Saturday, February 21, 2009


VITAMIN DAN MULTI-VITAMIN


Assalamualaikum W.B.T semua, hurmmm...lama nye xde topik baru kat dlm blog ni kan...x sangka agak padat jadual di hari2 lepas...rasa agak sukar juga nak maintain blog ni...tapi xpe,sy akan usaha lebih untuk anda semua...cewah..poyo jek dengarnye kan kan kan...kali ni,saya nak share maklumat tentang vitamin dan multi vitamin yang biasa digunakan dalam ternakan ruminan. Macam biasa la, keterangan sila la ikut no yang ada kat dalam gambar ye. hehehe

RAJAH 1


RAJAH 2


1. MAMIMUNE (* HOT ITEMS *)
*Meningkatkan selera makan
*Meningkatkan imunisasi badan
*Meningkatkan tenaga
*Anak baru lahir diberi selepas diberi susu ibu.

2. FERCOBSANG
* Meningkatkan kadar IRON dalam badan anak.
*Meningkatkan produksi darah.

3. NOVA - VITAVET (* HOT ITEMS *)
*MengandungiVitamin A, D3, Vitamin B12.
*Sesuai pd ternakan bunting
*Menyembuhkan rahim / saluran peranakan.
*Mempercepatkan pertumbuhan & pembesaran anak
*Merawat luka dari dalam.

4. CALPRO VET
*Untuk "Milk Fever".
* Kurang kalsium lepas beranak pada ibu. Sama fungsi gan theracalcium,tapi ada tambahan energy booster. Up sket la ubat ni.

5.(SEPATUTNYA ADE LYTES)
*Maaf..silap item,fotographer kurang arif. Ampunnn...haha. Keterangan utk ADE Lytes ye :
*Anti Stress
*Mengandungi Vitamin dan mineral
*Asid Amino (simpan tenaga

6. TROY ILIUM NUTRIGEL (small animal je)(* HOT ITEMS *)
*Meningkatkan selera makan
*Mengandungi vitamin & Nutrient.
*Sesuai utk anjing & kucing

7. FERRIADE + B12 (* VERY HOT ITEMS *)
*Mengandungi Vitamin A, D, E, Iron, Vitamin B12
*Sesuai pd ternakan bunting.
*Menyembuhkan rahim / saluran peranakan.
*Mempercepatkan pertumbuhan & pembesaran anak.

8. VITAMIN K3
*Berhentikan darah.
*Mempercepatkan pembekuan darah.

9. THERACALCIUM
*Milk fever/ demam susu.
*Kekurangan kalsium yang berlaku pada betina setelah melahirkan anak.

10. SELEPHEROL
*Menambah selera makan ternakan.

11. PROPHOS (* HOT ITEMS *)
*(VIAGRA ternakan...haip...bukan utk manusia ek!!! ngehaha)
*Meningkatkan metabolisme badan.
*Sesuai utk pejantan 1- 2 jam sebelum mengawan
*Diberi kpd ternakan yg lemah.

12. STRESS VITAM
*Menbantu mengurangkan stress. Dah nama pun Stress Vitam kannnn...

13. GLOVET PREMIX PLUS (* VERY HOT ITEMS *)
*Mengandungi:Vitamin, Nutrien, Mineral dan Asid Organik.
*Meningkatkan kadar tumbesaran ternakan dan menambah berat badan.
*Meningkatkan daya tahan penyakit.
*Meningkatkan penghasilan susu.
*Meningkatkan kadar kelahiran.
*Meningkatkan kadar kematangan ternakan.
*Mencegah pembentukan batu karang pada si abang jantan! Huhu

14. NUTRIVAl POWDER (STRESS PACK)
*Utk mengurangkan tekanan semasa Pengasingan kandang, rawatan, pemindahan dsb.

Haaa...selesai la sudah. Cuma saya minta maaf la ye pasai gambar ADE Lytes tuh...x disengajakan. Ate kalo kome ade soklan...email le teman ye... Challo Beti...inspektor sahab... Illalliqa' wa Maassalamah... :-)

1 comment: