------------- Malaysia Livestock Industry's Leading Company. Peneraju Industri Penternakan Negara. --------------
Wednesday, June 8, 2011
Pinkeye / keratoconjunctivitis (penyakit mata)
Pinkeye (keratoconjunctivitis) atau dikenali sebagai mata merah/sakit mata dikalangan penternak adalah merupakan inflamasi/keradangan di bahagian dalam kelopak mata. Pada kambing, penyakit mata disebabkan oleh mikroorganisma “Mycoplasma” dan “Chlamydia”. Ianya berlainan dengan lembu yang disebabkan oleh (Moxarella bovis), maka vaksin untuk mencegah penyakit mata dalam lembu tidak boleh digunakan untuk kambing.
Pinkeye mudah berjangkit dan merebak melalui sentuhan. Penyakit ini selalunya berlaku pada kambing baru yang dimasukkan ke kandang, apabila kambing dipindahkan (transported @ relocated), dan apabila kambing stress disebabkan cuaca. Penternak harus memakai glove ketika merawat penyakit ini kerana ia berjangkit melalui sentuhan.
Tanda klinikal, Rawatan, Pencegahan:
Tanda klinikal termasuklah:
1. Mata mengenyit / kuyu
2. Berair, kemerahan, membengkak sedikit
3. Bahagian putih mata menjadi kelabu
4. Dalam kes yang teruk, mata akan luka dan membentuk ulcer.
Kambing juga akan berasa sakit, membengkak dan mata berair, kadangkala cecair yang pekat seakan nanah mengalir keluar dari mata dan mengering serta membentuk kerak. Pinkeye boleh menyebabkan kambing menjadi buta sementara waktu dan kekal buta dalam kes yang sangat2 teruk. Kambing yang mengidap penyakit ini akan hilang berat badan sedikit demi sedikit.
Rawatan:
Dalam kebanyakan kes, jangkitan ini pulih secara semula jadi. Walaubagaimanapun, rawatan harus diberi pada kes yang teruk.
1. Asingkan dengan segera kambing yang sakit dari kumpulan kambing yang lain. Kambing yang sihat boleh dijangkiti dengan sentuhan.
2. Flush mata dengan air yang steril (bebas dari sebarang mikroorganisma)
3. Gunakan suntikan antibiotic seperti Oxytetracycline. Antibiotik lain yang berkesan termasuklah Tylosin (jika jangkitan disebabkan oleh Mycoplasma) dan Penicillin (jika disebabkan oleh Chlamydia).
4. Antibiotic eye ointment seperti Terramycin juga sangat efektif.
5. Pakai sarung tangan apabila merawat ternakan yang sakit. Apabila suntikan antibiotic diberikan subcutaneous (bawah kulit) atau intra-muscular (dalam otot daging), penternak harus berwaspada bahawa antibiotic tersebut boleh pergi ke susu dan meninggalkan residu di dalam daging kambing. Tanya kepada vet anda berapa hari selepas suntikan antibiotik haiwan tersebut boleh disembelih untuk makan @ susu boleh diminum.
6. Sediakan makanan dan minuman yang bersih kepada kambing yang sakit. Kambing ini tidak mempunyai selera makan yang baik dan penglihatan mereka terbatas. Jika kambing anda dehidrasi (kekurangan air), anda harus memaksa kambing anda minum dengan mengambil picagari dan suntik air sedikit demi sedikit ke dalam mulut kambing. Kebanyakan haiwan boleh mati disebabkan oleh kekurangan air.
Pencegahan:
Vaksin untuk mencegah pinkeye dalam kambing masih belum ada. Apa yang perlu anda lakukan ialah:
1. Memastikan anda membeli kambing dari sumber / ladang yang baik dan bersih. Bukan dari ladang yang kambingnya mempunyai banyak masalah kesihatan.
2. Minimumkan stress transportasi (ketika membawa kambing ke ladang anda)
3. Kurangkan stress ketika menguruskan kambing-kambing di kandang. Stress boleh menyebabkan hormon kortisol meningkat dan menyebabkan immuniti badan menurun (daya tahan penyakit menurun).
4. Kuarantin kambing yang baru masuk ke ladang, jangan campurkan terus kambing yang baru sampai dengan kambing yang sedia ada di kandang. Ini untuk mengelakkan kambing yang sakit bercampur dengan kambing yang sihat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment