Friday, May 6, 2011

Susu Kambing vs Susu Lembu + Mesin Memerah Susu



Susu lembu sangat popular di negara-negara barat, namun begitu, di sesetengah bahagian di dunia ini, susu kambing juga sangat terkenal seperti susu lembu. Jumlah kambing di dunia dianggarkan sebanyak 550 juta ekor berbanding lembu dianggarkan lebih dari 1 bilion.

Susu Kambing tidak perlu dihomogenasi (homogenized) seperti susu lembu dan ia mengandungi lebih banyak lemak berbanding susu lembu, tetapi ia tidak mengandungi agglutinin seperti di dalam susu lembu.Hal ini menjadikan saiz lemak dalam susu kambing lebih kecil sehingga mudah dicerna.

Kandungan laktosa pula jauh lebih rendah dalam susu kambing iaitu pada 4.1% berbanding 4.7% pada susu lembu. Berbanding dengan Susu lembu, susu kambing mengandungi sehingga 13% lebih banyak kalsium, 25% lebih tinggi vitamin B6 dan 47% lebih tinggi Vitamin A. Ia juga mengandungi lebih tinggi kalium, niasin, koper dan antioksidan dari susu lembu. Susu lembu pula mempunyai hampir lima kali ganda tinggi Vitamin B12 dan 10 kali ganda lebih asid folat berbanding dengan susu kambing.



Bagi penternak-penternak lembu atau kambing susu kecil-kecilan, anda boleh meningkatkan produksi pengeluaran susu ternakan anda dengan menggunakan mesin memerah susu seperti gambar diatas. Antara faktor susu boleh rosak ialah kerana memerah menggunakan tangan yang tidak bersih. Maka walaupun khasiat susu kambing dan lembu sangat baik, tetapi jika rosak, ia tidak selamat diminum.

Memerah susu menggunakan tangan boleh meletihkan dan kadang-kala tanpa disedari tangan pemerah boleh tersentuh permukaan kotor dan kemudian memerah kembali susu. Bukan sahaja susu boleh rosak, penyakit mastitis juga boleh berlaku.Dengan menggunakan mesin di atas, pengeluaran susu akan bertambah, kontaminasi susu boleh dikurangkan dan mengurangkan masalah penyakit mastitis (jangkitan bakteria pada ambing susu)

Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi pejabat kami atau datang terus ke pejabat kami untuk melihat sendiri mesin tersebut.

No comments:

Post a Comment