Assalamualaikum kepada semua pembaca,
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan dari warga Glovet,
Minta maaf atas kesilapan yang berlaku sepanjang penubuhan syarikat kami.
Saya banyak mendapat panggilan telefon dari penternak-penternak yang mempunyai masalh seperti ternakan mereka kurus walaupun selera makan baik. Ada yang penjantan tidak mahu memanjat betina, ada yang sakit dan sebagainya.
Salah satu faktor yang sangat-sangat penting untuk mengekalkan tahap kesihatan ternakan kita ialah MAKANAN. Dari makananlah ternakan kita mendapat bahan-bahan keperluan untuk mengekalkan keishatan dan mengekalkan berat badan yang ideal. Kambing yang seleranya baik, tetapi makanan yang diberi tidak berkualiti, maka berat badannya juga tidak akan cantik, tahap kesihatannya juga tidak berapa baik.
Bagi ternakan ruminant, baik kambing mahupun lembu, harus diberi makanan seperti dibawah:
1.Rumput & dedaun
Rumput & dedaun hijau merupakan sumber makanan asli yang sangat MURAH dan penting untuk ternakan. Bakteria didalam perut ternakan berfungsi untuk mencerna serat2 dari rumput. Bakteria ini jugalah yang boleh mengekstrak protein dari rumput dan dedaun dan menukarkan menjadi (fatty acid) yang mana penting sebagai sumber tenaga ternakan dan penting untuk pembesaran ternakan.
2.Karbohidrat merupakan cara paling senang untuk menggemukkan ternakan, tetapi ia boleh menyebabkan penghasilan asid laktik didalm rumen dan sangat merbahaya pada ternakan, maka pemberian kabohidrat harus dikawal pemberiannya.
3.Vitamin dan Mineral
Vitamin dan mineral adalah penting. Setiap jenis vitamin dan setiap jenis mineral mempunyai fungsi yang berlainan. Ianya penting untuk pembentukan hormon pembesaran, hormon pembiakan, pembentukan tulang, penghasilan susu, menigkatkan ketahanan badan terhadap penyakit, dan banyak lagi. Kalsium merupakan keperluan yang penting bagi ibu yang bunting untuk pembentukan anak & susu. Fosforus, magnesium, selenium, iron dan copper juga penting dan tidak harus diabaikan.
4.Protein
Protein penting untuk membina otot/daging, dan membantu dalam pencernaan karbohidrat. Jika protein kurang, pencernaan karbohidrat akan menjadi terlalu cepat dan mengurangkan sumber tenaga pada ternakan dan penyerapan mineral juga akan berkurangan.
5.Air
Air yang bersih dan mencukupi penting untuk proses fisiologi ternakan, mengawal suhu badan ternakan dan sebgainya. Seperti manusia, 70% dari berat badan adalah air menunjukkan betapa pentingnya air pada tubuh badan. Air penting lebih-lebih lagi bagi ternakan yang bunting dan yang sedang menghasilkan susu.
Makanan yang seimbang dan memenuhi keperluan ternakan, insya allah akan menghasilkan ternakan yang baik. Ternakan yang mendapat makanan yang tidak seimbang @ tidak mencukupi akan menyebabkan ternakan stress. Bila stress, daya tahan lawan penyakit akan jatuh, bila ternakan teerkena jangkitan penyakit, imun badannya tidak mampu melawan penyakit dan akhirnya ia akan jatuh sakit.