Monday, May 21, 2012

Kesihatan kambing

Apakah yang menyebabkan kambing anda sakit?

Penyakit kambing berpunca daripada agen penyakit seperti bakteria, virus, kulat, dan parasit.Penyakit juga boleh berpunca daripada kesilapan pengurusan. Selain daripada itu, faktor persekitaran juga turut memainkan peranan yang penting .


1. Virus 


Virus seperti penyakit kuku dan mulut serta puru boleh menyerang kambing.

2. Bakteria



Bagi kambing dewasa penyakit Brucellosis akan menyebabkan
keguguran dan perlekatan uri. Caseous lymphadenitis (CLA) menyebabkan bengkak
bernanah pada nodus limfa di dagu, leher, bahu hadapan, ambing susu

3. Kulat



Kulat sering menjangkiti penyakit terutama jika kulit sering terdedah pada hujan dan
basah. Walaupun boleh dirawat, bulu akan kusut dan turut tanggal.


4. Endo - parasit


Endo-parasit adalah kumpulan parasit di dalam perut dan usus yang boleh dibahagikan
ke dalam 3 kumpulan iaitu cacing hati, cacing pita dan cacing gelang. Bagi kambing yang
dipelihara di atas kandang, cacing pita dan gelang adalah penting. Rawatan perlu
dijalankan 3 – 6 bulan sekali.

Haiwan yang terkena jangkitan akan menunjukkan tanda bulu kusam tidak berkilat, cirit birit berterusan dan jika keadaan bertambah kronik, air akan bertakung di bawah dagu (bottle jaws)

5. Ekto - parasit 




Ekto-parasit pula adalah parasit yang duduk diluar badan iaitu di bahagian kulit
kambing yang kebiasaannya dipanggil kutu. Selain menghisap darah, kutu juga boleh
memasuki ke dalam kulit dan menyebabkan rasa gatal yang kuat dan bulu tanggal.

6. Kelemahan pengurusan

Terdapat juga penyakit yang berpunca dari kelemahan pengurusan. Contoh : kembong,
cirit birit,  luka dan patah tulang. Ini boleh di atasi dengan memperbaiki lagi pengurusan
pemberian makanan dan pembinaan kandang.

7. Persekitaran 

Kambing juga mudah mendapat selsema apabila kesejukan yang berlaku akibat hujan
berterusan dan cuaca yang sejuk pada waktu malam. Dengan itu faktor persekitaran juga
mempengaruhi kesihatan kambing anda.



Selamat menjaga kambing anda!!














1 comment: