Monday, May 21, 2012

KANDANG DAN PERALATAN

Salam 1 Malaysia!

Kali ini kami nak berkongsi sedikit info mengenai kandang. Semua hidupan di dunia ini memerlukan tempat tinggal yang selesa. Macam manusia haiwan ternakan pun nak juga tempat tinggal yang best. 

First of all, kenapa perlu kandang?? kenapa?

1. Kandang adalah keperluan asas bagi haiwan ternakan
2. Kandang melindungi kambing daripada panas
3. Ia melindungi kambing daripada binatang liar seperti anjing dan kecurian
4. Membantu pengasingan ternakan
5. Memudahkan pengurusan

Sekarang kita dah tahu apa pentingnya kandang. Jadi, pemilihan lokasi juga amat penting. Di mana ya?

1. Ada jalan keluar dan masuk untuk pemindahan input dan output
2. Tidak terlalu dekat dengan kawasan perumahan ( takkan nk berjiran dengan kambing kot? )
3. Kawasan yang kering dan tidak menakung air
4. Kawasan yang berpokok untuk elak tegasan panas pada waktu tengah hari
5. Mempunyai punca air bersih ke kandang 



Kedudukan Binaan Kandang

Jika kandang yang panjang ingin dibina kedudukannya menghadap utara selatan bagi membolehkan kandang   menerima cahaya matahari pada waktu pagi dan petang. Manakala jika lebih dari satu kandang yang dibina, jarak di antara kandang dicadangkan sekurang-kurangnya sama lebar dengan kandang itu sendiri.

Dari segi pembinaan kandang, terdapat lapan perkara yang perlu diberi perhatian iaitu rangka kandang, lantai, lantai bawah kandang, atap, dinding, tangga, palong makanan dan bekas minuman air.

1. Rangka Kandang
- Lebar 24 kaki panjang melebihi 100 kaki. Kelebaran ini akan membenarkan cahaya matahari memasuki kandang.
- Kayu keras digunakan pada tiang, rasuk dan alang

2. Lantai
- Ketinggian 5-6 kaki bagi memudahkan pembuangan najis (jika terlalu rendah haiwan akan terdedah kepada perwapan ammonia)
- Lantai menggunakan kayu 1x2 inci dengan jarak 0.5 inci

3. Lantai Bawah Kandang
- Lantai tanah (ditambah pasir)
- Lantai simen

4. Atap
- Tinggi dengan alang (8kaki)
- Atap terbaik adalah aluminium kerana memantulkan cahaya panas maka suhu dalam kandang lebih rendah
- Bumbung berbentuk bertingkat akan membantu pengeluaran haba

5. Dinding
- Paling kurang tinggi 4 kaki bagi kambing jantan 5 kaki

6. Tangga
- Tidak curam (30-40 darjah)
- Lebar (3-4 kaki)
- Sediakan pemegang pada sisi tangga

7. Palong Makanan
- Di pasang di luar kandang untuk mengelakkan najis memasuki palong
- Menggunakan palong air plastik yang dibelah dua
- Palong makanan diperbuat daripada papan dan kayu

8. Bekas Minum Air / Automatik Drinker
- Bekas minuman yang terdiri daripada baldi atau bekas plastik adalah sesuai walaupun sukar untuk mengelakkan najis memasuki tempat tersebut
- Bagi yang mampu, air minuman boleh diperolehi daripada automatik drinker (1 unit untuk 10 ekor)



AUTOMATIK DRINKER

Semoga sedikit info ini dapat membantu anda semua! Sekian.

Carta Organisasi Terbaru Kami



KELEBIHAN MENYEMBELIH BINATANG

Hai semua!!!
Hari ini kami ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai kelebihan menyembelih binatang.


1. Haiwan tidak mengalami kesakitan

Untuk pengetahuan semua, Professor Willhelm Schulze telah mencari kaedah terbaik proses mematikan haiwan bagi mendapatkan daging yang bersih dan segar. Beberapa ekor haiwan disembelih mengikut kaedah Islam menggunakan tindakan pantas iaitu dengan memotong urat leher dengan pisau tajam. Manakala beberapa ekor haiwan yag lain dibunuh mengikut kaedah Barat, menggunakan pistol kejutan (CBP).

Hasil daripada eksperimen ini menunjukkan haiwan yang disembelih tidak merasai sebarang kesakitan berdasarkan graf ECG. Ini disebabkan oleh jantung haiwan berhenti berdenyut lebih lambat kerana banyak darah mengalir keluar dari badan. Berbanding haiwan yang dikenakan kejutan eletrik jantungnya berhenti berdenyut lebih awal. Keadaan ini menyebabkan banyak darah masih terkumpul di dalam daging dan daging tersebut tidak selamat untuk dimakan.

Captive Bolt Pistol


2. Hindari penyakit

Kajian menunjukkan penggunaan CBP akan menyebabkan kerosakan tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu. Laporan ini menggemparkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling terjejas teruk jika dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging. 

Ia menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila daripada haiwan kepada manusia. Secara umumnya sebarang penyakit daripada haiwan dapat dihindarkan dengan cara penyembelihan. Ini kerana darah merupakan bahantara kuman, bakteria dan toksin dikeluarkan dengan banyak daripada badan haiwan semasa proses penyembelihan. 


3. Daging lebih lembut, segar dan bersih

Kaedah sembelihan memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang. Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak daripada badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Daging akan kekal segar dalam masa yang lama disebabkan kurangnya darah dalam daging.


4. Belas kasihan terhadap haiwan

Kajian menunjukkan penyembelihan adalah cara terbaik untuk kebaikan haiwan serta manfaat kesihatan kepada manusia. Islam menjelaskan proses penyembelihan perlu dilakukan dengan pantas bagi memutuskan salur darah ke saraf otak kerana saraf ini menghantar mesej kesakitan kepada otak. Dengan itu, haiwan tidak akan berasa sakit ketika disembelih. Pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih bukan sebab kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang.

Selain itu, sunnah Nabi Muhammad SAW juga menegaskan adalah tidak wajar bagi seseorang penyembelih menajamkan pisaunya di hadapan haiwan yang akan disembelih atau menyembelih haiwan di hadapan haiwan yang lain.


Selamat Beramal!!

Kesihatan kambing

Apakah yang menyebabkan kambing anda sakit?

Penyakit kambing berpunca daripada agen penyakit seperti bakteria, virus, kulat, dan parasit.Penyakit juga boleh berpunca daripada kesilapan pengurusan. Selain daripada itu, faktor persekitaran juga turut memainkan peranan yang penting .


1. Virus 


Virus seperti penyakit kuku dan mulut serta puru boleh menyerang kambing.

2. Bakteria



Bagi kambing dewasa penyakit Brucellosis akan menyebabkan
keguguran dan perlekatan uri. Caseous lymphadenitis (CLA) menyebabkan bengkak
bernanah pada nodus limfa di dagu, leher, bahu hadapan, ambing susu

3. Kulat



Kulat sering menjangkiti penyakit terutama jika kulit sering terdedah pada hujan dan
basah. Walaupun boleh dirawat, bulu akan kusut dan turut tanggal.


4. Endo - parasit


Endo-parasit adalah kumpulan parasit di dalam perut dan usus yang boleh dibahagikan
ke dalam 3 kumpulan iaitu cacing hati, cacing pita dan cacing gelang. Bagi kambing yang
dipelihara di atas kandang, cacing pita dan gelang adalah penting. Rawatan perlu
dijalankan 3 – 6 bulan sekali.

Haiwan yang terkena jangkitan akan menunjukkan tanda bulu kusam tidak berkilat, cirit birit berterusan dan jika keadaan bertambah kronik, air akan bertakung di bawah dagu (bottle jaws)

5. Ekto - parasit 




Ekto-parasit pula adalah parasit yang duduk diluar badan iaitu di bahagian kulit
kambing yang kebiasaannya dipanggil kutu. Selain menghisap darah, kutu juga boleh
memasuki ke dalam kulit dan menyebabkan rasa gatal yang kuat dan bulu tanggal.

6. Kelemahan pengurusan

Terdapat juga penyakit yang berpunca dari kelemahan pengurusan. Contoh : kembong,
cirit birit,  luka dan patah tulang. Ini boleh di atasi dengan memperbaiki lagi pengurusan
pemberian makanan dan pembinaan kandang.

7. Persekitaran 

Kambing juga mudah mendapat selsema apabila kesejukan yang berlaku akibat hujan
berterusan dan cuaca yang sejuk pada waktu malam. Dengan itu faktor persekitaran juga
mempengaruhi kesihatan kambing anda.



Selamat menjaga kambing anda!!














PRODUK FORMULASI KAMI

PRE-MIX DALAM RUMINANT




  • GLOVET PREMIX PLUS
Apa itu Premix Plus?

Premix Plus ialah serbuk campuran lengkap gabungan pelbagai vitamin, mineral, dan asid-asid yang penting bagi keperluan semasa ternakan.Penggunaan secara harian dapat membantu:

1. Meningkatkan kadar tumbesaran ternakan menambahkan berat badan.
2. Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit
3. Meningkatkan penghasilan susu dan kadar kelahiran
4. Meningkatkan kematangan pada ternakan
5. Mencegah pembentukan batu karang pada pejantan dan pulpy kidney

Aturan penggunaan Glovet Premix Plus:

- Kambing                                  : 5g/ekor/hari
- Kambing susu/selepas beranak : 10g/ekor/hari
- Lembu pedaging                       : 25g/ekor/hari
- Lembu susu                              : 50g/ekor/hari

* Glovet Premix Plus dicampurkan di dalam dedak secara serata dengan menggunakan mesin pembancuh makanan ataupun secara manual.


HOT ITEM GLOVET!!!

Selamat membeli :D

Sunday, May 20, 2012

Mari Memilih Kambing

Bagaimana kambing membiak??

Kambing boleh membiak melalui melalui 3 cara iaitu "Linebreeding", "Cross Breeding" dan "Inbreeding". "Linebreeding" adalah pembiakan di antara subspesis yang sama. Contohnya antara Boer dengan Boer.


  

"Cross Breeding" adalah pembiakan di antara subspesis yang berlainan. Contohnya di antara Boer dan Saanen. Kelebihan program pembiakan ini ialah untuk menghasilkan susu yang banyak

                 

dan yang terakhir ialah "Inbreeding". Pembiakan di dalam keluarga yang sama contohnya di antara Pejantan dengan anak betina atau di antara adik beradik. Okay, ini dah macam sumbang mahram pulak..opss! Walaupun program pembiakan ini dibenarkan dalam kes kambing, namun ia tetap mempunyai keburukan. Anak kambing yang dilahirkan mungkin cacat, bantut dan senang sakit. Konklusinya, tidak digalakkan membiak diantara kaum keluarga baik manusia mahupun binatang.

Untuk membiak, pemilihan jantan dan betina sangat penting untuk mendapat baka yang bagus. Kambing pun macam manusia, mestilah kena pilih calon yang sesuai! 

Pemilihan Pejantan yang bagus:
 1. umur setahun setengah ke atas
 2. memenuhi spesifikasi ciri baka tertentu
 3. sihat dan bebas daripada penyakit berjangkit
 4. amat galak iaitu agresif apabila berdepan dengan betina 

Pemilihan Betina yang bagus:
 1. umur setahun ke atas (ini kerana 10 bulan ke atas salur peranakan sudah sempurna)
 2. memenuhi spesifikasi ciri baka betina
 3. sihat dan tiada penyakit berjangkit

Elak kambing yang mempunyai ciri-ciri berikut:
 1. putingnya cacat dan berlebihan 
 2. ambing yang lanjut
 3. ibu yang tidak pernah beranak sejak 24 bulan umurnya
 4. buta dan tempang
 5. ambing yang keras dan berketul akibat bengkak
 6. jongang atas atau bawah lebih 1/4 inci
 7. ada tanda-tanda bisul dan parut bisul
 8. tanda-tanda batuk dan cirit
 9. skrotum (telur) yang tak stabil, besar sebelah atau ada satu saja yang terbuka

Selamat memilih!! 
Pelajar Praktikal Industri

Kami telah menerima 3 orang pelajar dari Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya, CUCMS jurusan farmasi untuk membuat latihan industri mereka di sini selama sebulan. Latihan mereka akan bermula daripada 21 Mei 2012 sehingga 21 Jun 2012.



Mereka akan diberi pendedahan mengenai perkara berikut :

1. mengenal pasti informasi mengenai bidang farmasi veterinar
2. carta organisasi syarikat
3. menyedia dan memberi ubat-ubatan dengan menggunakan teknik yang betul
4. cara-cara mendokumentasi aktiviti klinikal
5. mengenal pasti ubat-ubatan dan peralatan yang ada dalam perkhidmatan
6. pengurusan stor dan bekalan ubat dan peralatan.



PENGUMUMAN terbaru~ 


1. Stok Calf Milk Replacer 


Minta perhatian kepada para pembeli yang dihargai, buat masa sekarang, stok ini tiada di dalam perkhidmatan kami. Stok ini akan sampai pada hujung bulan.

Harga : 5kg per beg, RM60
            25kg per beg, RM250

2. Taktic 200mL/botol (ubat untuk rawatan kurap,kutu dan cacing)

ubat ini tiada di dalam perkhidmatan buat sementara waktu

3. Ubat yang Sudah Tiada di dalam Perkhidmatan


i. Klamox L.A/ Amoxy-Kel, 100mL/botol  (ubat untuk penyakit pernafasan)

ubat ini diganti dengan Invesa Amoxycillin 15% LA

ii. Terramycin Pink Eye Spray 125ml/botol (ubat untuk penyakit mata)

ubat ini diganti dengan Chloramphenicol eye Oinment dan Terramycin Eye Oinment.

iii. Mastiveex syringe (ubat untuk bengkak ambing/Mastitis)

ubat ini diganti dengan Multiject.





Thursday, September 8, 2011

PEMAKANAN TERNAKAN KAMBING

Assalamualaikum kepada semua pembaca,
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan dari warga Glovet,
Minta maaf atas kesilapan yang berlaku sepanjang penubuhan syarikat kami.








Saya banyak mendapat panggilan telefon dari penternak-penternak yang mempunyai masalh seperti ternakan mereka kurus walaupun selera makan baik. Ada yang penjantan tidak mahu memanjat betina, ada yang sakit dan sebagainya.


Salah satu faktor yang sangat-sangat penting untuk mengekalkan tahap kesihatan ternakan kita ialah MAKANAN. Dari makananlah ternakan kita mendapat bahan-bahan keperluan untuk mengekalkan keishatan dan mengekalkan berat badan yang ideal. Kambing yang seleranya baik, tetapi makanan yang diberi tidak berkualiti, maka berat badannya juga tidak akan cantik, tahap kesihatannya juga tidak berapa baik.


Bagi ternakan ruminant, baik kambing mahupun lembu, harus diberi makanan seperti dibawah:


1.Rumput & dedaun
Rumput & dedaun hijau merupakan sumber makanan asli yang sangat MURAH dan penting untuk    ternakan. Bakteria didalam perut ternakan berfungsi untuk mencerna serat2 dari rumput. Bakteria ini jugalah yang boleh mengekstrak protein dari rumput dan dedaun dan menukarkan menjadi (fatty acid) yang mana penting sebagai sumber tenaga ternakan dan penting untuk pembesaran ternakan.






2.Karbohidrat merupakan cara paling senang untuk menggemukkan ternakan, tetapi ia boleh menyebabkan penghasilan asid laktik didalm rumen dan sangat merbahaya pada ternakan, maka pemberian kabohidrat harus dikawal pemberiannya.


3.Vitamin dan Mineral
Vitamin dan mineral adalah penting. Setiap jenis vitamin dan setiap jenis mineral mempunyai fungsi yang berlainan. Ianya penting untuk pembentukan hormon pembesaran, hormon pembiakan, pembentukan tulang, penghasilan susu, menigkatkan ketahanan badan terhadap penyakit, dan banyak lagi. Kalsium merupakan keperluan yang penting bagi ibu yang bunting untuk pembentukan anak & susu. Fosforus, magnesium, selenium, iron dan copper juga penting dan tidak harus diabaikan. 


4.Protein
Protein penting untuk membina otot/daging, dan membantu dalam pencernaan karbohidrat. Jika protein kurang, pencernaan karbohidrat akan menjadi terlalu cepat dan mengurangkan sumber tenaga pada ternakan dan penyerapan mineral juga akan berkurangan.


5.Air
Air yang bersih dan mencukupi penting untuk proses fisiologi ternakan, mengawal suhu badan ternakan dan sebgainya. Seperti manusia, 70% dari berat badan adalah air menunjukkan betapa pentingnya air pada tubuh badan. Air penting lebih-lebih lagi bagi ternakan yang bunting dan yang sedang menghasilkan susu.




Makanan yang seimbang dan memenuhi keperluan ternakan, insya allah akan menghasilkan ternakan yang baik. Ternakan yang mendapat makanan yang tidak seimbang @ tidak mencukupi akan menyebabkan ternakan stress. Bila stress, daya tahan lawan penyakit akan jatuh, bila ternakan teerkena jangkitan penyakit, imun badannya tidak mampu melawan penyakit dan akhirnya ia akan jatuh sakit. 

Wednesday, August 24, 2011

PISAU SEMBELIH / MELAPAH

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Kepada semua muslimin & muslimah, kami warga GLOVET ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & minta ampun atas segala kesilapan dari pihak kami.

Sempena raya yang bakal menjelang tak lama lagi, kami ingin memaklumkan kepada semua bahawa kami juga menjual pisau sembelih & melapah jenama VICTORINOX.

Butcher Knife jenama VICTORINOX ini dibuat di Switzerland dan sangat popular di kalangan Master Butcher dan Master Chef. Apa kelebihan VICTORINOX berbanding dengan pisau lain adalah seperti dibawah:

1. Kandungan Carbon Steel yang tinggi dan dicampur dengan Stainless Steel. Carbon steel yang tinggi membuatkan ketajaman pisau ini tahan lama dan tidak perlu asah selalu. 


2. Pemegang dibuat daripada Fibrox. Fibrox dapat mengelakkan pemegang pisau menjadi licin apabila terkena air atau lemak haiwan ketika melapah dan menjamin keselamatan pengguna. Di rumah sembelih Jabatan Veterinar, hanya pemegang jenis Fibrox yang dibenarkan untuk kegunaan mereka.


3.Syarikat Victorinox telah membuat pisau sejak tahun 1891 dan menjadi syarikat rasmi yang membekalkan pisau tentera kepada SWISS ARMY. Victorinox juga membuat pisau untuk NASA space shuttle crew dan pernah dibawa mengelilingi bumi. Apa yang ingin dinyatakan disini ialah, jaminan kualiti yang baik oleh Victorinox.


Jadi apa tunggu lagi, boleh lah telefon ke pejabat kami di talian 03-8945 1470 untuk maklumat lebih lanjut.
Hari raya Qurban juga akan menjelma tidak lama lagi, bagi mereka yang selalu terlibat dengan aktiviti menyembelih, melapah dan memotong daging boleh la beli pisau ini. Dijamin anda akan berpuas hati dengan produk ini.