Monday, January 18, 2010


PENYAKIT-PENYAKIT KAMBING



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA PEMBACA BLOG KAMI...CEWAH,AYAT SKEMA LE PLAK KAN. BAIK LE KENGKAWAN SEMUA, HARI INI SY NAK MASUKKAN INPUT TTG PENYAKIT2 YANG BIASANYA MENYERANG TERNAKAN TERUTAMANYA KAMBING YE.


PENYAKIT-PENYAKITNYA ADALAH;
1. Pernafasan – Batuk dan Selesema
2. Cirit Birit
3. Maggot Wound – Luka berulat
4. Sakit mata – Pink Eye
5. Kecacingan
6. Kurap
7. Caseous Lymphadenitis – Bengkak pada kelenjar
8. Contagious Ecthyma – puru
9. Kembung
10.Mastitis – Bengkak susu


TU DIA,SEPULUH PENYAKIT YG ORANG PUTIH KATA "COMMON" LA..SO, KAT BAWAH NI SAYA AKAN KUPAS SATU PERSATU SETIAP PENYAKIT DARI SEGI TANDA2,PENCEGAHAN DAN RAWATAN YA. SAYA HARAP LE SESANGAT APE YANG DIKONGSIKAN DAPAT DIAPLIKASIKAN DENGAN SEBAIKNYA. JGN DOK BACA SAJA NA...HUHUHUH

PENYAKIT PERTAMA : PERNAFASAN
Bermula dengan stress persekitaran seperti sejuk, musim hujan, pengekangan, perubahan makanan.

Keadaan stress menyebabkan jatuhnya sistem imuniti. Bakteria seperti pasteurella multocida dan pasteurella haemolytica yang pada asalnya adalah mikroflora, mula menyerang paru-paru dan sistem pernafasan bahagian atas.

Tanda klinikal seperti selesema, batuk, susah bernafas, berbunyi semasa bernafas akan timbul. Demam, tiada selera makan dan mati.Jika dilakukan Post Mortem, paru-paru kelihatan hitam dan terdapat buih di dalamnya.

RUJUK LE GAMBO KAT BAWAH NI SEBAGAI PANDUAN YE;

KESIAN KAN TENGOK KEADAAN TERNAKAN MCM NI..KALO NAMPAK TANDA2 MCM NI ADA KAT TERNAKAN TU, CEPAT2 LA RAWAT YE. MACAM MANA? ALA SENANG AJE...TERUSKAN MEMBACA YA..HUHUH

RAWATAN PENYAKIT PERNAFASAN.
Asingkan kambing yang sakit (tenat) di kandang sakit dan pastikan sekitarannya selesa.
Bersihkan hingus jika tersumbat.
Suntikkan dengan antibiotik seperti Terramycin LA, Tribressen atau Enro-PP mengikut dos yang diberi. Suntikan NSAID seperti Fluximine/Cortamethasone dapat membantu proses penyembuhan.

PENCEGAHAN (BAIK CEGAH DARI RAWAT-KALO RAWAT DAH HABIS BYK DUIT! HUHUHUH)
Sediakan tempat tinggal yang kurang stress, berikan makanan yang seimbang.
Berikan antistress semasa perubahan persekitaran, pemindahan atau pengekangan (handling)
Program Vaksinasi berjadual terhadap bakteria penyebab utama eg: Vaccine pasteurellosis

AWAS : PANADOL SOLUBLE DAN UBAT BATUK JANGAN DIGUNAKAN EK. TU UNTUK DIGUNAKAN KAN KALO KITE JE YANG DEMAM. HUHUHHU

PENYAKIT KEDUA : CIRIT-BIRIT.
HUHUH...SY BIASANYA KENE PENYAKIT NI SBB SELALU MAKAN PEDAS-PEDAS. HAHAHA...TERINGIN GAK NAK TELAN SCOURBAN TUH TIME KRITIKAL,TAPI DEK BAYANGKAN SELALU GUNA KAT KAMBING N LEMBU TERUS KENSEL. HAHAHA...GURAU AJE YE...

PUNCA & TANDA-TANDA CIRIT-BIRIT;
Samada disebabkan oleh pemakanan, jangkitan bakteria, jangkitan coccidia atau cacing.
Tanda klinikal seperti najis yang keluar cair sehingga memancut. Berbau busuk, kadangkala keluar darah.
Kambing boleh menjadi kejang dan mati disebabkan dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit.
Keadaan basah yang berpanjangan pada keliling dubur ternakan akan menarik perhatian lalat untuk bertelur.

RUJUK GAMBARAJAH EK..


RAWATAN :
Dalam kes Cirit memancut, berikan Scourban Plus secara oral 1-2ml/kg ATAU
Suntikan Prifinial solution 1ml/20kg.
Disusuli dengan Suntikan Terramycin atau Tribressen 1 ml/30 kg- ulang selepas 3 hari kemudian jika belum sembuh sepenuhnya. INGAT TU!HUHU

PENCEGAHAN.
Pastikan makanan yang diberi adalah tidak berkulat.
Kawal kambing dari bergerak bebas dari kandang ke kandang yang lain kerana ia boleh jadi pembawa kepada bakteria cirit birit seperti clostridium perferingens, salmonella atau coccidia.
Semburkan bahan pembasmi kuman pada petak yang tercemar.

PENYAKIT KETIGA : MAGGOT WOUND (LUKA BERULAT) ALA2 SUNDEL BOLONG GITU! HUHUHU...

AGAK NGAPE LUKE LEH SMPI KATEGORI SUNDEL BOLONG NIII?? ANDA TAU KENAPA KAN!!!! SO KENE LA ALERT DENGAN SETIAP PERUBAHAN SIKAP DAN FIZIKAL TERNAKAN KITE.

KEPERLUAN RAWATAN LUKA BERULAT.
* Hydrogen Peroxide
* Iodine Spray
* Negasunt Powder
* Stockholm Tar

KAEDAH MERAWAT :
Kawasan luka yang terdedah menarik perhatian lalat untuk bertelur. Telur lalat menjadi larva dan terus hidup di dalam luka seawal sehari.

Proses rawatan luka adalah:
Semburkan dengan penyembur ulat – Woundsarex
Cucikan dengan menggunakan hydrogen peroxide (H2O2) dengan bacuhan air 1:1. Keluarkan ulat dengan menggunakan forcep. Sentalkan dengan kapas dan H2O2.
Semburkan dengan Iodine.
Semburkan dengan Woundsarex.
TANG NAK BUANG ULAT YANG MALEH TUH! HAAAAAAAAA...KALO NAK HASIL YANG BAIK DARI TERNAKAN, KENE LA BERJASA GAK DGN MEREKA. JAGA ELOK2..SAY NO TO MALAS OK. KESIAN DIORANG, ADA PERASAAN GAK. CUBE KALO KITE SAKIT BERULAT, PASTU ANAK BINI BIOR JE..MAUNYE X HANGIN SATU BADAN KAN...HUHUH..

BAIK LE TUAN DAN PUAN..GHASENYE SAMPAI SINI DULU LA YE...SOK SAYA SAMBUNG LAGI EK...HIHIHIH...

1 comment:

  1. alaaaa... baru tiga jenis penyakit ajer kerrr?? lambat lerr teman nak dapat baca cerita penyakit kambing ni sampai selesei sepuloh penyakit... hehehehe.... tapi... walau bagaimana pun.. timer kasey banyok2 lerrr... sebab blog ni banyak ngajor teman tentang cara nak bela kamben....

    ReplyDelete