Wednesday, June 15, 2011

Mengetahui serta memahami dehidrasi (kekurangan air) pada kambing-kambing dan ternakan lain

Mengetahui serta memahami dehidrasi (kekurangan air) pada kambing-kambing dan ternakan lain
________________________________________

Pengenalan dehidrasi:
Dehidrasi boleh menyebabkan masalah yang serius pada ternakan yang muda dan juga tua. Masalah yang membawa maut ini haruslah diatasi secepat mungkin. Ini adalah kerana dehidrasi merendahkan kemampuan seseekor binatang itu untuk menyebarkan ubat dan nutrisi ke dalam badan mereka.

Tanda-tanda klinikal dehirasi pada kambing:
1.Mata yang tidak bermaya (sunken eye)
2.Kulit tidak anjal
3.Hidung yang kering
4.Tidak bertenaga, pucat, kering gusi, dan
5.Pengisian kembali salur darah (capillary refill time) yang mengambil masa lebih dari 2 saat juga merupakan salah satu tanda-tanda dehidrasi.

Diagnosis tambahan untuk dehidrasi:
Salah satu cara terbaik untuk mentafsir tahap dehidrasi dan mengetahui jika usaha yang dilakukan ke atas seseekor binatang berjaya adalah dengan mengambil darah dan menjalankan ujian darah yang lengkap.

Status pentafsiran dehidrasi:
Sila guna petunjuk di bawah dalam menentukan tahap dehidrasi dalam seseekor binatang:


Rawatan untuk dehidrasi:
Selepas tahap dehidrasi pada biri-biri/kambing sudah ditafsirkan, kiraan boleh dilakukan untuk mengetahui sebanyak mana cecair diperlukan untuk mengatasi masalah dehidrasi itu.

1.Ambil peratus dehidrasi dan darabkan dengan berat binatang tersebut dalam kg.

Berat dalam kg X peratus dehidrasi = Isipadu cecair yang diperlukan (liter).

2.Sebagai contoh (9 kg) anak kambing telah ditafsirkan mengalami dehidrasisebanyak 9%.
Ini bermaksud 0.81 (9 kg X .09 = 0.81) liter cecair yang diperlukan untuk menggantikan apa yang telah hilang.

3.Selepas sukatan cecair untuk kiraan awal telah dimasukkan ke dalam badan, cecair tambahan boleh diberi pada kadar 5 mL untuk setiap 1kg, setiap jam. Tambahan untuk 5 mL/1kg/jam, cecair tambahan mungkin dikehendaki untuk megatasi kehilangan yang berterusan seperti cirit-birit dan lain-lain.

Petunjuk: 1 gelen = 3.7 liter dan 1 kg = 2.2 lb.

Cecair ini boleh diberi secara oral (PO), subcutaneous (SQ)-bawah kulit, atau intravenously (IV)-melalui salur darah. Hanya cecair yang steril (0.9% cecair saline atau sodium klorida)boleh dimasukkan ke dalam badan secara SQ dan IV. Ia sangat penting bagi ternakan yang menghidapi dehidrasi, khususnya anak yang baru lahir dengan cirit-birit untuk menerima cecair tambahan melalui oral, SQ atau IV.

Memasukan cecair ke dalam badan secara Oral:
Kemasukan cecair melalui oral haruslah digunakan ke atas ternakan yang menghidapi dehidrasi sebanyak 1-5%. Jika ternakan menghidapi dehidrasi lebih dari ini, kemasukan cecair melalui oral tidak dapat memenuhi kesesuain ternakan mereka. Masalah yang paling lazim berlaku dengan kemasukan cecair melalui oral adalah kaedah yang digunakan dan kekerapan pemberian cecair tidak sesuai serta kuantiti cecair yang diberi tidak mencukupi. Peraturan yang perlu dipatuhi adalah:

1.Kira keperluan cecair pada ternakan seperti dalam contoh sebelum ini. Beri tidak lebih dari 250 mL dalam satu masa pada anak ternakan yang kecil atau 3-5 liter pada ternakan yang dewasa.

2.Jika elektrolit perlu diberi pada ternakan, segala peraturan dan arahan daripada pegeluar haruslah dipatuhi.

3.Cara terbaik untuk anak ternakan yang baru lahir untuk menerima cecair melalui oral adalah dengan menggunakan botol sebagai penyusuan. Ini membenarkan cecair untuk memasuki abdomen melalui lurah esofagus. Jika anak ternakan yang baru lahir itu terlampau lemah untuk menyusu, cecair boleh diberikan dengan esofagus atau tiub pemakanan. Kaedah ini, walau bagaimanapun, menyebabkan cecair untuk memasuki rumen secara terus dan tidak pada abdomen.

4.Jangan berasa ragu-ragu untuk memberi susu atau susu pengganti bagi menambahkan elektrolit ke dalam badan anak ternakan yang baru lahir. Elektrolit tidak mengandungi nutrisi yang mencukupi. Jadi, susu sangatlah penting untuk mereka. Kesemua elektrolit dan susu hendaklah diberi dalam jarak 30 minit dan kedua-dua cecair ini TIDAK BOLEH DICAMPURKAN BERSAMA. Pencernaan susu menjadi lambat jika dicampurkan bersama elektrolit melalui oral.

5.Ternakan dewasa yang menghidapi dehidrasi memerlukan kemasukan cecair ke dalam badan secara oral melalui tuib perut.

6.Kekerapan kemasukan cecair boleh berubah-ubah dan bergantung pada keseriusan kehilangan cecair serta mengurusan tisu di dalam badan. Secara umumnya, ternakan yang menghidapi sedikit dehidrasi hanya memerlukan dua dos oral, manakala ternakan yang menghidapi dehydrasi selama 5% memerlukan cecair melalui oral selama 2 jam.

Pemasukan cecair ke dalam badan secara Subcutaneous(SQ):
Kaedah ini harus digunakan oada ternakan yang menghidapi dehidrasi sebanyak 6-8%. Langkah berjaga-jaga haruslah diberikan perhatian:

1.Jika ternakan menghidapi dehidrasi lebih dari 8%, cecair mestilah diberikan secara IV.

2.Panaskan cecair pada suhu badan sebelum memasukkannya ke dalam badan.

3.Hanya cecair isotonik yang steril boleh digunakan (0.9% cecair salin).

4.Kulit yang longgar disekeliling leher, bahu dan belakang siku merupakan tempat terbaik untuk memasukkan cecair secara SQ. Tempat suntikan mestilah dibesihkan dan di sterilkan sebelum menggunakan jarum untuk menyuntik.

5.Cecair boleh diberikan dalam satu bolus yang besar atau diberikan dalam jangka masa tertentu. Pemberian hendaklah tidak lebih dari 60 mL pada satu tempat dan tidak melebihi total 200 mL pada anak ternakan yang baru lahir pada satu masa. Ternakan dewasa boleh menerima isipadu cecair yang banyak. Lazimnya, cecair memerlukan 4-6 jam untuk diserap ke dalam badan. Jika kambing anda mengalami hydrasi yang berlebihan(terlampau banyak cecair diberikan), kuantiti potassium dalam darah mungkin akan menurun terlampau banyak. Ini boleh meneyebabkan otot dan jantung yang tidak normal. Tanda-tandanya ialah kelemahan, sembelit, penafasan yang laju dan kadar denyutan jantung yang tinggi. Hydrasi yang berlebihan juga menyebabkan cecair berkumpul di paru-paru. Tanda-tandanya ialah penfasan yang laju, batuk, bersin dan mempunyai penafasan yang termengah-mengah (berbunyi-bunyi). Jika anda perasan pada tanda-tanda ini, sila hentikan rawatan kemasukan cecair dan hubungi doktor haiwan secepat mungkin.



Kemasukan cecair ke dalam badan ternakan secara oral dan SQ boleh dilakukan serentak dan ini merupakan satu kaedah terbaik untuk memulihkan dehidrasi.


Pemasukan cecair ke dalam badan secara intravenous (IV):
Pemasukan cecair secara intravenous memerlukan kateter yang steril untuk dimasukkan ke dalam badan ternakan. Ini memerlukan bantuan daripada profesional dan latihan tambahan. Selepas kateter diletakkan di tempatnya, beberapa pertimbangan hendaklah diambil kira iaitu:

1. Hanya cecair yang steril boleh dimasukkan ke dalam badan (Lactated Ringers, 0.9% cecair salin, dll.).

2. Kira keperluan cecair yang diperlukan pada ternakan dengan membuat jadual dan contoh dalam perbincangan ini.

3. Kebanyakan ternakan yang menghidapi cirit-birit mempunyai pH darah yang rendah. Disebabkan perkara ini, bikarbonat diperlukan untuk ditambah ke dalam 1-3 liter cecair yang pertama. Jika 0.9% steril cecair salin atau sodium klorida digunakan, kira-kira 13 g of sodium bikarbonat atau 150-175 mL dari 8.4% cecair sodium bikarbonat perlu ditambah ke dalam setiap liter untuk menbuat cecair sebanyak 1.3%. Untuk membuat 5% cecair sodium bikarbonat, 50 g sodium bicarbonate mesti ditambah ke dalam setiap leiter cecair.

4. Tanbahan glukosa selalunya penting. Tambah 30 mL daripada 50% cecair dextrosa ke dalam 1 liter cecair IV untuk membuat 1.5% cecair dextros; tambah 100 mL daripada 50% dextros ke dalam 1 liter untuk membuat kira-kira 5% cecair dextros.

5. Secara umumnya, selepas cecair yang diperlukan dalam seseekor ternakan itu dikira, dua per tiga daripada jumlah itu boleh diberi pada jam yang pertama. Sebagai contoh, jika ternakan memerlukan 750 ml cecair, 500 ml boleh diberil pada jam yang pertama. Selepas jam yang pertama, cecair yang selebihnya (250 ml) boleh diberi dalam masa 2-3 jam berikutnya.

6. Selepas sukatan cecair untuk kiraan awal telah dimasukkan ke dalm badan, cecair tambahan boleh diberi pada kadar 5mL untuk setiap kg.berat badan, setiap jam. Ini bermaksud 9 kg anak kambing yang mnghidapi dehidrasi sebanyak 9% haruslah dimulakan dengan penerimaan sebanyak 0.81 liter cecair. Anggaran 0.5 liter perlu diberikan pada jam yang pertama, dan 0.3 liter pada 2-3 jam yang terakhir. Selepas 0.81 liter diberi, 45 mL cecair mestilah diberikan sehingga ternakan terhidrat sepenuhnya dan kembali normal

7. Tambahan untuk 5 mL/kg/jam, cecair tambahan mungkin dikehendaki untuk megatasi kehilangan yang berterusan seperti cirit-birit dam lain-lain.

Pencegahan dehidrasi:
Dehidrasi boleh dielakkan jika ternakan yang sakit, luka atau di bawah tekanan yang teruk (kemarau, sejuk dan panas yang melampau dan lain-lain) diberikan perhatian sepenuhnya. Jika ada ternakan yang menghidapi penyakit cirit-birit atau apa-apa penyakit yang boleh menyebabkan kehilangan cecair, haruslah menerima rawatan cecair tambahan secepat mungkin. Memberi cecair tambahan ketika masalah tersebut mula berlaku merupakan cara terbaik daripada mengganti kerugian yang berlaku akibat dehidrasi.

Ditulis oleh:
Khairunnisa - pelajar Cyberjaya University College of Medical Sciences

Disemak oleh:
Dr. Azlan Shah - Dr. Veterinar

Kambing anda Selsema? Batuk? Susah bernafas?

Kemungkinan besar kambing anda mendapat pneumonia!!



Apakah itu ‘Pneumonia’?
Apabila bakteria, virus atau kulat (fungus) masuk ke paru-paru, kuman ini biasanya menetap di kantung udara paru-paru, di mana di situ mereka berkembang biak. Kawasan paru-paru yang dijangkiti kuman ini akan dipenuhi dengan cairan dan nanah, sebagai satu cara tubuh untuk melawan jangkitan. Jika tidak dirawat, nanah yang terbentuk di kawasan paru-paru ini boleh menyebabkan pendarahan. Walaubagaimanapun, rawatan antibiotik dapat mengurangkan bahaya ini.

‘Acute respiratory distress’ (‘Gangguan pernafasan akut’) adalah keadaan khusus di mana paru-paru tidak berfungsi dan kandungan oksigen di dalam tubuh sangat berkurangan, sehingga boleh mengancam nyawa. Kegagalan pernafasan boleh berlaku jika pneumonia mengakibatkan perubahan mekanikal di dalam paru-paru (disebut kegagalan ventilasi) atau kekurangan oksigen yang keterlaluan dalam pembuluh darah (arteri)-(juga disebut sebagai kegagalan pernafasan hypoxemic.

‘Bakteremia’ (bakteria dalam darah) adalah komplikasi yang paling biasa terjadi akibat daripada jangkitan bakteria pneumococcus, namun jangkitan ini jarang tersebar ke bahagian lain.. Bakteremia juga merupakan komplikasi yang sering terjadi akibat jangkitan organisma bakteria gram-negatif yang lain. Bagaimanapun, terdapat kes-kes yang jarang berlaku di mana jangkitan mungkin merebak dari paru-paru ke jantung dan organ-organ lain yang boleh menyebabkan pembentukan nanah di bahagian tersebut, contohnya di otak.

Pneumonia adalah penyakit yang sangat biasa berlaku pada kambing, teruatama sekali pada anak kambing.

Punca-punca Utama Pneumonia:

Terdapat tiga jenis kuman yang menyebabkan pneumonia iaitu:
- Bakteria
- Virus
- Parasit

Faktor-faktor yang menyebabkan tekanan (‘stress’) kepada kambing turut menyumbang kepada masalah pneumonia, seperti:
- tahap kelembapan yang tinggi
- kawasan tertutup
- perubahan cuaca yang drastik
- perubahan persekitaran,
- perubahan makanan,
- melahirkan anak kambing
- pengudaraan yang tidak cukup
- tempat tidur yang lembab dan berhabuk

Tanda-tanda Gejala Pneumonia:
1. Berat badan menurun.
2. Batuk
3. Selsema / hingus
4. Demam
5.Sukar bernafas
6. Pernafasan berbunyi (‘wheezing’)
7. Hilang selera makan
9. Cirit-birit.



Pilihan Rawatan:
Jangan bertangguh dalam memberi rawatan kepada kambing yang disyaki dijangkiti pneumonia. Rawatan awal dapat mengurangkan komplikasi dan risiko kematian. Terdapat beberapa ubat atau rawatan yang berbeza, bergantung kepada jenis jangkitan kuman pneumonia itu.

Sekiranya anda belum mendapatkan diagnosis daripada doktor veterinar, dan mahu merawat kambing anda sendiri, anda diingatkan bahawa waktu yang diperlukan untuk melihat keberkesanan ubat yang diberi adalah dalam masa 2 hari selepas rawatan diberikan. Sekiranya kambing anda tidak beransur pulih dalam tempoh tersebut, cuba gunakan jenis ubat yang lain.

1. Pneumonia yang disebabkan oleh Bakteria:
* Rawatan antibiotik yang boleh digunakan adalah seperti Tylan200, Nuflor, LA-200, penicillin, tetracycline, Albon, dan Gallimycin. Pengkulturan bakcteria dan ujian sensitiviti terhadap antibiotik adalah disarankan untuk memastikan rawatan yang berkesan diberikan.

2. Pneumonia yang disebabkan oleh Virus:
* Antibiotik tidak akan berkesan dalam merawat pneumonia yang disebakan oleh jangkitan virus, melainkan pneumonia tersebut telah melarat dan mendapat jangkitan pneumonia sekunder. Rawatan untuk pneumonia yang berpunca daripada virus tidak bertujuan untuk membunuh virus tersebut (sepertimana pneumonia yang disebabkan bakteria), sebaliknya rawatan hanya untuk mengurangkan simptom-simptom pneumonia. Rawatan yang boleh diberikan termasuklah memberikan cecair dan elektrolit, ubat anti-radang (Banamine) dan juga anti-histamin seperti Benadryl.

3. Pneumonia yang disebabkan oleh Parasit:
* Dalam kes dimana pneumonia yang disebabkan oleh bakteria tetapi tidak dirawat atau tidak mendapat rawatan yang betul, kambing tersebut boleh dijangkiti pula dengan parasit seperti cacing paru-paru (lungworm), keadaan yang dipanggil jangkitan pneumonia sekunder. Ivermectin and Valbazen adalah dua jenis ubat yang berkesan untuk rawatan pneumonia disebabkan oleh lungworm (parasit).

** Perhatian: Jangan beri Valbazen kepada kambing betina yang mengandung.


Radang Paru-paru Interstitial (Interstitial Pneumonia): Salah Faham.
Radang paru-paru interstitial (interstitial pneumonia) adalah jenis pneumonia yang paling berbahaya dan boleh membawa maut – 75 kes maut dalam 100 kes interstitial pneumonia (75%).

Biasanya, kita diberitahu bahawa pneumonia jenis ini tidak dapat dikenalpasti sehinggalah binatang ternakan itu mati mengejut. Ini adalah maklumat yang salah.
Sebelum pergi dengan lebih jauh, kita perlu tahu apa itu radang paru-paru interstitial (interstitial pneumonia).

Definisi Intersitial: Berkaitan dengan atau terletak dalam, ruangan-ruangan kecil yang sempit di antara rangkaian atau bahagian sesuatu organ.
Radang paru-paru interstitial adalah istilah umum yang merangkumi pelbagai jenis penyakit paru-paru kronik. Paru-paru boleh mendapat radang interstitial dengan tiga cara.

Pertama, tisu paru-paru telah rosak disebabkan oleh punca yang diketahui ataupun tidak diketahui.

Kedua, dinding kantung udara (airsacs) di dalam paru-paru mengalami keradangan.

Ketiga, parut (fibrosis) yang terjadi pada tisu kantung udara paru-paru (‘interstitium’) disebabkan oleh kecederaan atau keradangan terdahulu, lalu menyebabkan paru-paru berparut seterusnya menjadi keras dan tidak anjal.

Apabila kantung udara keras, maka tiada pertukaran oksigen akan berlaku antara darah dan paru-paru, akhirnya kambing tersebut akan mati.





Ditulis oleh:
Shazila Shamsuddin- pelajar Cyberjaya University College of Medical Sciences

Disemak oleh:
Dr. Azlan Shah Abdul Ghani - Dr. Veterinar

Wednesday, June 8, 2011

Pinkeye / keratoconjunctivitis (penyakit mata)



Pinkeye (keratoconjunctivitis) atau dikenali sebagai mata merah/sakit mata dikalangan penternak adalah merupakan inflamasi/keradangan di bahagian dalam kelopak mata. Pada kambing, penyakit mata disebabkan oleh mikroorganisma “Mycoplasma” dan “Chlamydia”. Ianya berlainan dengan lembu yang disebabkan oleh (Moxarella bovis), maka vaksin untuk mencegah penyakit mata dalam lembu tidak boleh digunakan untuk kambing.

Pinkeye mudah berjangkit dan merebak melalui sentuhan. Penyakit ini selalunya berlaku pada kambing baru yang dimasukkan ke kandang, apabila kambing dipindahkan (transported @ relocated), dan apabila kambing stress disebabkan cuaca. Penternak harus memakai glove ketika merawat penyakit ini kerana ia berjangkit melalui sentuhan.

Tanda klinikal, Rawatan, Pencegahan:

Tanda klinikal termasuklah:
1. Mata mengenyit / kuyu
2. Berair, kemerahan, membengkak sedikit
3. Bahagian putih mata menjadi kelabu
4. Dalam kes yang teruk, mata akan luka dan membentuk ulcer.

Kambing juga akan berasa sakit, membengkak dan mata berair, kadangkala cecair yang pekat seakan nanah mengalir keluar dari mata dan mengering serta membentuk kerak. Pinkeye boleh menyebabkan kambing menjadi buta sementara waktu dan kekal buta dalam kes yang sangat2 teruk. Kambing yang mengidap penyakit ini akan hilang berat badan sedikit demi sedikit.

Rawatan:

Dalam kebanyakan kes, jangkitan ini pulih secara semula jadi. Walaubagaimanapun, rawatan harus diberi pada kes yang teruk.

1. Asingkan dengan segera kambing yang sakit dari kumpulan kambing yang lain. Kambing yang sihat boleh dijangkiti dengan sentuhan.

2. Flush mata dengan air yang steril (bebas dari sebarang mikroorganisma)

3. Gunakan suntikan antibiotic seperti Oxytetracycline. Antibiotik lain yang berkesan termasuklah Tylosin (jika jangkitan disebabkan oleh Mycoplasma) dan Penicillin (jika disebabkan oleh Chlamydia).

4. Antibiotic eye ointment seperti Terramycin juga sangat efektif.

5. Pakai sarung tangan apabila merawat ternakan yang sakit. Apabila suntikan antibiotic diberikan subcutaneous (bawah kulit) atau intra-muscular (dalam otot daging), penternak harus berwaspada bahawa antibiotic tersebut boleh pergi ke susu dan meninggalkan residu di dalam daging kambing. Tanya kepada vet anda berapa hari selepas suntikan antibiotik haiwan tersebut boleh disembelih untuk makan @ susu boleh diminum.

6. Sediakan makanan dan minuman yang bersih kepada kambing yang sakit. Kambing ini tidak mempunyai selera makan yang baik dan penglihatan mereka terbatas. Jika kambing anda dehidrasi (kekurangan air), anda harus memaksa kambing anda minum dengan mengambil picagari dan suntik air sedikit demi sedikit ke dalam mulut kambing. Kebanyakan haiwan boleh mati disebabkan oleh kekurangan air.

Pencegahan:

Vaksin untuk mencegah pinkeye dalam kambing masih belum ada. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
1. Memastikan anda membeli kambing dari sumber / ladang yang baik dan bersih. Bukan dari ladang yang kambingnya mempunyai banyak masalah kesihatan.

2. Minimumkan stress transportasi (ketika membawa kambing ke ladang anda)

3. Kurangkan stress ketika menguruskan kambing-kambing di kandang. Stress boleh menyebabkan hormon kortisol meningkat dan menyebabkan immuniti badan menurun (daya tahan penyakit menurun).

4. Kuarantin kambing yang baru masuk ke ladang, jangan campurkan terus kambing yang baru sampai dengan kambing yang sedia ada di kandang. Ini untuk mengelakkan kambing yang sakit bercampur dengan kambing yang sihat.

Monday, June 6, 2011

Glovet 5 Teats Milking Bucket


Made from food grade plastic, this 5 teat feeder will hold 10 litres to feed your lambs or kids.

The teats fit into the teat mount which has an inbuilt valve to stop leaking.
Supplied complete with galvanised bracket that can be screwed to a wall or fence that allows you to hang the feeder at the required height.



'5 Teats Milking Bucket' diperbuat dari plastik gred makanan dan mempunyai kapasiti sebanyak 10 liter untuk diberi kepada anak kambing @ bebiri.

Tuesday, May 24, 2011

PAGAR CYCLONE

EAR TAG TERNAKAN

EAR TAG adalah cara mudah untuk mengenal pasti ternakan anda. Terdapat banyak cara untuk tag ternakan termasuk menggunakan marker. Walaubagaimanapun, penggunaan 'EAR TAG' adalah lebih baik kerana ianya kekal dan tahan lama.

Antara peralatan yang diperlukan untuk tag termasuk:

A)Ear Tag Applicator


B)Ear Tag



CARA-CARA untuk TAG

1. Masukkan tag ke dalam applicator


2. "Restraint" haiwan anda dengan betul dan cari kawasan untuk di tag pada telinganya. Pastikan anda tag diantara pembuluh@salur darah yang besar pada lipatan telinga.



3. Letakkan applicator pada kawasan telinga yang betul (antara salur darah) dan tekan applicator dengan kuat. 'Ear tagging' menyebabkan anak kambing merasa sangat sakit, seperti sakitnya ketika telinga anda ditebuk. Tenangkan anak2 kambing @ lembu yang telah ditag dengan sebotol susu atau lepaskan berdekatan dengan ibu mereka.


Untuk keterangan lanjut mengenai EAR TAG, boleh lah datang ke pejabat kami di Seri Kembangan (Belakang JUSCO equine park) atau telefon ke pejabat kami.

Friday, May 6, 2011

Susu Kambing vs Susu Lembu + Mesin Memerah Susu



Susu lembu sangat popular di negara-negara barat, namun begitu, di sesetengah bahagian di dunia ini, susu kambing juga sangat terkenal seperti susu lembu. Jumlah kambing di dunia dianggarkan sebanyak 550 juta ekor berbanding lembu dianggarkan lebih dari 1 bilion.

Susu Kambing tidak perlu dihomogenasi (homogenized) seperti susu lembu dan ia mengandungi lebih banyak lemak berbanding susu lembu, tetapi ia tidak mengandungi agglutinin seperti di dalam susu lembu.Hal ini menjadikan saiz lemak dalam susu kambing lebih kecil sehingga mudah dicerna.

Kandungan laktosa pula jauh lebih rendah dalam susu kambing iaitu pada 4.1% berbanding 4.7% pada susu lembu. Berbanding dengan Susu lembu, susu kambing mengandungi sehingga 13% lebih banyak kalsium, 25% lebih tinggi vitamin B6 dan 47% lebih tinggi Vitamin A. Ia juga mengandungi lebih tinggi kalium, niasin, koper dan antioksidan dari susu lembu. Susu lembu pula mempunyai hampir lima kali ganda tinggi Vitamin B12 dan 10 kali ganda lebih asid folat berbanding dengan susu kambing.



Bagi penternak-penternak lembu atau kambing susu kecil-kecilan, anda boleh meningkatkan produksi pengeluaran susu ternakan anda dengan menggunakan mesin memerah susu seperti gambar diatas. Antara faktor susu boleh rosak ialah kerana memerah menggunakan tangan yang tidak bersih. Maka walaupun khasiat susu kambing dan lembu sangat baik, tetapi jika rosak, ia tidak selamat diminum.

Memerah susu menggunakan tangan boleh meletihkan dan kadang-kala tanpa disedari tangan pemerah boleh tersentuh permukaan kotor dan kemudian memerah kembali susu. Bukan sahaja susu boleh rosak, penyakit mastitis juga boleh berlaku.Dengan menggunakan mesin di atas, pengeluaran susu akan bertambah, kontaminasi susu boleh dikurangkan dan mengurangkan masalah penyakit mastitis (jangkitan bakteria pada ambing susu)

Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi pejabat kami atau datang terus ke pejabat kami untuk melihat sendiri mesin tersebut.

Thursday, April 28, 2011

CLEARANCE STOCKS SALE!!!

1. Baymec


Baymec inj. 100ml beli 2 PERCUMA 1...expired date 4 Oct 2011.
Harga RM 60/botol, kami tambah discount 5% lagi kalau datang sendiri ke opis GLOVET.Cepat2 sementara stok masih ada!

Bahan aktif Baymec:Ivermectin
Kegunaan:
-Untuk masalah yang disebabkan oleh parasit seperti (cacing, kurap dan lain2)

2. Atrosite


Promosi Ilium Atrosite 50ml..20% diskaun diberi bagi setiap pembelian..expired date October 2011.

Bahan Aktif Atrosite: Atropine Sulphate
Kegunaan:
-Untuk mengurangkan rembesan cecair daripada saluran pernafasan.
-Untuk meningkatkan denyutan jantung bagi haiwan yang lemah.
-Kebiasaannya digunakan ketika proses surgeri sebagai pre-anaesthetic.

Wednesday, January 12, 2011

Glovet's Family Day at Avillion PD

8 Januari 2011 & 9 Januari 2011...
Percutian keluarga Glovet yang sangat mengujakan..Hilang rasa penat lelah bertungkus lumus menjayakan MAHA tempoh hari Walaupun dapat tidur satu malam je di Premium Water Chalet tapi banyak juga aktiviti yang sempat kami buat di sana. Kami ingin berkongsi kegembiraan ini dengan semua jadi sama- sama kita layan gambar-gambar kenangan yang sempat dirakamkan semasa di sana...


Kawasan sekitar Avillion



Masing-masing teruja nak naik banana boat


Memang BEST!


Seronoknye kami


Seronoknye ANI










Sunday, January 2, 2011

Pembetulan Berkenaan Masa Operasi GLOVET S/B

Salam Sejahtera dan Selamat tahun pada kawan2 semua..disini saya (Dr. Amir)sebab tersalah update masa operasi kami..Waktu operasi kami yang sebenar-benarnya adalah ISNIN-JUMAAT 8am-530pm. bukannya isnin-khamis dalam post saya terdahulu. sebarang kekeliruan saya mohon ampun dan harap tiada siapa yg terganggu dengan kenytaan kontroversi sblom ni. seperti biasa kami menkankan perkhidmatan bermutu untuk anda semua...Semoga tahun baru ni lebih baik dari 2010. terima kasih atas sokongan kawan2 sekalian sepanjang tahun lepas..anda semua memang BEST