRINGE KE DALAM AMBING MELALUI RONGGA TETEK. BIARKAN SELAMA 24 JAM DAN KEMUDIANNYA DIPERAHKAN. SUNTIK BAKI ANTIBIOTIK YANG DIGUNAKAN SEKALI LAGI KE DALAM RONGGA TETEK. ULANG PROSES NI SELAMA 3 HARI BERTURUT YA.

PASTU, SUPPORT DENGAN FDNP INJECTION. JANGAN LUPA SUNTIKAN ANTI-INFLAMMATORY SEPERTI CORTHAMETHASONE/TOLFINE YA. CEPAT SKET SEMBUHNYA. KALO X BUAT SEMUA NI!!! ALAMATNYA BERGUGURAN LA AMBING TERNAKAN KORANG NANTI. CEGAH SEBELUM RAWAT. MAKNANYA, JAGA KEBERSIHAN KANDANG DAN PENGURUSAN YANG BETUL LEBIH PENTING UTK KESIHATAN TERNAKAN KORANG TAU. INGAT TU...HUHUHU.


OK LA NI..X HABIS LAGI NI NOTANYA...TAPI SY NAK PROCEED NGAN KERJA-KERJA LAIN PULAK. SO, SAMPAI DI SINI DAHULU. SAYA AKHIRI SESI NOTA KALI NI DENGAN WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATU. :-)

No comments:

Post a Comment