Sunday, January 24, 2010


ASSALAMUALAIKUM SEMUA...HARI NI SAYA NAK SAMBUNG TEBAR ILMU KE SELURUH ALAM...



TAPI SEBELUM ITU, SEBAGAI SEORANG ANAK JATI JOHOR, SAYA MEWAKILI GLOBAL VETERINARY SDN BHD INGIN MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA SELURUH KELURARGA DIRAJA JOHOR DAN RAKYAT JELATANYA KERANA BARU SAHAJA KEHILANGAN SEORANG SULTAN YANG BERWIBAWA. SAYA AMAT MENGAGUMI KETEGASAN ALMARHUM BAGINDA... AL-FATIHAH BUAT BAGINDA...

BAIKLAH TUAN/PUAN/ABANG/AKAK/ADIK SEMUA LAH...HEHEHE...HARI TU SAYA STOP KAT MAGGOT WOUND KAN, SO HARI NI KITE BELAJAR BAB :

KEEMPAT : KECACINGAN



HAA...TU DIA..KALO KITE MASE KECIK-KECIK DULU, KAT TADIKA KAN, 6 BULAN SEKALI NURSE DATANG DOK SUAP UBAT KALER PUTIH UTK KAWAL KECACINGAN KATANYA...MASE BEBUDAK LE KATEKAN, ASAL NAMPAK NURSE AJEK, TERUS MELALAK, NYOROK BLAKANG KERUSI LA, BAWAH MEJA LA, PADAHAL NAK BAGI UBAT CACING JE...HAHAHA...KALO KAMBING PUN MACAM KITE, NAK BAGI UBAT JEK NYOROK, ALAMAT LETIH LE KORANG MAIN CAK-CAK DGN KEKAMBING TUH...HAHA..KALO SPLOH XPE LA KAN, KALO SERIBOO? MAU KETAQ LUTUT..(XPE, TONGKAT ALI ADE..HAHAHA) MELALUT SUDAH KANNN...

HAAA..APE KE TANDE2 KECACINGAN NI? CUBE TGK SENARAI NI EK ;
1. Bulu kelihatan kusam dan tidak berkilat
2. Bulu kadangkala berdiri pada bahagian tulang belakang
3. Selera makan adalah normal TAPI kurus kering jugak!
4. Cirit birit yang berterusan dan tidak melampau
5. Bagi keadaan yang terlampau kronik, air akan bertakung pada gelembair (dewlaps) – di bawah dagu. Di panggil juga Bottle Jaws
6. Mata pucat!



HEHEHEH...CUBA PERHATIKAN KAMBING KORANG, ADE KE SEMUA TANDA2 NI? KALO ADE CEPAT-CEPAT LE DAPATKAN NASIHAT RAWATAN. JANGAN DIBIAR JE YE...KESIAN KAMBING TU...

NASIHAT RAWATAN (PILIHAN UBATAN YANG BOLEH DIGUNAKAN) ADALAH SEPERTI GAMBARAJAH ;


HAA...ADE LAGI UBAT YANG BOLEH DIGUNAKAN SEPERTI BAYMEC INJECTION DLL...YANG ORAL TU ADE DUA JENIS, ALBEN 10% NGAN FENBEN 10%, KALO TAKUT RESISTANCE, LEH LA TUKAR2 UBAT TU...JGN LE DOK BAGI UBAT YNAG SAMA JE...LAMA2 CACING TU PUN JADIK LE BADANG KAN...KEBAL LAK DIA NANTI.

KALO NAK BAGUS LAGI, KITE BUAT LE KAWALAN KECACINGAN. LAGI ELOK CEGAH DARI MERAWAT (PSSSTT...KALO CEGAH KOS RENDAH, KALO RAWAT KOS NYE AGAK TINGGI LE SKET...HUHHU)
MACAM MANA NAK CEGAH? HAAAAAAAAAAAAAA...BACEEEE...HUHUHU..KAEDAH NI RECOMMENDED BY DR AZAM YE.

1. Lakukan ragutan bergilir pada petak pastura dengan meninggalkan kawasan tersebut kosong selama sebulan setelah digunakan selama 3 hingga 5 hari.
2. Lakukan program pemberian ubat cacing sejurang-kurangnya 3 bulan sekali pada semua kambing.
3. Kalo nak bagi kambing2 meragut, toksah le awal2 pagi ye...yg ni le cadangan paling basic sekali...heheh...bagi le dia ekor tu meragut time tgh hari da naik. waktu tu, cacing da masuk tanah semula...huhuhu..

LETS MOVE ON TO NEXT TOPIC, AISEH...TER SPEAKING LONDON..HUHU..

PENYAKIT KELIMA : PINK EYE
Penyakit ni Disebabkan oleh bakteria Moxarella Bovis.
Mudah merebak melalui sentuhan atau lalat terutama pada anak kambing.
Tanda-tanda adalah mata berair, kemudiannya menjadi merah sehingga satu peringkat di mana lapisan kornea menjadi putih...mcm ju-on le kirenya..huhuhu..

RAWATAN PINK EYE
1. Semburkan Pink Eye Spray 3 – 4 kali sehari.
2. Suntikan Terramycin LA 1 ml / 10 kg
3. Asingkan kambing yang terjangkit jika boleh.
4. Suntikan Ferriade + B12 : 3-5 ml untuk meningkatkan imuniti.
INSYAALLAH BOLEH SEMBUH DENGAN CEPAT.

PENYAKIT YANG KE ENAM : KURAP



KUI KUI KUI...NGERI DENGOR PENYAKIT NI KAN. BUKAN APE, KURAP NI SANGAT MUDAH BERJANGKIT EVEN PADA MANUSIA...SO KALO X DIBENDUNG, DENGAN KITE2 KENE PAKAI DECTOMAC SEKALI...HAHAHAH...

OKLA, RAWATAN KURAPSI NI SENANG AJE, IKUT JE ARAHAN DI BAWAH NI YE...

1. Asingkan dengan segera kambing yang terjangkit.
2. Suntikan samada Ivomec atau Dectomax atau curahkan Bomectin mengikut sukatannya pada kambing yang terjangkit. Jika melibatkan hampir 5-10 % dan ia terkena di merata tempat, buat rawatan pada semua ternakan.
3. Bawa keluar kambing yang dirawat dan semburkan keseluruhan kandang dengan Amatic 21.7% atau mana-mana insecticide yang selamat kerana hama mampu bersembunyi dicelah-celah kayu...

BUKAN HANYA CELAH KAYU JE...CELAH-CELAH JARI, KETIAK ATAU KELENGKANG KITA PUN DIA MAMPU BERSEMBUNYI. HEHEH...SO, KITE YG MERAWAT NI KENE PAKAI PROPER UTK MENGELAK JANGKITAN YA...

PENYAKIT KETUJUH : Caseous Lymphadenitis (CLA)
APE KEBENDE NI? KALO TERM BIASA KITE PANGGIL BISUL JE. BEZANYA, NANAH BISUL X PEKAT, NANAH YNAG DALAM BENGKAK CLA NI LIKAT DAN AGAK KENYAL..MCAM YOGURT BASI TU...HUHUH..

Penyebabnya adalah bacteria Corynebacterium pseudotuberculosis.
Bakteria ini tidak bertindak balas dengan antibiotik kerana mampu menyebabkan terbentuknya lapisan bebawang pada nodus limfa dan ia menyorok ditengah-tengahnya.
Perkara yang paling baik dilakukan adalah menakai mana-mana kambing yang terjangkit.

Jika nilai kambing agak mahal dan perlu sebagai pejantan dan induk:
1. Asingkan ke pen rawatan.
2. Apabila bengkak dan hampir matang, sapukan iodine pada permukaan benjolan.
3. Tusukkan dengan blade dan perahkan nanah kedalam takungan atau plastik.
4. Bakar atau musnahkan nanah tadi dan sentalkan lubang setelah nanah keluar dengan H2O2sehingga tiada tindakbalas.
5. Semburkan dengan Iodine dan Woundsarex.

KAMBING-KAMBING YANG TELAH DIRAWAT DIBENARKAN BERSOSIAL SEMULA SETELAH TIADA LAGI PARUT YANG TINGGAL. INGAT TU, BAHAYA CLA NI. BOLEH KEKAL DALAM GEN KAMBING JANTAN TU...TAPI, APE LA GUNA TEKNOLOGI KALO X BOLEH CARI PENYELESAIAN KANN..

UNTUK RAWATAN DAN PENCEGAHAN CLA NI, ADA VAKSIN YANG DINAMAKAN GLANVAC-6 100ML.
Suntikan Glanvac ni subQ 1 ml seekor kambing. Lakukan suntikan booster sebulan kemudian. Ulang setiap setahun untuk pencegahan ye. Vaksin ni mahal, tapi berbaloi-baloi..huhuhuh.

RASANYA NYE, CUKUP LE DULU SAMAPAI SINI YE...ADE MASE LAGI SAYA UPDATE MAKLUMAT PENYAKIT2 YANG LAIN EK. TATA TITI TUTU...ASSALAMUALAIKUM...(da penat menaip) huhuhu...byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...

No comments:

Post a Comment